My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 January 2010

lelaki nakal ghairahkan wanita


Kunkun!!


Aku nak buat statement membunuh yang aku rasa akan mencetuskan kontroversi di blog tersayang aku ini. Takpe sebab aku sukakan kontroversi. Okay. Statementnya ialah... Kaum wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal berbanding dengan yang baik walaupun apabila ditanya tentang lelaki pilihan, jawapan yang keluar ialah
“Saya inginkan teman lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan yang benar.” Sebelum kakak-kakak, makcik-makcik yang membaca artikel ini tidak bersetuju dan mencari-cari idea untuk memberi komen yang turut boleh membunuh, aku cabar kakak-kakak semua jerit kuat-kuat, “Aku tak minat lelaki nakal!” dan kakak-kakak jangan tipu diri sendiri.

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik. Ini akan mengeluarkan sejenis adrenaline ke segenap inci tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja yang kadang-kadang tak dapat dikawal. Tidak kiralah sama ada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, kerana persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu 3 lelaki kegemaran utama wanita ialah lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1: Lelaki nakal pandai mengayat, mengurat, mengadjust dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun, mereka tetap cool. Mereka berlagak macam tiada apa yang berlaku. Tapi sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan wanita! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2: Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luar biasa untuk menghiburkan teman wanita mereka. Sebab itulah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3: Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka berpegang teguh kepada mazhab 'cool' mereka. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak. Semuanya sedap-sedap sederhana serta masam-masam manis. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan para wanita.

Persepsi 4: Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Wanita boleh terjatuh hati jika lelaki ini mendendangkan lagu-lagu nakal mereka berasetkan gitar dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Ayat-ayat mengarut daripada lelaki ini mungkin kelihatan biasa namun mampu memberi maksud yang 'makan dalam.' Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 5: Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun ada spoiler, tayar kena ada sport rim, ekzos turbo atau serba sedikit modifikasi. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah untung diri, barulah awek mari!

Persepsi 6: Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Memang semua wanita lazimnya mempunyai tabiat ini. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Perfect combination!

Persepsi 7: Lelaki nakal ini pandai bergaya. Memang realiti dunia yang wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan membuatkan wanita lebih gembira.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi mat rockers, mat indie, mat skinny dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nakal! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya dan merasainya.

Jadi, dah sedia nak komen kenyataan aku bahawa wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal? Jangan malu jangan segan. Aku tak buat penapisan. Silakan!!

BANG!!!

26 comments:

Lidah Boye said...

erk.

elyn said...

saya suke laki nakal! euuuww! hahaha

Anonymous said...

true,..
agree...
yg bab pakai skinny jek x...
lucu laa...

apih el nino said...

lidah boye...
lame menyepi ya kamu...

apih el nino said...

elyn...
agak nakal komen kamu itu...
hahaha...

apih el nino said...

anonymous...
kamoo siapa ya?
salah ek skinny?
hahaha..

Lidah Boye said...

bkn mnyepi lorr..
bersendirian jep..
ha3..

anonym said...

mgkin bg sstngah org x salah kot??
um...

apih el nino said...

lidah boye...
pegi bertapa ek?
hahaha..

apih el nino said...

anonym...
sape kamoo ek?
hehehe...
depends pada masing2 la salah ke tak...
=)

lurunharima said...

macam tak betol jerk~

apih el nino said...

mungkin tak betul...
lain orang lain pengalamannya...
=)

selembut salju said...

pengalaman apih kew nie..
hehheheh
kamoo lelaki nakal..

apih el nino said...

nakalkah aku??
hahaha...

selembut salju said...

agak arr
ahhaahah\

apih el nino said...

mesti aku mengghairahkan kan??
hahahaha...
*ayat perasan hebat*

selembut salju said...

hahaha..
mu mmg apih..
bajet nk hot jew statement mu..

apih el nino said...

bukan nak bajet ape...
tapi ramai cakap gitu...
hahahaha =D

Anonymous said...

dan meter kebajetan kamoo semakin meningkat...
ahaha!

apih el nino said...

anonymous...
kamoo sape ek?
hadow..
hahaha..
bajet sket tak salah meh :P

selembut salju said...

waa..
bajet pom ada meter erk

apih el nino said...

ada la...
bajet aku je la...

munira said...

haha true fact!! 100% sy sokong haha

apih el nino said...

yeay!!!
akhirnya ada wanita yg menyokong!!!
suke suke...
thanx munira :D

munira said...

nakal2 jugak.. tp jgn cari yg ke-2,3,4 sudaaa :P

apih el nino said...

yeay!!
no komen la pasal tu cik munira =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...