My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

08 February 2011

ada 'penumpang' dalam rumah aku



Kunkun!!


Semalam, masa aku tengah rajin tekan satu persatu butang remote Astro, aku menyandar dekat sofa oren rumah aku. Aku duduk atas lantai, jadi aku menyandar dekat kusyen sofa tu. Kalau tak faham lagi, aku duduk bawah dan atas sofa tu takde orang. Tiba-tiba aku rasa kusyen kat belakang aku bergerak-gerak, macam ada orang bangun. Aku berpaling, memang takde apa la kan sebab tok ayah dan mak (gelaran atuk dan nenek aku) dah tidur.


Aku sambung tengok TV. Tiba-tiba aku rasa meremang bulu roma. Aku pun gosok-gosok belakang kepala dan serentak dengan tu, aku rasa kusyen tu bergerak-gerak sekali lagi siap berbunyi spring macam ada orang bangun dari situ. Aku tengok, takde apa dan kusyen tu takde kesan bekas orang duduk pun. Aku terus tutup TV, kipas dan lampu, terus masuk bilik, online.

My Orange Sofa | I wish her on the sofa last night


Pukul 3.00 pagi memang bosan bila online. Ramai dah tidur. Aku teringat-ingat lagi kusyen tadi. Dalam teringat-ingat tu, terdengar pulak kerusi plastik kat beranda rumah aku kena heret. Yang ni memang aku dah selalu dengar. Pernah jugak aku nampak depan mata aku sendiri kerusi merah plastik atas beranda tu bergerak dari hujung sini ke hujung sana masa aku balik lepak tahun lepas. Kawan aku, Staqim sendiri pernah nampak ada 'benda' kat atas beranda tu. Aku terus baca ayat-ayat yang aku ingat.


Tadi kat ruang tamu, ni kat atas rumah pulak. Aku cuba tenangkan diri aku. Dalam bilik aku yang hanya ada cahaya skrin laptop tu, aku halakan laptop kat hujung katil aku. Kat bahagian kaki masa aku tidur. Cahaya laptop aku buat jadi lampu suluh. Kenapa aku tengok kat situ?

Ju On The Grudge | Dalam selimut ada hantu


Dulu, selang beberapa hari lepas hari raya, aku nak tidur. Dah lewat masa tu, dalam pukul 4.00 lebih. Aku ada satu teddy bear yang aku letak sebagai alas kaki masa tidur. Jadi malam tu, sambil letak kaki, aku gelek-gelek teddy bear tu. Tiba-tiba masuk mesej kat handphone aku. Aku bila tidur, handphone letak tepi bantal. Aku pun raba-raba cari handphone. Last-last jumpa kat bawah teddy bear. Aku ambik dua-dua, aku peluk teddy bear, aku baca mesej.


Tu mesej dari kawan aku yang jemput pergi raya rumah dia esok. Masa reply tu, bulu roma aku meremang. Aku peluk teddy bear, habis tu kaki aku tengah gelek-gelek apa? Cepat-cepat aku bukak selimut dan guna lampu handphone nak tengok apa kat kaki aku. Tapi takde apa!! Tapi serius, memang aku letak kaki atas benda berbulu kecik-kecik. Keesokannya, aku cerita kat adik aku. Dia cakap ada makhluk CJ7 dalam bilik aku.

Cute CJ7 | Teddy bear aku takde nama pun


Jadi tadi aku ceritalah kat nenek aku pasal semalam. Dengan penuh konfiden, dia cakap, "Baru kena sekali dah takut. Kan mak dah bagitau dulu, bukan kita bertiga je tinggal dalam rumah ni..."


Anda ada pengalaman lebih seram? Share jom :)


Kunkun!!




14 comments:

ciq b said...

ak nk copy ayt mak mu...
"br kne skali da takot"
meh duk umh ak..skmo ade...kne molek mari depang muke pale sjer rambut pnjg ttp mka....huhuhuhuhu

elyn dz said...

cj7 sgt comel! i loyke! :)

Azie Azra said...

len kali ingt pesan mak.muahahha :)

Alip Apai said...

ni bkn kat dlm rumah tp luar rumah.aku balik mengaji al-quran, kena lalu kawasan semak.1 hari,on d way balik, cam biasa ak peluk al-quran aku kuat2. tetiba rasa cam ada benda kat blakang.pusing2 nmpk pocong tgh melompat.pe lagi, ak pecut r smbl jerit dri jauh suruh tok ak bukak pintu.sok ak citer kt member diorg kte tipu sbb ak x demam.bnde ni jd time ak 8 9 tahun. aku pun x sure btol ke pocong or imagination ak je sbb aku memang takut lalu jln semak tu.hmmm..hentahlah!!

Azewas32 said...

hahaa....adik mg mmg briliant...cj7 trus bg....

tomatokering :) said...

huwaaa~ T__T tamo dtg raye ahh cmni . haha (ade jemput ke?) wuuu

Aini Adam said...

haish.seram2~

mase tuh darjah 6. baru pukul 10 mlm..pernah dengar suare bisik kat telinge. suare tu sebijik cam abg saya. tp pegi tengok kat bilik die, eh,,da tido..jd suare sapekah itu??

ade skali tu, pintu rumah diketuk 3 kali dgn kuat tanpa salam tanpa bunyi tapak slipar or kereta or motor..tp tak brani nk bukak pintu..tak sampai seminit pon, dgr bunyi kete mak sy smpai, tnye die ade nmpak sape2 keluar dr pagar rumah tak.? tp mak kate, takde org pon..senyap sunyi je.. T___T sape tuh??????

ezatty said...

makk aiii!! tkutt nye bacee!!!

kay-N said...

waaaa..haih!!..cte tu jgn ah buh pic antu..takut ah..isk3333..dpn mate tgk kusi bergerak?dasat2..

TuNaSya said...

aiyokxxx...
takot nyer...

Mawar_berduri said...

huh....nasib baik tak penah kena kat umah sendiri...kalo kena pun kat asrama...huhu ....

budak _amiex said...

rumah tok mu ni kat ane?

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

wuuuaaaaaaaaaaaaaaaa
terkujat tang gambar ju-on tu. muahahahahaa.

I do I need Iman said...

hahaha lawak lah pulak cte ne.!
hye geng ne mawar taw. ok! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...