My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

15 February 2011

hargailah isteri anda wahai adam




Kunkun!!




Adam dan Maya telah lama melayari gerbang perkahwinan. Adam bekerja di sebuah syarikat berhampiran kawasan perumahan mereka sementara Maya seorang surirumah sepenuh masa. Mereka dikurniakan 4 orang anak yang masih bersekolah.


Adam tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Pernah dia bersungut kerana merasa bosan setiap hari pergi kerja sedangkan Maya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh dia mahu isterinya tahu betapa penatnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Pada suatu malam, Adam berdoa, "Ya Tuhanku, ketika aku bekerja 8 jam sehari, isteriku hanya tinggal di rumah. Aku mahu dia tahu betapa letihnya aku bekerja. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Beri aku sehari menjadi isteri supaya dia dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula berehat di rumah".


Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui dan mengkabulkan permintaan Adam. Keesokan pagi, dia bangun tidur sebagai seorang isteri. Selepas bangun, dia bergegas ke bilik air, gosok gigi, mandi, solat Subuh dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kemudian dia terpaksa berhadapan kerenah anak-anak yang liat nak bangun pagi. Akhirnya barulah mengejutkan suaminya yang lena di atas katil. Selepas itu dia menghantar suami ke pintu dan melihat suaminya keluar dari pagar dengan menaiki motorsikal. Kemudian dia kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air sebagai bekal anak-anaknya.


Ketika anak-anak memakai kasut, Maya memanaskan enjin kereta dan terus menghantar anak-anaknya. Maya terpaksa merentasi kesesakan lalu lintas di depan sekolah anak-anaknya. Balik dari sekolah dia terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur. Selepas dua jam baru dia sampai ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan disimpan dalam peti ais. Maya memungut pula kain-kain baju untuk dicuci dengan mesin. Sementara baju dibasuh, Maya menyapu lantai. Kemudian dia menjemur kain di ampaian. Lepas tu dia mula memasak untuk anak-anak yang akan balik tengahari nanti. Selesai memasak, dia bergegas mengambil anak-anak dari sekolah. Sampai di rumah, dia menghidangkan makanan kepada mereka. Kemudian menyuruh mereka mandi dan buat kerja sekolah sampai siap kalau mereka nak main petang nanti.



Tiba-tiba dua orang anaknya bergaduh, yang kecil menangis. Terpaksa Maya pujuk supaya tak berlarutan. Kemudian dia mengangkat kain untuk dilipat dan disimpan dalam almari. Kelihatan anak-anaknya sedang rileks menonton Dora The Explorer, Maya bergegas menunaikan solat Zuhur. Kemudian dia memeriksa hasil kerja sekolah anak-anaknya. Selang beberapa minit, azan Asar kedengaran. Maya menunaikan solat Asar.


Kemudian dia menyediakan makan malam. Selepas itu terpaksa melayan kerenah anak-anak yang malas mandi. Lepas Maghrib, dia melayan pula suami dan anak-anak makan. Kemudian terpaksa cuci pinggan mangkuk ketika suami sedang berbaring menonton berita di TV. Baru sahaja 10 minit dia duduk menonton TV, terpaksa pula menguruskan anak-anak masuk tidur.


Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahnya selesai. Badannya sudah lemah dan perlukan rehat. Opsss belum sampai masanya lagi. Suami juga mahukan layanan mesra. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Lebih-lebih lagi malam Jumaat. Maka suami dilayan dengan sebaiknya sehinggalah dia benar-benar terkulai layu langsung tertidur. Maya sendiri tak pasti pukul berapa.


Keesokannya, terjaga dari tidur, Adam berdoa "Ya Tuhanku barulah aku tahu. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku bekerja."


Tiba-tiba Adam terdengar satu suara ghaib berkata, "Wahai Adam, kamu belum boleh menjadi suami semula sebab persetubuhanmu semalam telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali..."



Dengan sekuat hati, Adam menjerit,
"Waaaaaaaaaaaaaa... Tak nak! Tak nak! Tak nak!!!!!!"


"Bang... Bang... Abangggg!!!! Kenapa terjerit-jerit ni?" Sergah satu suara. Adam bangun dari katil dan memegang isterinya sambil bertanya "Maya, Maya ni suami atau abang yang suami sekarang??" Sambil ketawa Maya membalas "Laaaa... Apa abang nak masuk Raja Lawak ke pagi-pagi buta ni? Tentulah abang suami dan Maya ni isteri."


Hari itu, Adam mengambil MC dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja rumah. Maya kelu, dia bisu melihat perangai pelik suaminya.


Hargailah pasangan anda. Ini pesanan Hari Kekasih versi Apih El Nino.


Kunkun!!



10 comments:

Unknown said...

entri penghormatan utk kaum hawa,thanx :)

cik chocomint said...

sweet~hehe

biskut chipmore said...

sesungguhnya pengorbanan isteri tu besar.. nampak mudah, sebenarnya lagi susah..

Khai said...

Fuyooh..

nampaknya Apih dah ready nak kawin..hahaha

wannurfazrini said...

nak share lehh ? biaq laki terbuka pemikiran mereka !

Lyeah said...

hahaa pernah baca cerita ni dulu. kadang2 betul jugak. itu kalau isteri suri rumah. kalau yang bekerja? huh. lagi dasat kot.

PUCCAnis said...

suke entry ni..:)

Ariesya R. said...

haha okeh aku gelak part yang "tak nak tak nak tuh" hihihi

Miss Meen said...

^_^ Saya sayang Mama Saya ...
Berusaha menjadi seperti ini yer kaum hawa ^_^

Anonymous said...

tak ada hari kekasih dalam islam.haram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...