My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

28 February 2011

sayangi dia sementara dia masih ada







Kunkun!!


Entah kenapa, aku suka buat entry jiwang dalam cara sarkastik. Aku suka cara tu. Sampaikan satu tahap, aku sedar aku dah tinggalkan cara-cara lama bila aku sampaikan entry jiwang macam dulu-dulu.


Entah kenapa juga, rasa seronok pulak bila baca balik entry cinta lama yang tak kesampaian. Walaupun mendidih lagi rasa benci, tapi aku perlu berterima kasih dengan perkara yang lepas sebab menjadikan aku macam hari ini. Semua yang silap dalam kisah yang dulu, cuba aku betulkan dalam kisah yang baru.


Jujur, aku mengaku, aku menderita sangat bila cinta yang terakhir tu putus. Semua impian, kekecewaan, tangisan dan halangan yang aku harungi langsung tak dihargai oleh seseorang bernama wanita. Tapi Tuhan itu sentiasa ada. Satu nikmat ditarik, nikmat lain dikurniakan.



Berkenalan dengan seseorang di Facebook membuka lembaran baru dalam hidup aku. Mula-mula nak add, aku ragu-ragu. Sebab status dia ialah "In a Relationship with ....." Tapi sebagai lelaki yang tak pernah mengalah mencari cinta, aku tetap add. "Eleh, Yusry dengan Erra pun boleh bercerai ni kan pulak couple". Tu ayat standard bagi setiap lelaki bila dia perlukan keyakinan diri yang lebih dalam bab cinta ni. Dia approve, dia bagitahu yang 'boyfriend' dia dekat Facebook tu kawan baik dia dan sejak tu, aku dengan dia selalu chat sampailah bertukar nombor telefon.


Pernah sekali tu, dia cakap nak jumpa aku. Lelaki mana akan tolak bila orang yang dia suka ajak jumpa? Jadi aku pergilah dengan semangat berkobar-kobar. Bila sampai je, rasa malu pun datang sebab kawan-kawan dia pun ada. Segan yang teramat segan aku masa tu. Kalau bukan sebab dia, memang aku dah lari masuk dalam kereta lepas tu balik rumah.



Sejak tu, memang jarang jumpa. Mujurlah ada handphone yang jadi orang tengah antara kami. Mujurlah ada Celcom dan Maxis yang jadi baton yang memutikkan rasa lain dalam hati.


Pernah satu ketika, masa hari dia nak balik kampung sebab cuti sem, aku ajak dia lunch sama-sama. Aku dah bersedia untuk ditolak pelawaan tu. Tapi tak sangka dia terima. Aku bawak pergi McDonald's tapi orang ramai sangat. Jadi kami just drive thru dan makan kat tepi pantai. Malam tu aku hantar dia naik bas. Tiket dia pukul 8.30 malam tapi bas sampai lewat dua jam. Tak sampai hati pulak aku nak tinggal dia sorang-sorang jadi aku teman je la. Masa tu la baru aku tahu aku tak bertepuk sebelah tangan.



Oh, dia pernah cakap dia tak suka blog aku, tapi aku tahu dia baca setiap satu. Terima kasih sebab sudi belikan makanan breakfast kat saya. Terima kasih sebab sudi share satu burger dengan saya. Terima kasih sebab sudi suap McFlurry. Terima kasih sebab kejutkan saya pergi kerja pukul 8 pagi walaupun kelas awak start pukul 2 petang. Terima kasih sebab ajar saya selok belok kerja 7-Eleven. Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk terus berfikir pasal masa depan saya.


Sayangilah seseorang selagi dia ada. Luahkan sayang sementara dia masih boleh mendengar. Kita yang mengawal hidup kita. Lakukan sebelum dia, atau kita, yang terlebih dulu menutup mata.



Saya kenal sayang saya! Saya sayang Sayang saya!


Kunkun!!



10 comments:

myn :) said...

thumbs up <3

aNnE said...

benarkah ini betul2 terjadi?haha.

aming said...

kalu cinta ak lain sgt pih..dan skrang ak sedang mencari..haha

toyolkiut said...

wah..
kadang2 cakap saja x bawa makna..
usaha untuk dapatkannya..

Atsuko Ichirou said...

citer sape nie??
apih punye citer ke?

ejulz said...

perghh!! adakah ini betul2 @ rekaan semata2.. huHu

Jangan lupe singgah n komen k.. :)

New Entry "Sejarah 2008 berulang?!! "

Khai said...

Terbaik bro..harap2 smpai ke jinjang pelamin, sampai ke anak cucu :)

Nazrey Dylandy said...

entri nihh best dlm bnyk2 entri jiwang !hee :)

whitelover said...

terima kasih sebab share cerita ni..terima kasih sebab cerita ni agak menarik..terima kasih sebab cerita ni comey je..

Mawar Merah said...

Jika dialah chenta hatimu, akak doakan korang menjadi ye.. (^.^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...