My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

16 February 2011

saya dah jawab tag awak cik yuna




Kunkun!!


Tag ni dah lama tapi takde masa nak jawab. Kesian tuan dia Cik Yuna yang menunggu aku jawab. Okay sekarang aku jawab dengan penuh semangat Harimau Malaya!



Apa yang penting dalam hidup anda?
Tuhan, sebab Dia aku ada di sini. Mama, sebab mama lahirkan aku. Papa, sebab papa yang azankan aku masa baby. Keluarga, sebab diorang sama-sama jaga aku. GC, sebab diorang geng aku. Kawan-kawan, sebab diorang tolong aku jadi macam sekarang. Dan Si Dia, yang mewarnai hari-hariku.

Kalau kebendaan pulak?
Banyak sangat la. Kereta aku, yang sudi bawak aku pergi merata tempat. Motor aku, yang bawak aku pergi kerja. Laptop aku, yang jadi teman aku masa bosan. Facebook aku, tempat aku kenal orang yang aku tak kenal. Blog aku, tempat aku kenal korang semua!

Apakah anda sedang bercinta?
Ya. Saya sedang bercinta. Hahaha...

Seberapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Selama cinta itu mampu disemai dan dijaga,
selama itulah saya menyayangi dia. Chewah!

Novel/buku/majalah terakhir yang anda beli?
Buku Astro yang datang setiap bulan tu. Tu je yang aku ingat.

Nama penuh anda?
Mohd Afif Rashdan Bin Shafie. Itu nama ikut IC.

Antara ayah dan ibu, mana anda paling rapat?
Mama. Mungkin betul anak lelaki lebih rapat dengan ibunya sendiri kan?

Namakan orang yang anda betul-betul nak jumpa?
Maki Hirokita, heroin Jepun. Serius tak tipu! Hari tu terjumpa dia, sempat sembang-sembang kejap. Walaupun kami sama-sama tak pandai cakap Inggeris tapi masih boleh berkomunikasi. Last sekali aku mintak nombor telefon dia dan dia bagi. Aku tulis atas kertas. Bila aku buat keluar handphone nak save nombor telefon dia, mata aku silau sebab cerah sangat. Oh mimpi rupanya.

Adakah korang basuh baju sendiri?
Tak. Pernah cuba nak basuh tapi nenek marah. Dia cakap biar dia basuh. Aku tak berani melawan sebab dia nenek aku. Tak pasal-pasal kena cop cucu derhaka karang.

Di manakah tempat yang betul-betul anda nak pergi?
Buat masa sekarang, aku nak sangat pergi ruang tamu rumah aku. Lepas aku post entry ni sumpah aku pergi situ. Sebab charger handphone ada kat situ. Battery low sangat dah ni.

Pilih satu. Peluk atau cium?
Peluk tapi tak cium macam tak lengkap je. Cium tapi tak peluk lagilah nampak janggal. Aku pilih cium. Maksud aku cium pipi la.

Bilakah tarikh hari jadi anda?
23 Januari. Beberapa minggu lepas.

Tag 5 orang yang anda nak!
Siapa nak ambik ni ambik je la. Sumbangan ikhlas dari Apih El Nino.


Kunkun!!



1 comment:

sicomot-comel said...

punyelah dah membayangkan afif berbual dengan maki hirokita tu..rupanya...


TETTTTTT


mimpi aje !
chehh..
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...