My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 February 2011

formula dan teknik memikat lelaki

Kunkun!!


Dulu aku pernah tanya cara memikat wanita dalam entry ini [klik cepat]. Ada yang bagi pendapat yang memang aku nak tahu. Terima kasih sangat.


Semalam aku ada tengok Facebook kawan aku. Dia lelaki dan komen dengan kawan dia, perempuan. Kawan dia nak tahu cara nak pikat lelaki. Aku macam terkejut jugak la sebab jarang jumpa perempuan nak pikat lelaki ni. Tapi memang ada camtu. Sebab perempuan pun ada citarasa dia sendiri.


Aku tak tahu sangat cara nak pikat lelaki.
Tapi aku tahu la beberapa teknik.




Sentiasa senyum bila berhadapan dengannya
Bukanlah senyum memanjang. Kan dia cakap kau ni gila. Yang penting senyum tu biar ikhlas. Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Berperwatakan menarik di depannya
Ramai lelaki memandang luaran terlebih dahulu dari seorang wanita. Jadi penting untuk anda menonjolkan personaliti yang menarik bila bersamanya. Skema je ayat aku.

Jujur dan merendah diri
Lelaki memang suka wanita yang jujur dan tulus. Bersikap jujur dapat menarik perhatian dia lebih lama untuk cuba mengenali anda. Merendah diri juga penting sebab ramai lelaki suka gadis yang low profile.

Jangan sombong bila bersama dia
Lelaki tak suka bila ada gadis yang lebih ego darinya. Malah dia akan tercabar dengan keegoan gadis itu. Jadi belum sempat rasa sayang disemai, rasa benci akan keluar terlebih dulu.

Lakukan apa dia suka dan jangan lakukan apa dia tak suka
Yang ni bergantung kepada lelaki tu la. Aku lagi suka kalau dia jadi diri sendiri. Tapi memang betul bila kita sukakan seseorang, kita akan berubah tanpa kita sedari. Itulah kehebatan cinta.

Menggunakan bentuk badan sebagai penarik
Yang ni tak semua orang boleh buat. Ia bergantung pada keadaan. Ni macam shortcut nak pikat lelaki tapi pada masa sama mengundang kes ambil kesempatan yang memang disukai oleh ramai lelaki.

Pandai main peranan sebagai wanita bila bersamanya
Tonjolkan sifat kewanitaan anda. Contohnya bila dia bercerita tentang masalahnya, gunakan ayat-ayat lembut seorang wanita untuk menenangkannya. Mungkin dia akan perasan yang anda mengambil berat tentangnya.

Jangan terlalu mengongkong si dia
Sesiapa pun tak suka dikongkong. Jangalah sebab perkara-perkara kecil, anda menyiasat dia macam seorang pesalah penjara. Bincang betul-betul sebab setiap masalah tu ada jalan penyelesaian dia.

Jangan terlalu bergantung kepada lelaki
Jangan tak tahu, lelaki suka wanita yang pandai berdikari. Tapi ada masa bila dia menghulurkan bantuan, janganlah menolak. Tapi jangan terlalu memaksa sehingga menyusahkan dia.

Guna bahasa tubuh semasa berinteraksi
Pastikan tubuh anda tegak dan setentang bila bercakap dengannya. Jangan tunduk bawah dan lihat matanya semasa bercakap. Tunjukkan anda seorang gadis yang yakin dengan diri sendiri.

Jaga cara pemakaian anda
Seksi atau tidak, tidak sama di mata setiap lelaki. Ada lelaki yang suka wanita bertudung tapi seksi sikit-sikit sebab bagi dia, cuba melihat sesuatu yang terlindung lebih seksi daripada yang rela hati mendedahkannya.

Beri kad ucapan supaya dia sedar kehadiran anda
Ramai tak buat benda ni sebab menganggap macam ketinggalan zaman. Jadi dia guna jalan cepat melalui SMS. Cuba buat benda ni dan lihat kesan besar kad ucapan itu dalam perhubungan anda.

