Kawan sebab bersebab itu yang pertama. Kawan yang mungkin beri kelebihan dekat kita. Mungkin dia ada kereta jadi kita boleh tumpang bila nak pergi mana-mana. Mungkin dia anak orang kaya yang boleh belanja kita bila-bila masa. Mungkin dia ada nama. Mungkin dia ada kuasa. Mungkin dia pandai orangnya. Kawan yang tidak sedar di sebalik persahabatan itu tersembunyi satu rahsia.
Kedua, kawan yang macam cuaca. Sekejap cerah sekejap gelap gelita. Sekejap ada sekejap tak ada. Bila kita senang dia ada depan mata tapi bila kita susah dia hilang entah ke mana. Bila dia ada masalah kita sudi luangkan masa tapi bila kita ada masalah dia pekakkan telinga. Kawan yang cuma sanggup ketawa bersama namun tidak menangis bersama. Ini kawan celaka.
Nombor tiga, kawan sampai bila-bila. Kawan yang berjanji akan terus berkawan sampai hujung nyawa. Kawan yang berjanji akan cari semula kita dalam syurga untuk sambung persahabatan atas dunia. Kawan yang anggap masalah kita sebagai masalah dia sebab nak hadapi masalah itu sama-sama. Kawan yang nampak derita dari mata kita saat orang lain percaya dengan senyuman yang kita reka. Kawan yang tahu perangai buruk dan sejarah hitam kita tapi masih mahu bersama kita.
Lihat sekeliling kita. Kawan-kawan kita jenis yang mana. Sekarang lihat diri kita. Kita sebenarnya kawan jenis apa. Satu atau dua atau tiga, atau satu dua tiga? Kalau semua tak apa. Mungkin kita kawan pertama di mata dia namun kita sebenarnya kawan nombor tiga di mata dia yang lain pula. Lagipun kita manusia yang tak sempurna. Jangan ingat semua orang akan suka kita, sebab kita pun bukan suka dekat semua orang di sekeliling kita.
ps : "Kalau Malaysia menang, aku akan update blog esok," tweet aku semalam ;)
5 comments:
kawan..aku sendiri segan nk mengharapkan apa2 dr kawan sbb aku bukanlah sapa2 bg mereka
KAWAN.. Susah nak dpt kawan yang ikhlas.
suka yang nombor 3, tapi saya pun tak cukup sempurna untuk dapat kekawan baik camtu...
kdg kita mghrp yg terbaik..
tpi kita lupa kita juga belum betul mnjdi kawn yg baik...
kdg kita mghrp yg terbaik..
tpi kita lupa kita juga belum betul mnjdi kawn yg baik...
Post a Comment