My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 April 2012

beri dia cinta dia juga berhak bahagia





Aku dah bosan bercinta. Itu kata dari mulut dia. Bosan kerana cinta lama dianiaya. Kasihan juga. Hampir gila dibuatnya.




Yang seorang lagi kunci hatinya. Dia tidak mahu lagi jadi seorang yang mudah jatuh cinta. Tidak mahu lagi jadi seorang yang mudah termakan pujukan kata-kata.


Dia pula lebih gemar berkawan daripada ada rasa cinta. Walaupun dia ramai kawan berlainan jantina bagi dia semua sama. Dia tahan hati dia. Pernah juga dia tewas tapi dia lawan kata hati yang meminta. Bila hati bersuara, pasti hati itu menangis hiba.


Pasti ada suara yang kata cinta Tuhan yang kekal selamanya. Tidak perlu ingatkan itu semua. Itu memang lumrahnya. Cuma mereka di atas ini istimewa. Sebab susah mahu cari manusia yang tidak percaya pada cinta.


Ini peringatan kepada yang belum bercinta. Hanya kerana seseorang pada masa lampau membuat hati anda patah sejuta, tak bermakna seseorang pada masa akan datang akan melakukan perkara sama. Teruskan percaya.


ps : Selamat tinggal Mac, jumpa lagi tahun depan kalau umur panjang ;)




7 comments:

Anonymous said...

kalau hati tak nak sakit,tak yah bercinta ikut je cara halal cuma ianya agak susah.bila putus,sakitnya diri sendiri yang rasa tapi pandangan tak sama dengan pengalaman.pengalaman tu kne ada baru ada rasa,ye idak ? haha ^_-

mok teh said...

Hanya kerana seseorang pada masa lampau membuat hati anda patah sejuta, tak bermakna seseorang pada masa akan datang akan melakukan perkara sama.

terkena sekali.pastu ade someone datang konon siyes. kawan bg ayat kat atas tuh. then,the same thing happens. org kate kene first time, x tau. 2nd mengom. 3 tade otk. betol ke? ke aku ni terdidik dalam suasana yg x harmonis?

Amna Qadeeja said...

aku kembali kerana aku masih percaya. :')

Puteri Iqa Izyan said...

kadang kadang aku dah patah hati dengan cinta ni. bosan. asyik benda sama je jadi =.= fobia pun ade jugak ni.

NadyaBubble said...

Aku kunci hati aku, tapi bukan kerana fobia dengan cinta, cuma belum tiba masanya ;)

s u a r a h e a R t y said...

:)

mielajasmin said...

masih fobia.
bkn msa nye lagi utk mencintai dan dicintai. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...