My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 November 2012

dalaman luaran



Semalam aku pergi tahlil datuk sepupu aku. Aku pergi awal sebab nenek aku nak tolong-tolong apa yang perlu. Jadi sementara tunggu orang lain datang aku bersembang dengan ayah sepupu aku merangkap anak sulung kepada arwah datuk sepupu aku.


Tak lama kemudian datang seorang lelaki berbaju putih yang ada gambar bendera UK serta kopiah atas kepala. Dia datang bersalam kemudian memperkenalkan diri sebagai saudara yang baru balik dari luar negara. Poyo gila. Tak perlu sebut tak apa belajar dekat mana. Dia bercerita pengalaman dia masa musim bunga dan jumpa beberapa orang ternama. Aku buat-buat tak dengar saja.


Orang mula ramai dan parking mula dipenuhi. Kedengaran deruman enjin motorsikal membingitkan telinga kanan dan kiri. Sekumpulan remaja lengkap berbaju Melayu datang dan bersalam dengan kami. Rupa-rupanya mereka kawan kepada ayah sepupu aku yang seorang lagi. Aku menjemput mereka masuk dan mereka memilih untuk duduk di satu penjuru tepi. Kena duduk satu geng baru nampak bersatu hati. Aku tahu sangat semangat itu sebab aku pun ada geng aku sendiri. 



Budak oversea tadi menggeleng kepala dua tiga kali. Dia pesan dekat ayah saudara aku supaya jangan rapat sangat dengan budak-budak tadi. Katanya Mat Rempit adalah musuh negara sejak dulu lagi. Mat Rempit adalah sampah masyarakat yang wajib dijauhi. Gila babi. Aku terkejut tapi masih berdiam diri. Entah dari mana dia tahu budak-budak tadi Mat Rempit pun aku tak pasti. Jangan hanya sebab mereka naik motor terus kau kelaskan dia sebagai Mat Rempit atau sampah masyarakat macam kau cakap tadi.


Kami masuk dan duduk di penjuru tempat budak-budak motor tadi tawan. Aku tak guna perkataan Mat Rempit sebab bagi aku itu tohmahan. Aku tak suka nilai seseorang dari luaran. Surah Yasin di tangan dan bacaan Yasin dimulakan.


Sambil baca sambil aku perhati. Budak oversea tadi cuma berdiam diri. Surah Yasin di tangan tapi mulut dia tak berbunyi. Bila orang belek muka surat lain dia pun belek sekali. Aku pusing sebelah sini. Aku dapat dengar bacaan Yasin dari budak-budak motor tadi.


Aku pusing kepala. Bacaan aku terhenti seketika. Gila. Tiada surah Yasin pun di tangan mereka. Tapi bacaan mereka lancar dan sama. Sah gila. Bukan mereka tapi aku yang gila. Mereka mampu hafal satu surah Yasin dan menyebutnya semula. Sungguh suci hati mereka. Aku rasa budak oversea itu mesti tak tahu nak letak mana muka dia. Itulah tadi suka-suka hati cakap budak-budak motor tak guna. Jangan ingat kau belajar luar negara kau akan kuasai semua. 

Belajar jauh-jauh tapi bodoh juga bab agama.


Majlis selesai dan tetamu dihidangkan dengan nasi beriani. Sambil makan fikiran aku melayang pergi. Rasa bangga dengan budak-budak tadi. Mereka mungkin bising tapi mereka tak lupa diri. Mereka berpegang kepada agama walaupun masih budak lagi. Yang penting mereka berjaya malukan seorang budak poyo yang kononnya belajar luar negeri. Ibarat pasukan bawahan menang dengan pasukan gergasi di halaman pasukan gergasi itu sendiri.
Puiiii.


ps : Dalam rumah aku macam Astana Idaman walaupun dari luaran macam rumah setinggan ;)


8 comments:

azihajieha said...

aziha jieha http://macziha.blogspot.com/

saya setuju dengan pendapat awak.. jangan menilai orang dari rupa luaran semata-mata...

Azewas said...

walaupun jahat. pastikan boleh membaca atau lbih baik menghafal ayat2 al-quran. sbb kita yg bkl mencorak anak2 kita nnti. :)

Aliff Haikal said...

itu lah silap mereka. menjadi mat motor yang dibenci masyarakat.

Miss Lovouis said...

Another NICE entry ..
Happy Blogging :)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

betul tu.. kita x blh menilai org dr luaran shj..

wah kagum nya. mampu hafal yasin.. alhamdulillah. ^^

Unknown said...

terbaik bro..kalau Allah nak tunjuk anytime sahaja kan :)

Anonymous said...

moral of da story :
dont judge a book by it cover:)
walaupun mat motor , pandai baca yasin dan hafal sekali. syukur Alhamdulillah:)

haryzkhairuddin said...

apa salahnya jadi mat motor. kalau dah tu transport yg dorang ada.. yg penting mereka jaga agama mereka. memang seronok tengok orang2 muda mampu hafal surah2 al-Qur'an. ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...