My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 December 2012

best friend



Kawan baik adalah kawan yang selalu ada untuk kau tak kira masa atau ketika. Kau dan dia saling berkongsi cerita, apa saja cerita. Semua tentang cinta sampai ke perihal keluarga serta tekanan yang kau rasa sama ada di kelas atau tempat kerja.


Sungguhpun berbeza jantina, kau dan dia selalu dilihat bersama. Makan bersama. Lepak bersama. Kau tak kisah apa orang kata. Kau single dan dia pun sama. Kau bebas buat apa saja. Kau tak ada kekasih yang akan cemburu buta. Kau tahu kau selesa dengan dia. Kau percayakan dia. Kau sayangkan dia. Malah kau sanggup mati demi persahabatan kau dan dia. 




Tapi ada satu peraturan hidup yang harus kau terima. Di antara kawan baik dan cinta, ada satu garisan halus yang memisahkan mereka. Garisan yang menjadi sempadan rasa. Garisan yang buat ramai manusia kecewa di akhir cerita.


Sekali kau jatuh cinta dengan kawan baik kau sendiri, kau umpama bermain api. 

Kau jadi takut dalam berani. Kau tersepit antara kanan dan kiri.


Apa kata kalau dia pun rasa perasaan yang sama? Kau saling suka lalu kau bercinta. Tapi risiko untuk putus sentiasa ada. Sebab bila kau bercinta, kau dah tak boleh buat macam kau cuma berkawan saja. Dan kalau kau putus dengan dia, persahabatan yang dah lama terbina akan berkubur untuk selamanya.


Macam mana pula kalau dia tak rasa apa yang kau rasa? Kalau dia cuma nak berkawan saja? Rasa tak selesa akan timbul antara kau berdua. Dan mungkin dia akan tinggalkan kau atas ketidakselesaan yang kau sendiri cipta. Dan kau akan hilang kawan baik hanya sebab kau terlalu ikutkan rasa.


Sebab itu aku takut bila kita makin mesra. Aku takut kita terjatuh cinta. 

Aku sayang kau tapi aku lebih sayangkan persahabatan kita.


ps : Betul kata mereka, bercinta selepas kahwin itu lebih indah keindahannya ;)


 

6 comments:

Unknown said...

Kau memang hebat kalau boleh stay menjadi kawan kepada 'dia'. Walaupun kadang kala hadirnya perasaan suka ataupun cinta. Respect la!

Cik Asma BLuppy said...

hadowww....:p

drheartymza said...

takde istilah kawan antara lelaki dan perempuan . mesti salah sorg akan fall in love punye . mustahil dah cerita segala perihal smpai tkde perasaan lgsg . pernah rase sakitnya bila putus persahabatan sebab cinta .

Nour Adieb said...

yup, hubungan persahabatan itu penting :)

[S 0 y A][G 0 r g E 0 u S] said...

this is what was happened to me.he told me that he felt the same thing.but then we're gtting far away.become stranger .arghhh.

Encinitas Security System said...

Awesomee blog you have here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...