My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

20 October 2011

bila kesedihan datang mentertawakanku







Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi di sebuah kedai makan. Suasana agak bising bila bertemankan beberapa orang rakan. Ditambah pula keadaan kedai makan yang memang menjadi tumpuan tidak kira lelaki dan perempuan. Tapi dalam keramaian, hati tetap merasa kekosongan.


Di meja sebelah, sepasang kekasih sedang makan berkongsi makanan dalam satu pinggan. Masing-masing makan dengan penuh adab sopan. Satu benda yang tidak dapat dilihat kalau mereka makan dengan kawan-kawan. Sebelum pulang, si lelaki membayar semua harga makanan yang dilicinkan. Untunglah kau jadi perempuan.



Tidak jauh dari situ, sepasang kekasih sedang duduk di sebuah kerusi batu di tepi sebatang jalan. Sesekali terdengar suara mereka ketawa keceriaan. Romantik sungguh dapat meluangkan masa
dengan orang tersayang disaksikan cahaya bulan.




Akhirnya sampai nasi goreng yang dipesan. Masih panas, berasap sampai berhaba pinggan. Nasi itu dibiarkan. Nanti bila sudah bersedia baru disuap dan ditelan.



Begitulah juga hati yang kesedihan. Bila tiba masanya pasti ada yang mengisi ruang kosong yang ditinggalkan. Apa yang penting, tunggu dengan penuh kesabaran. Kerana masa yang akan menentukan.



ps : Tuhan pasti kurniakan kita cinta kerana kita semua berhak bahagia ;)




7 comments:

missepafazwin said...

yang pergi pasti akan berganti.love comes to those who believe. :)

ainna baijan said...

yup....percaya pada takdir....hopefully u`ll find ur true love bro!

Unknown said...

Assalam betul tu... kebahagian ada pada setiap insan... peneman hidup telah di takdirkan utk setiap orang sejak jasad mula mengenal dunia lagi...huhuhuhu..

http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com

Primadona said...

one fine day all of us will find the perfect love.Kesabaran amat diperlukan. senyum sambil buat tanda keamanan.

Mra Mastura said...

biarlah masa yang menentukan

Anonymous said...

gile mu geng kristian lenin sutung, siap letok gambor ade ayt bible lgi, john 4:18..

hawiz said...

salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...