My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

06 February 2011

aku memberontak sebab kartun





Kunkun!!


Semalam aku keluar lepak jadi aku balik pun dah lewat.


Bangun je tidur tadi, lepas mandi, aku pergi dapur nak cari makanan. Kebetulan nenek aku dengan mak saudara aku ada kat dapur tengah bersembang. Mak saudara aku yang ni jarang balik kampung, jadi aku pun tak lah rapat sangat dengan dia.


Mak saudara aku tanya, mana aku pergi semalam. Aku cakaplah keluar lepak. Dia pun membebel macam aku ni anak dia. Nak je aku balas satu per satu tuduhan dia lemparkan tu tapi bila teringat yang dia tu adik mama, aku tahan je nafsu aku. Mujurlah ada blog ni dapat aku menjawab kat sini.




Aku bukan nak salahkan siapa-siapa, tapi memang dari kecik aku diajar baca buku Disney's dan tengok cerita kartun Disney's. Sebelum aku kenal Transformers, aku berkawan dengan Mickey Mouse dan awek dia Minnie serta kawan-kawan dia yang riang ceria tu. Jadi, amaran kepada semua, berhati-hati bila berkawan. Jangan ikut sangat perangai kawan-kawan anda. Walaupun mereka kartun.


Aku ingat lagi, aku mula-mula kenal Tarzan. Aku tengok dia berjalan ke hulu ke hilir dalam hutan tu dengan tak berbaju. Aku pun ikut la. Dia rambut panjang, tapi awek kaya minat kat dia, aku pun simpan jugak rambut panjang.


Lepas tu barulah ada Pinocchio, budak lelaki yang kuat menipu. Tapi ramai je orang suka dia! Robin Hood, pencuri besar kat kampung dia. Pun ramai orang suka dia! Tengok Peter Pan, dia lawan orang lebih tua daripada dia, ada je Tinkerbell suka dia!


Kalau perempuan, cuba tengok Snow White, selamba je tinggal dengan 7 orang lelaki yang dia tak kenal. Tak kira khalwat ke? Tapi takde pun orang tak suka dia! Puteri Jasmine kat Arab sana bercinta dengan lelaki miskin yang tak terurus bernama Aladdin, mereka hidup bahagia sampai hari ni. Lelaki yang tak dikenali tiba-tiba datang terus cium Sleeping Beauty, lepas tu kahwin. Orang tak kisah pun! The Little Mermaid, dating dengan kelasi kapal pakai coli je. Takde pun orang nak marah kan?


Woody dan Buzz Lightyear, curi-curi dengar perbualan telefon Andy dalam Toy Story, elok sangat ke macam tu? Jerry, hari-hari ketawakan kebodohan Tom, aku pun ikut sampai hari ni. Tengok Cinderella, dia menipu dan pergi parti sampai lewat malam! Rileks je.




Tak nak la tulis semua yang ada, tak pasal-pasal Disney's saman aku karang. Jadi perhatikan anak atau adik anda, sebab pakaian kartun Disney's ni pun seksi jugak kadang-kadang. Tapi rasanya budak-budak takde nafsu sangat.


Aku bukanlah nak cari alasan. Tapi memang dari kecik, aku diajar benda macam ni. Dari kecik, aku dah dididik menjadi pemberontak! Bukan salah ibu mengandung, bukan jugak salah bapa tak pakai 'sarung', tapi salah aku sendiri yang bajet sombong. Hahaha...


Di sebalik moral sesuatu cerita, ada benda buruk yang tersembunyi.


Annoying sangat entry ni kan?
Adik-adik bawah umur jangan ikut abang Apih ye.


Kunkun!!








8 comments:

AyinAyob said...

entry terbaek bro! sokong! lu dah bukak mata wa! :)

Pendekar Berkuda said...

what a brilliant entry~! Thumbsup APIH~!

missamy said...

nice entry :))

Khai said...

asuhan yahudi utk kita hari ni...sangat senyap dan halus..think about it.

wannurfazrini said...

setuju dohhh , xde sapa nak marah sbb tu dongeng je tp dah terikut2 . bila ikut kene bebel lak . baik jgn bg anak2 u tgk kartun2 mcm ni . kann ? haha

Azewas32 said...

bro...lps geram ker......lwan je ckp mak sedar ko tuh...klu ko rse btul....klu ak...lwan jer....krng ckit jer pun pahala.....(jgn wat k...xelok....malu kt mk ko)...

TuNaSya said...

woW...
baRu tao psl smua niE...
tHanx ya... =)

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

hahaa baru terfikir watak katun2 tu ade unsur2 negatif.
lyeah kecik2 (sampai sekarang) layan gak cite2 disney's ni. hahaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...