My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

20 January 2010

panggilan misteri

Semalam balik kerja terus tidur. Selama berapa jam ye? Dari 7.30 malam sampai 3.30 pagi. 8 jam kot. Tanpa dinner. Hebat kan saya? Hahaha. Dan bangun je pukul 3.30, tengok handphone. Ada satu SMS daripada Ummi Nadhirah. Nad, nama anda naik di blog saya. Hahaha. Dan satu missed call dari nombor yang tak dikenali. Call tepat-tepat pukul 0100. Aku SMS "siapa ni ek?" tapi tak berbalas. Tidur kot. Pastu tak tau la kenapa ringan je jari aku pergi tekan button call kat nombor tu. Last-last voicemail. Haishhh. Nasib baek la kredit banyak. Bila jadi camni aku teringat satu kes tahun lepas. Aku nak cite kisah seram ni. Masa tu tengah malam. Dalam pukul 2 pagi. Aku tengah duk online. Tiba-tiba ringtone handphone berbunyi. Macam biasa la kan mesti la kena jawab. Bila aku "Hello" je orang sana diam. Aku teruskanlah "Hello.. Sape ni ek?" Dia diam jugak. Aku malas nak layan sangat aku cakap la "Weh, kalau taknak cakap aku letak ni.." Pastu aku dengar bunyi orang mengeluh. Aku ingatkan member-member nak main-main. Aku kan ada member-member yang nakal. Uwekkk.. Okay. Sambung lagi. Pastu aku dengar dia teresak-esak. Menangis. Tangisan seorang wanita. Aku tau perbezaan tangisan wanita dan lelaki. Aku dah blur. Tiba-tiba je kan. Aku pun men-gentleman-kan diri. "Awak.. Kenapa ni?" Lepas tu je esakan dia makin kuat. Yang mula-mula tadi tu esakan macam orang sebak je. Ni dah macam orang putus cinta. Aku ingatkan dia tu member pempuan aku. Kot-kot clash ke gaduh dengan balak ke pastu call aku. Aku pun bersuara "Awak jangan la nangis..." Pastu tiba-tiba je dia meraung. Seram giler bro!! Aku tak pernah dengar orang meraung sambil nangis. Ni kuat bukan main. Suara macam anak kecil yang takutkan sesuatu. Serius masa tu semua bulu aku berdiri tegak macam orang patriotik menyanyi lagu Negaraku. Aku rasa nak letak je. Tapi kalau aku letak kan rasa macam tak bertanggungjawab pulak. Sebab aku tetap anggap awek yang call tu member aku. Dia meraung dan meraung dan meraung. Aku diam je. Kepala aku liar tengok kiri kanan atas bawah depan belakang. Mana la tau ada makhluk lain masa tu. Lagi seram aku jadinya. Ada la dalam 3 minit dia meraung dalam handphone. Pastu dia diam. Aku lega la sikit. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku tanya "Awak ni sape ek?" Dia diam je. Pastu tiba-tiba dia gelak kuat giler. Macam orang mengilai. Bayangkan tak sampai seminit lepas dia meraung dan menangis dia boleh gelak camtu. Aku yang dah duk terfikir pasal hantu dari tadi terus end call. Tak tahan aku. Siapakah dia? Aku just tau dia perempuan. Lepas sejam aku SMS tanya sape dia. Tapi tak delivered. Aku tak puas hati. Aku call. Tapi kena voicemail. Aku save nombor phone tu sebagai 'Unknown'. Ada la dalam 3 hari lepas tu, masa tu aku dalam kereta member aku, Nasrul. Dia call lagi. Dalam pukul 2 pagi camtu. Aku angkat, "Hello?" Dia terus menangis. Aku terus letak. Tak larat aku nak layan. Bajet misteri. Tapi memang misteri. Kalau awek call cakap nak berkenalan dengan aku, aku layan la jugak. Walaupun akhirnya aku tahu yang dia tu member aku dan nak kenakan aku. Tapi budak pempuan ni?? Dah la menangis pastu gelak, tak bagitau pulak identiti dia. Seram weh!!! Nak kata hantu, takkan hantu guna handphone. Tak tahu la apakah benda itu. Haishhhh.....

p/s: sebab tu aku tak layan sangat kalau ada nombor tak dikenali missed call or SMS.

19 comments:

lurunharima said...

giler ar... seramm kot.. aiyak!!

Lidah Boye said...

seram..

Apih El Nino said...

lurunharima...
seram kot...
haishhh....

Apih El Nino said...

lidah boye....
anda send komen kul 0219 ke?
hehehe...

selembut salju said...

hahahaha..
tu la mu apih..
ego sangta..
sampai hantu pom tpikat nk tackle..
ehheheh
xdapat aku bygkan..
kalu aku..
aku letak jew call tuh
and off fon bila mlm menjelma
hahaha
apih anda d WANTED..
HEHEEHH

Apih El Nino said...

weh jangan cakap gitu...
ntah ntah mu yg kacaw aku...
kalo mu berminat pun terus terang je...
xyah susahsusah wat gitu...
hahaha...

selembut salju said...

owoh apih..
num simcard mu aku xdew la..
bkn setakat tu..
num akaun,num ic,num plate kete pom aku xdew
ahahah

Apih El Nino said...

mesti mu ada no henfon aku kan?
hahaha...

Anonymous said...

Hoho...gila seram...sayala yang miscall awak tu...............................

Apih El Nino said...

hoho....
maen-maen la...
jadi kat awak kang baru taw...
hahaha...

selembut salju said...

hihihi..
xdok pom..
mu xbg pom..
lgpom atas urusan npe nk bhubung ??
huhuhuh

Apih El Nino said...

hahaha...
mu ambik no apek suda...
no aku private...
hahaha...

selembut salju said...

hahaha..
wt nape lok aku nk amik no apek?
bkn aku ada group discussion pom ngan yew
mu saje je nk kenat ke aku owp?
dah la amik course lain2..
iskk
private sgt lah tu..
sapai hantu pom tepon..
heheheh
:)

Apih El Nino said...

hahaha...
no aku tersebar gitu je...
hadowww...

selembut salju said...

ahhaha
=)

Apih El Nino said...

hahaha...

Anonymous said...

saya tak tipula........mmg saye yg miscall awak..........................................................................................

Apih El Nino said...

hahaha...
betol ke ni??
cube call skali lg...
nk tengok same x no... =P

jihan said...

pas2? ap jadi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...