Lelaki memang suka wanita yang berterus terang
Jangan berkias atau cuba bagi hint tentang sesuatu perkara sebab lelaki ialah makhluk yang sangat simple. Straight to the point is the way to talk with men.

Tunjuk sifat humor anda bila bersamanya
Ini cara paling senang untuk memberitahu si dia yang kamu boleh didekati. Tapi elakkan humor berunsur lucah sebab mungkin akan menyebabkan dia menganggap kamu wanita murahan. Nak lucah boleh tapi sikit-sikit.

Jangan jual mahal bila bersamanya
Wanita memang kena berhati-hati tapi kalau dia ajak keluar makan sampai 10 kali, takkanlah semua tu anda tolak. Lelaki ni, bila dia bosan, dia tinggalkan macam tu je. Dan bila perempuan tu cari lelaki tu balik, lelaki tu akan sakitkan hati perempuan tu tanpa belas kasihan. Serius aku cakap.

Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
Bersedia dengan setiap kemungkinan. Kalau dia bawak anda pergi makan, tunjukkan kesopanan anda. Kalau dia bawak pergi jumpa mak ayah dia, tunjukkan anda ialah Wanita Melayu Terakhir di matanya. Kalau dia bawak pergi hotel? Tunjukkan IC anda bahawa anda Islam.

Manjakan dia dengan kata-kata romantik
Lelaki memang suka dimanja cuma tak tunjuk demi menjaga ego dia. Jadi selalulah belai dia dengan kata-kata manis.

Jangan bandingkan lelaki dengan sesiapa sahaja
Ini pantang bagi seorang lelaki. Lebih-lebih lagi bila anda bandingkan dia dengan bekas kekasih anda. Tak kisahlah dia kurus, gemuk, pakai spek, rambut kerinting, naik motor vespa, atau apa saja, terimalah dia seadanya. Anggaplah kekurangan dia sebagai keunikan.


Selamat mencuba dan semoga berjaya memikat lelaki pilihan anda.




Kepada wanita, komen la kalau ada apa yang tertinggal. Point di atas cuma tanggapan aku bila melihat seorang lelaki dari mata seorang gadis Melayu. Konon la kan.


Skema pulak rasa entry ni. Hahaha...


Kunkun!!



12 comments:

Miss SITI. said...

hohoho...menarik la...
lg menarik sbb ade naoki kat bawah...hihihi..

Applepinkcomeyy said...

err lagi satu, lelaki suke perempuan yang peramah, yang senang diajak borak.. open minded but jgn over sgt open minded tu, haha.

pendapat aku la :D

Lyeah said...

rasanya teknik2 tu universal kot. hahaa.
means ppuan pun MAYBE nak lelaki yg mcm tu jugak.

Halimatun Sa'adiah said...

kne take note neh...

akema yazid said...

waaaaaa..comeynya ashiya dan nakatsu!!! (:

Unknown said...

huhu semua ade betulnya n last but not list lelaki ni ske pompuan yg 1 kepala ngan dyer n lyan otak gila2 dyer heee sng ckp kelakar ! :D

Falcoa wa ! said...

pih !mane awek tuk aku...ari2 ckp nk bagi...haihh !hahahahhahaakakkakakakakakakakka !

amirahsamat said...

jadilah perempuan yang xcepat marah or xberemosi lebih.fun fun aje. :)

kauYangaku s a y a n g said...

wah! sy paling suke bile awak type "meliht ssuatu yg trlindung lbih seksi dr rela hati mendedahkannya"..superb!

Eyza Zarres said...

Oh , suka dengan entry ni . Awesome sangat . Thanks for the tips :)

Anonymous said...

Lelaki yg saya suka ni lain. Dia mungkin ego jugaklah. Taknak pandang muka saya. Duduk depan saya dlm kelas. Nak menangis jugak dengan sikap dia. Asyik nak berborak dengan kawan sebelah saya. Tapi selalu ejek saya suka orang lain. Susahnya nak paham.

Anonymous said...

Wahh.. bestt ! Ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...