My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

13 February 2011

aku lelaki yang tak pandai mengorat







Kunkun!!


Minggu lepas, aku ada cakap dengan Aming pasal cara nak memulakan perbualan bila nak berkawan dengan seseorang berlainan jantina daripada kita. Maksudnya, cara orang lelaki macam aku nak tegur perempuan. Cara mengorat pun boleh kot. Tapi mengorat depan-depan, bukan kat Facebook.


Contohnya macam ni. Seorang lelaki sedang membeli barang di sebuah pasaraya. Tiba-tiba terserempak dengan seorang wanita. Lelaki tu rasa nak kenal dengan wanita itu walaupun tu pertama kali mereka berjumpa. Apakah yang perlu dilakukan?


Lelaki-lelaki sekalian, apa nak buat? Pergi dekat wanita itu dan tegur? Upah mana-mana budak kat situ pergi bagitahu wanita itu anda berminat dengannya? Macam mana kalau tak dilayan? Macam mana kalau wanita itu tiba-tiba naik angin sedangkan anda ikhlas?

Boy Meets Girl | Boy falls in love. Girls doesn't


Wanita-wanita pula, anda rasa teguran macam mana yang akan buat anda terbuka hati? Kalau ada seseorang tak dikenali tegur, ramai wanita hanya melarikan diri. Memang betul sekarang ramai orang jahat, tapi tak semua.


Ada kawan aku cakap, perempuan kalau nak terima ke tak perkenalan tu tengok pada rupa lelaki tu. Kalau handsome, dia terima. Kalau naik kereta mahal sikit, dia terima. Kalau tangan lelaki tu pegang Iphone 4, dia terima. Oh kesian lelaki lain bila jadi macam ni.


Tapi bila fikir balik, lelaki pun dua kali lima. Datang je perempuan seksi sikit nak kenal, terus terima. Datang je perempuan nampak sosial sikit, terima. Macam mana perempuan yang bertudung litup dan menutup aurat? Eh tapi kan, bila fikir sekali lagi ada ke perempuan nak kenal dengan lelaki?

Just A Friend | That's why we live in this world


Aku pernah cuba tegur, guna ayat "Hai awak" tegur seorang budak perempuan kat stesen bas tapi tak dilayan. Masa tu malu tak payah cakap la kan. Ingat lagi Surat Dari Lelaki Yang Kena Reject? Sebab tu aku cakap aku bukan pakar. Takkan aku nak guna ayat "Assalamualaikum salam 1 Malaysia?" Giler ke hape!


Ada satu rahsia yang wanita perlu tahu, bila lelaki tegur seorang wanita dia akan membuang segala egonya sebagai lelaki untuk seketika. Jadi hargailah ia sebab bukan senang nak tengok lelaki tanpa ego. Tapi realitinya macam tu la. Ada benda yang kita buat dengan ikhlas tapi dipandang serong oleh orang lain.


Jadi kawan-kawan, bagi pendapat sikit ye. Nak tahu ni :)


Kunkun!!



19 comments:

.F.e.Q.a.H. said...

memang la mula2 perempuan tu tgok rupa lelaki tu bile dyer kena tegur...
kalaw hensem, berbunga2 la hati...
kalaw x, kompem rasa cam nak cabut lari...

tp kalaw llki tu ikhlas nk kenal @ nk start kawan, tunjuk la cr y betul...
jgn dikejar sgt, nnt perempuan tu takut...
slow2...
n kalaw boleh, bila senyum tu jgn bg nampak muka "pervert"...
sbb perempuan kompem pelik bile lelaki ttbe senyum kt dyer...
eeeiii...geli...hahaha...

-[miracle]- said...

hahaha . :D
saya ta suka lah orang lelaki ngorat tepi tepi jalan. cakap "feewitt, nak kenal".
eee, tak gentleman ! kalo nak, g depan depan lol.


Latest entry : Cashier kuang haja !

Khai said...

aku pun tgh try. mcm ko jugak la..dia jeling pastu blah cmtu jer. dia igt senang ke laki nak buang ego. ok.

apa yg aku rasa la kan. ko kne pandang dia lama2 smpai dia sedar dia diperhatikan then baru ko jumpa, senyum n hye!! kalo dia senyum.Congrats!! shes yours.
*lebih berkesan kalo ko gne AXE.haha

p/s: aku pernah buat cmni,gud reply tp kantoi itu ex senior aku. terus x jadi =_='

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

hehe..kantoii

iwan_dextrous said...

juz jdi diri kita...kdg2 perasaan nk menegur tu dtg tiba2...

dila bahar said...

