My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

04 February 2011

aku paling benci bila dot dot dot







Kunkun!!

Benda ni dah lama sebenarnya tapi aku lupa nak jawab. Hari tu jarijariaku.blogspot.com tag aku. Tajuk dia, "Aku Paling Benci Bila...." Jadi dengan penuh ghairah aku buat entry ni sebab aku memang suka benci-benci ni.



Pasangan kekasih : Aku paling benci bila boyfriend asyik cakap,"Tengok keyboard, nampak tak I dan U bersama-sama." Weh, tengok keyboard, nampak tak bawah I dan U ada apa. JK = Just Kidding!

Rambut : Aku paling benci bila hairdresser tu gunting rambut aku tak ikut arahan macam yang aku nak.

Internet : Aku paling benci bila tengah download, dah 99% tiba-tiba failed atau internet putus. Siapa tak benci benda ni aku rasa ada benda tak kena la tu.

Pekerja kedai : Aku paling benci bila aku masuk sesebuah kedai, kedai pakaian contohnya, dia akan ikut aku sekeliling kedai seolah-olah aku nak mencuri.

SMS : Aku paling benci bila dapat mesej berantai yang nak kita sebarkan, kalau tak akan mati dalam 7 hari. Annoying giler!

Final exam : Aku paling benci bila aku rasa aku dah study sampai tak tidur malam dan buat sehabis baik tapi rupa-rupanya aku failed bila dapat result!

Mimpi : Aku paling benci bila terjaga dari tidur, ingat lagi mimpi apa. Lepas beberapa jam dah lupa. Kalau boleh nak je aku record mimpi tu, lepas bangun esok aku replay balik.

Perokok : Aku paling benci bila diorang cakap merokok sebab nak nampak cool. Aku tak rasa pun nampak cool. Nampak bangang ada la.

Kawan yang tak rapat : Aku paling benci bila diorang cakap aku otak blue. Kalau kau dapat teka aku ni otak blue, kau pun sama la kan? Lagipun hidup lebih seronok kalau ada otak blue. Serius aku cakap.

Ex-girlfriend : Aku paling benci bila orang tanya "Ni awek lama kau ke?" Kalau dah bengang sangat aku jawab je, "Taklah. Tu kesilapan paling besar dalam hidup aku!"

Games : Aku paling benci bila aku dah bersusah payah naik level, lawan bos tapi akhirnya mati jugak. Kalau TV tu murah memang aku terajang je.

Karaoke : Aku paling benci bila aku dah ada depan skrin nak pilih lagu tiba-tiba aku lupa aku nak nyanyi lagu apa.

Matematik : Aku paling benci bila aku kena selesaikan soalan Matematik yang susah. Woi Math, kau ingat aku takde masalah ke sampai nak kena selesaikan masalah kau?!

Handphone : Aku paling benci bila aku taip mesej dan lepas 2 jam, baru aku perasan aku tak tekan "Send".

Facebook : Aku paling benci bila couple yang asyik tulis nama pasangan dia dengan simbol Love dan sebagainya kat status atau wall post. Tolong jangan menunjuk sangat, kan aku doakan korang clash kan baru padan muka!

Kolej : Aku paling benci bila classmate aku dapat A dan masih tak puas hati cakap dia dapat rendah. Bro, aku failed okay!

Cinta : Aku paling benci bila aku rasa macam susah giler nak cari seseorang untuk aku cakap "I LOVE YOU" walaupun taklah susah sangat nak sebut perkataan tu.

Manusia : Aku paling benci Dr. Rozmey yang angkuh tak tentu pasal!

Apih El Nino : Aku paling benci bila aku rasa aku senang sangat nak benci sesuatu benda tapi susah nak menyukai sesuatu benda.


Nasib baik aku dah nak keluar. Kalau tak lagi panjang aku tulis ni. Hahaha...


Kunkun!!



21 comments:

A.S.C.I said...

pekerja kedai tu aq sokong..annoying gler duk ikut...

mia.lia said...

haha..yeahh..pkrja kdai tuh..
pastu nak tduh2 ==
lempang kang....

yg msej uh..haha..terlbih btol..

nurul aina said...

apih...
aku pling ske ayt ko tentang rambut,internet,pekerja kedai & sms...selalu je jd kat aku....

intanfarhana said...

karaoke paling sama! =_=''

shazreena yusof said...

ak paling setuju part FACEBOOK and KOLEJ.

wannurfazrini said...

Internet , Pekerja kedai & SMS HAHA , aku pun x suka tauuuu !

Miss Meen said...

hahhaa ^_^ suke !!
Paling kejam EX-GIRL tuh
Sapa tak bengang kalu 0rg tanya
YEZZA h0h0h0 sedap lak aiii !!!

toyolkiut said...

matematik x suka?
hehe..
TK x suka wat esei..

Khai said...

aku benci bila entry kau akan habis..haha

Yellow LEOpard said...

mmg kebanyakan yg ko sebut tu au pon benci...yg pekerja kedai tuh lagi lah...bikin panas je

Nadiah said...

sume samela ngan kte xcept dr rozmey.xdela benci sgt..pelik je ngan overconfident die. mmg xke ble dpt msj 7 hari mti. seng cte sume la same.

saperakue said...

perokok yang perasan cool tu paling bes ^_^

unieMARKS :) said...

a-ah . pkerja ikot bontot pusing kedai . potong rmbut tak ikut apa kita nak

nak tamabh lagi,
aku paling benci bila broadband buar perangai beruk lembab tahap bangang

Berto said...

aku paling benci sbb kau dah nak kluar, sambung lagi la woi..keh keh

mish cokat said...

yeah, sume betol koot. hhe

whitelover said...

apih el nino the last thing..tulis pnjang2 lgi ahaha

Anonymous said...

hahaha....ak skong smuanya.... -Azewas-

iKhRam said...

oit.. napa tak tag aku sama.. aku mcm nak jugak buat entry ni..

missamy said...

sokong sgt3 yg pkrja kdai dgn mimpi tuuhhh .

[ apexogamy ] said...

haha, terbaek bro.. byk gak lha yg same..

inaznafisya said...

Bro, xnye stkat bdak kolej,,
bdak skolah pun slalu x puas hati ttg markah dye!
bodoh betullah~~
ade tu yg siap nangis2 lagi~
sakit hati btul aku!!
dpt A tp nangis mcm dpt C je dlm exam~
dorang x tau ke, aku yg dpt C ni spatutnye nangis lbih lagi dr dye? [ even aku girl, aku xkan nangis walau dpt E pun]<---- btape egonye aku!

*statement kat atas ni, mmg bnyk same ngan aku*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...