My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 January 2011

undian SMS perbodohkan melayu?




Kunkun!!


Tajuk entry nak hot je kau Apih. Hahaha... Propa sungguh!


Dalam Malaysia ni, ada satu je rancangan TV yang aku tengok sebab nak tengok pengacara dia iaitu Raja Lawak. Aku tak tahu orang lain, tapi aku tengok Raja Lawak sebab ada Zizan dan Johan.

Raja Lawak 5 | Hanya lelaki akan menang sebab mencari 'Raja'


Semalam kat Astro Prima ada Raja Lawak 5 minggu ketiga, tema tiru gaya artis. Ada 11 peserta yang naik pentas buat lawak tapi aku rasa yang paling lawak tetap Zizan dan Johan. Daripada Faizal Tahir, Saleem, Jamal Abdillah, M.Nasir, Dato' SM Salim, Fasha Sandha, Yusof Haslam, Shamsul Yusof dan ramai lagilah yang ditiru gayanya oleh pengacara Raja Lawak ni.


Bukanlah aku nak condemn pengacara Raja Lawak, sebab memang tugas dia untuk suruh orang undi tapi bila sebut undi SMS, bukan ke dulu pernah keluar berita yang benda ni haram dan tergolong dalam salah satu judi? Ke aku yang silap? Sebab dulu kan heboh sekejap pasal undi SMS ni tapi tiba-tiba senyap macam tu je.

Hero Hugo Hefner | Women likes him, men jealous with him


Serius aku tak pernah undi SMS. Tak kira rancangan Raja Lawak ke, Akademi Fantasia ke, Mentor ke, Akademi Bomoh ke, aku tak pernah tergerak hati nak undi. Pertama, aku tak kenal perserta tu dan peserta tu pun tak kenal aku. Kedua, kalau dia menang, dia balas ke pengorbanan undi yang aku buat? Okay, nampak sangat ketidakkeikhlasan aku kalau mengundi kan? Sebab kalau nak mengundi, kita kena kenal orang kita nak undi. Kalau tak, jadilah macam beberapa kawasan di Malaysia ni bila silap mengundi.


Jadi, pengajarannya ialah, tengok boleh, SMS jangan!

The Swindler | Swindle, and become rich


Biarlah yang buat lawak bodoh tu orang Melayu.
Tapi janganlah yang SMS dan rugi tu orang Melayu.
Sebab yang makin kaya ialah orang bukan Melayu.


Tolong jangan politikkan entry ni sebab aku tak suka politik. Kotor.


Kunkun!!



13 comments:

missamy said...

hot entry ny . hihi .
btw , x suka nk vote sume .
suka tgkk je punn .
sbb ase mmbzir plak kedit bila vote dowg ;)

unieMARKS :) said...

hehe , drpd vote ke situ baik pigi ksik bersamamu or sedekah pada yang lebih memerlukan ;]

Mr.PinGu said...

xvote2 pun.. tonton je lg best hehe.. watpe buang duit

::nuRuLaDHar:: said...

hihi same la..xpenah nak pk pn nak vote2 sms ni..tp suke tgk jek sbb de zizan! die gile lawak ah...suke! =)

tim said...

politic is good but people make it bad

Anak Pak Muin said...

politic looks bad when those who 'giler kuase' take parts..

Effa CuRio said...

yup.. suka tgk raja lawak sebab ade jozan.. :)

cik syazni said...

samalah kita, tgk RL sebab ada JOZAN :)

*suka Zizan jadi Fasha nak Sandar semalam..haha

wannurfazrini said...

seriuss kot. org yg undi mmg bodoh . lg pun aku rasa yg undi peserta just kaum kerabat die je. ye dak ?

iKhRam said...

politik itu kotor.. itu je yg saya suke..

politik tugasnya memabngunkan rakyat.. bukan mengelak dan menangguhkan pembicaraan mahkamah..

ops!! terpolitik pulak!! hehehe

aqeyLs said...

huhu ak pon xpena undi & xlayan pon cter2 cam uh.

ceh ayat nak belagak.huhu

Cempakamelati said...

Pernah juga undi SMS ni, undi faizal Tahir sebab nak sangat dia menang tapi dapat no. 2 jer. Laim-lain tu belum ada lagi sebab takde yang betul-betul best. Adakah saya bodoh..hmmm!!!

aqim said...

wow..betul ke undi sms xleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...