My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

12 April 2012

tanpa idola hidup kita tak ke mana





Aku ada idola. Lebih dari seorang kiraannya. Aku kagum dengan pencapaian mereka. Aku mahu jadi sebegitu rupa. Semua kejayaan mereka kalau boleh aku juga mahu rasa. Aku rasa semua orang juga sama.




Pernah aku meneliti tentang idola aku secara terperinci. Di Wikipedia, di Facebook serta seluruh Internet aku cari. Cuma ada satu perkara yang remeh tapi agak menarik untuk diperhati. Idola aku itu juga ada idola mereka sendiri.


Aku berfikir seketika. Aku jadikan dia sebagai idola. Dia jadikan dia yang satu lagi sebagai idola dia. Dan dia yang satu lagi jadikan dia yang lebih hebat sebagai idola. Tidak ubah seperti putaran roda.


Jadi aku percaya idola bukan setakat mengagumi seseorang semata-mata. Idola adalah matlamat hidup yang ingin dirasa. Idola buat kita percaya. Idola buat kita gagah perkasa. Idola buat kita rasa mahu jadi lebih sempurna.


ps : Wajib bagi umat Islam menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola pertama ;)




3 comments:

nurmujahidah said...

sokong yang tulisan kuning tu :D

unieMARKS said...

ya betul. dan aku sering membandingkn diri mereka. Dan pernah menangis sebab aku tak mencapai apa yang mereka capai pada umur mereka sama dengan umurku ini :')

Rapunzel Cikilolo said...

setuju pada nota kaki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...