My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

10 February 2011

yes akhirnya malaysia masuk livescore

Kunkun!!


Ramai dah tahu, semalam ada perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Hong Kong di mana Malaysia menang 2-0. Tahniah Malaysia.


Semalam juga pertama kali aku dapat tengok nama Malaysia tertera dekat websit Livescore.com. Ni website bola sepak tapi lebih pentingkan negara-negara 'hebat'. Jadi sebab tu la aku macam "Hebatlah Malaysia dapat masuk Livescore..."



Walau apa pun, tahniah sekali lagi dekat Malaysia. Kepada yang mengutuk mutu permainan dan mengagung-agung bola sepak negara lain, cuba tengok kad pengenalan tu. Anda rakyat mana? Kalau tak kita yang bagi sokongan, takkan nak harapkan rakyat negara lain.



Tak nak lah komen banyak pasal perlawanan semalam. Yang penting bola sepak Malaysia dah nampak kemajuannya. Kalau tak takkan Safee Sali ditawarkan bermain kat Indonesia kan?


Satu info yang menarik, Brendan Gan berminat bermain dengan Malaysia. Jadi FAM, cepat-cepat hantar wakil. Siapa tak kenal Brendan Gan ni, dia rakyat Malaysia tapi bermain di Liga Australia. Cuba search kat Youtube, rasanya ada video pasal dia ni.



Aku cuma nak cakap aku excited bila tengok nama Malaysia dalam Livescore je.


Malaysia Boleh!


Kunkun!!



4 comments:

sale_ehs gerrard said...

aku pun tkejut gak bl tgk smalam. igtkan international friendly tuk big2 team je, mlaysia pun terselit gak.

Kat goal.com pun terselit gak berita kejayaan malaysia.

Aku bangga jadi anak malaysia.

Aqila Safuan said...

: ))))))))))))) *happy happy

Miss El said...

bangga!

Khai said...

bangga wei bangga. aku igt kawan aku tipu jer m'sia ada dlm livescroce.rupa2nya betul.bravo malaysia!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...