My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 December 2012

radio



Radio kadangkala boleh jadi benda paling celaka. Dia mainkan lagu yang paling kau tak nak dengar di telinga. Bukan sehari dua tapi kalau boleh tak nak dengar sampai bila-bila. Lagu yang mungkin buat kau teringat satu benda yang kau nak sangat lupa. Lagu yang mungkin buat kau terimbas semula. 



Saat kau nak lupakan seseorang tiba-tiba radio mainkan lagu cinta kamu berdua. Nak sumpah seranah pun tak guna. Kau bukan deejay yang putarkan itu semua. Kau tak ada kuasa. Kalau kau dalam kereta bolehlah kau tukar channel lain yang kau suka. Tapi kalau kau di shopping complex contohnya? Terpaksa juga kau tadahkan telinga secara paksa rela.


Tapi lainlah kalau kau tengah bercinta. Lagu bodoh pun kau boleh ulang dari pagi sampai senja siap kau boleh hafal setiap lirik dia. Sebab bagi kau lagu itu memberi rasa. Kononnya.


Aku lagi suka dengar lagu yang aku susun sendiri kedudukannya. Pilih lagu yang kena dengan jiwa kemudian masukkan dalam pendrive dan cucuk dalam kereta. Lagu itu buat aku selesa.


ps : Radio main lagu cinta tapi aku rasa kosong saja. Harap ada orang turut merasa ;)


7 comments:

Nurmujahidah Ismail said...

tak tau nak komen apa,, kita rasa benda yang sama http://mujadafewa.blogspot.com/

hnahdy said...

lagu2 tersebut selalu mengingatkan detik2 manis erm.. pahit juga. kkadang dia pernah nyanyikan lagu untuk kita. ada juga lirik2 lagu tersebut mempunyai kaitan dengan kita.. :)

drheartymza said...

speechless . serius memang rasa nak campak je radio tu . tp kdg2 kita akan rasa nak dengar jugak lagu tu . kenangan tak boleh dipadam, tapi kenangan boleh jadi pengalaman dan pengajaran :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Neo89 said...

Selalunya layankan jerr walaupun 'makan dalam'. T^T

Phat said...

aku layan radio dalam kete je huhu

Danny Khun said...

Christina Perri - Jar of Hearts and Caprice ft Alleycats - Andainya aku pergi dulu :')

http://freakingvoyage.blogspot.com/

MarliaMarble said...

Sama lah..selalu susun lagu ikut yang kena dengan jiwa..dengar yang tu je laa..Tak suka sangat lagu jiwang..hampeh je dengar..hahaha..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...