My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 November 2012

kejamnya dunia



Kawan-kawan aku selalu cari aku bila mereka ada masalah dalam cinta. Aku pun tak faham sebenarnya kenapa orang bercinta bertanya dekat orang yang tak bercinta bila ada masalah dalam cinta. Tapi biarkan saja. Mungkin itu cara dia tunjuk rasa percaya.


Pagi tadi kawan aku mengadu dia ada masalah dengan kekasih dia. Dia hantar mesej dekat page Bernafas Dalam Ego pagi-pagi buta. Panjang berjela-jela. Dia kata dia syak kekasih dia main kayu tiga. Dia kata kekasih dia dah tak mesra. Dia kata kekasih dia asyik bagi alasan ada kerja bila dia ajak jumpa. Kawan aku sebenarnya gagah perkasa. Badan dia sasa. Penuh semuka inbox di Facebook dengan mesej aduan dia. Tapi tak kisahlah sebab aku suka baca. Oh ya silalah like page blog ini di Facebook juga. Free saja, tak perlu bayar apa-apa. Ini link dia, http://www.facebook.com/bernafasdalamego. Ketawa. 


 
Aku bagi beberapa cara untuk atasi masalah dia itu. Kebetulan dia juga sedang online terus dia balas mesej aku. Aku suruh dia cuba satu per satu. Ada yang dia pernah cuba dulu. Ada juga cara baru yang baru dia tahu.


Aku kagum dengan dia. Ramai gadis di Facebook nak kenal dengan dia namun dia buat acuh tak acuh saja sungguhpun dia tergolong dalam golongan ada rupa dan ada gaya. Yang untung pasti kekasih dia. Sudahlah setia, badan pula sasa. Mungkin kekasih dia merajuk sebab nak bermanja. Macam-macam kata-kata positif aku bagi supaya mereka berbaik semula.


Tadi bergerak di ticker di hujung kanan belah atas Facebook dia komen status kawan dia. Aku bukan rajin sangat nak baca tapi sebab ada simbol 'love' jadi aku tekan juga. Maka terpampanglah status seseorang di layar putih skrin laptop yang bernyala. Oh ini status kekasih dia. Aku baca. Aku gosok mata. Aku garu kepala.


Status itu memang sweet sekali. Ayat meminta maaf serta kata-kata cinta dan simbol 'love' pasti dapat mencairkan kekasih hati. Tapi bila ayat itu ditulis oleh lelaki dan ditujukan pada lelaki, perlahan-lahan keghairahan membaca tadi pergi. Terus aku pangkah tanpa sempat aku habiskan komen terbaru yang diberi.


Kejamnya dunia bila manusia sibuk berebutkan jantina yang sama. Jangan tanya aku kenapa jadi sebegitu rupa. Masing-masing ada citarasa yang berbeza. Sebab dia hormat aku jadi aku juga hormat dia. Malah aku masih boleh duduk minum semeja tak kiralah dia itu gay, lesbian, pondan, pengkid atau apa saja gelaran yang kononnya jijik di mata manusia. Sebab bukan aku yang tentukan dosa atau pahala.


ps : Kita hidup di dunia jangan menghina sesama manusia sebab kita semuanya sama ;)

4 comments:

ELFarahin said...

Just nice. suka baca. ayat yang digunakan just sweet. bacapun just in peace yo.hmm...gay? sentap juga dibuatnya. Don't ask why. huhuu...by the way, awak ni dah macam Dr.Cinta pula. Hahaa... Untung siapa yang jadi kawan awak. I wish I have one :)

secret lover said...

Haa. Kita hidup di dunia jangan menghina sesama manusia sebab kita semuanya sama. AGREE!
bkn tugas kite nak judge orang. AGREE!

tapi tugas kita halang jahiliah dari jadi perkara biasa. 'gay biasalah zaman sekarang.'NO! it's not acceptable.

ambil iktibar dari kisah nabi lut dan kaum derhaka, hubungan sejenis bukan boleh dilabel 'biasa'.boleh guna peluang yg ada, buka jalan untuk dia kenal Pencipta. barangkali hidayah sampai ke dada dia. jangan hina tapi mu leh cuba nasihati dia. Apih mu ada kuasa!

i really love you dude. i hope you'll be the one that people see what the ought to see in a true Muslim.

sista yang comel itu, Finto. HAHA

Yousake NKRI said...

berkunjung ke blog ini.

Anonymous said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...