My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

27 February 2011

hitam itu gaya mutu keunggulan





Kunkun!!


Aku suka budak-budak. Aku suka bila budak-budak mengatakan sesuatu. Walaupun kadang-kadang tak masuk akal, tapi mereka jujur sebab budak-budak tak pandai menipu. Semalam, aku ada dengar pebualan dua orang budak. Perbualan ke? Bertikam lidah kot.


Budak A : Kenapa kau ikut aku? Kau hitam la.
Budak B : Eleh macam la dia tu putih sangat.

Budak A : Tapi aku boleh beli Slurpee! RM1.90 harga dia tahu tak?

Budak B : Slurpee je pun. Papa aku nak bagi aku Blackberry tau!
Budak A : Blackberry tak boleh makan la!


Aku curi-curi dengar. Kelakar pun ada. Budak-budak yang belum kenal erti hidup. Adakah air Slurpee 7-Eleven lebih hebat daripada Blackberry? Mungkin lepas kedua-dua budak tu bersunat nanti, budak B akan sedar, dengan Blackberry dia mampu menawan hati gadis berbanding menunjuk Slurpee. Hahaha...



Panjang lagi perbualan mereka. Aku dengar satu persatu.
Tapi paling menarik ialah,

"Kau hitam la!!!"


Dari kecik, kita diajar yang putih itu cantik. Gadis cantik ialah gadis berkulit putih. Putih itu suci. Sebab itu ada warna putih dekat bendera Malaysia. Kita dididik juga yang hitam itu hodoh. Sebab itu kebanyakan watak jahat pakai baju hitam. Hitam itu jahat. Sebab itu bendera lanun juga warna hitam.


Kita, mungkin semua orang, meletakkan hitam kepada benda negatif. Benda jahat. Tapi dunia hari ni, dengan lambakan produk kecantikan, semua orang jadi putih. Tapi semakin kita dewasa, pengalaman pula mengajar kita, putih di muka tak bermakna putih di hati.


Tapi sebenarnya, hitam itu hebat. Hitam itu keunggulan. Ramai suka bila dilabel hitam manis. Siapa tak suka bila ada penambahan rasa lada hitam dalam masakan? Kotak hitam benda paling penting bila ada kemalangan. Fans Black Mentor meningkat dari hari ke hari. Orang putih sendiri berebut nak dapatkan Blackberry walaupun dia tahu benda tu hitam!


Jadi kepada budak B, yang dihina sebab 'kehitamannya',
ingatlah hitam tak semestinya buruk dan putih tak bermakna suci.


Biru Mata Hitamku? Seragam Hitam? Welcome To The Black Parade? Hitam juga dipilih jadi tajuk lagu. Putih ada??


ps : No heart feelings. Aku bukan nak hina orang.
Muka putih melepak tapi hati macam jalan tar buat apa kan?


Kunkun!!


11 comments:

Cik Puan iLa said...

suke entri ni.. :)

ainiadam said...

haha. kesian..putih ke, hitam ke..manusia tetap manusia.

liya alia said...

suka entry nih..
sebab saya golongan budak B jugak :)

Anon55 said...

<3 it

hacker said...

suka jgk entry ni..
sy hitam dan sy ok..
btw,hitam itu itu menawan,tp bukan saya lah..haha~

Achu said...

hitam putih warna kehidupan.

M. said...

hahaha waktu kecik dulu selalu kena ejek buntut kuali, tapi tak rasa apa2 pon. hahaha

Cik SCC said...

hurm...
ade lagu..
tajuk Kain Putih..
sesuai utk org nak mati..haha

as said...

hahahaha. bagusnye! boleh bgi adik bace. she's always got depress whenever people said her " black ".

Khai said...

Blog mu hitam.Hitam itu hebat.Hahaha

nona hidayah said...

Betul2..sokong dua2 belah tangan..org selalu pandang yang putih melepak tu cantik..kesian kat budak hitam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...