hye,

tapi kadang-kadang lelaki ni tegur cam main2 jer... ntah2 saje nak try market kott.. or saje nak tgk girl tu jenis layan ke tak..

silap2 blakang girl, gelak guling2 kan... huhu..

sbb tu ada girl tak layan kalau ada laki minta no fon atau say 'hye'

ppsssttt... tapi kan, penah tau ada orang ngorat, pastu dia suh adik dia minta no fon.. tp sy tak bg.. so kes cam tu, laki tu serius ker??

comment plz..

intanfarhana said...

ewww teringat habang guard sekolah aku. gatai bebenooorrr. haha. that type aku rasa dia tak ikhlas.

toyolkiut said...

ok, ini pandangan dari citarasa seorang perempuan yg bernama TK..
pertama, teguran dngn nada santai, senyum dan mesti tmpt public..
kedua, usah gopoh dan banyk cakap wlau pun teguran dibalas..
ketiga, usah buat pandai dan gatal2 jari nak sentuh bersalam..
keempat, jangan mintak no fon ok? sebaliknya bg no fon diri sendiri..
kelima, kalau teringin nak tegur tu pastikan penampilan diri terurus..maksudnya gigi bergosok, pakaian buruk xpe, asal bersih..

Azewas said...

huhuh...nk tips gk....please....

♥rusdiana usman♥ said...

kebanyakan pompuan tak sukaa laki yg ngorat kat tepi2 jalan..
tak mencabar dan tak gentleman langsong..
pompuan akan enggat laki tu mesti terdesak.. tak pon, laki tu spesis gatal..

cube ngurat cara lain drpd yg lain..
baru pompuan tu terima sikit..

cik marina encik norman said...

kalau kat supermarket, buat2 lah terlanggar bakul dia ke, terjatuhkan barang ke, nanti bila cakap sory, boley la tanya nama. haha

kalau kat bus stop, lupekan jela. kalau kau rasa tu jodoh kau pun, tunggu sampai kau jumpa dia kat tempat laen. rasenye pompuan memang tak layan orang yang ngurat kat bus stop. aku rasa laaa...

kalau kat tempat2 laen, cakap je, nak kenal boley? tolong la jangan cakap, macam kenal la muke. eeee nampak sangat menipu. haha

wannurfazrini said...

just like ur situation on bus stop . tlg lah jgn tegur 'hye' . better mcm 'eh , awak tggu bus apa?' or 'nak ke mana?' for me , kalau ada org tegur i mcm tu , i akan jawab . tatau la popan lain .


So, rasanya better tegur dengan soalan . right ?


:D

kahirie said...

gambar Boy Meets Girl tu cite dia memang sedap..." this is not love story "....haha

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

bagi lyeah laa, first sekali, lyeah akan tgk penampilan lelaki tu (based on ape yg mak ajar), means, cara dia berpakaian, senonoh ke tak. rambut dia, cara dia bercakap (semua based on taste mak. hahaa). sebab katakanlah, dia tu jadi pasangan kite kan, mak ialah orang pertama yg perlu dia jumpa. so kalau mak tak approve dia, tak leh gak.

achik yg kuat sgt membebel.. said...

aku lagi suka lelaki yg cool je lngsung xgopoh2...senyum je dr jauh...dr lelaki yg tkejar2 pastu paksa2 lagi nak minta no fon sgala...haisshhh...rilek la bro...lu nak kt org tu lu kena rilek...hehehe...

Isteri Yang Comel said...

IEB pun klu orang lelaki tegur or senyum tak layan, sebab takut lah zaman sekarang nie apih.. memacam jenayah berlaku.. so kesimpulannyer try tegur kengkawan yang dha kenal jer...

cik grrr said...

haha...
klu nk thu ayat "hi awk" or "hi" je ni...dah pernh org try kat sy..

but both i buat dunno jer...alahai sian la plak boys 2 org ni...i pandang pun x...yg sorng tu cuz xprasan, bila da jln ke dpn bru prasan..srng lgy mmg i jual mahal...

so, klu nk pikat tu...p hantar mnang jela...ckp ngan mk ayh dia, mn tau sama2 suka, trus dpt, cara bek lagi bdiman..

but..klu xsuka..malu kepalang la jwb nya!

nk thu camna, sy der tbaca kat blog zackzukhairi.blogspot.com klu xslp la...mcm2 cara ada kt c2..lwk gk r cra dia but cam ok je..hihi...dats ol.

Anonymous said...

as girl,it's difficult to know whether the boy is sincere or not because nowadays we have see many boys trick the girls..<3

Muhammad Farhan said...

bOleh ke zaman sekarang ni nk cari perempuan yg boleh trima org miskin...xde rupe...
rse2 mcm payah ckit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...