My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

07 January 2011

tips menghadapi banjir







Kunkun!!


Dah dua hari hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Terengganu ni dinaiki air. Beberapa sekolah diarah tutup dan beribu penduduk di beberapa kawasan terpaksa berpindah. Untuk menghadapi banjir ini, beberapa tips perlu diikuti.



Tips Menghadapi Banjir


Sebelum Banjir
Pastikan anda tahu kawasan anda biasa dinaiki air atau tidak
Periksa lubang air seperti longkang dan saluran najis
Pastikan ada pusat bantuan di tempat anda
Sediakan peralatan kecemasan
Pastikan setiap ahli keluarga anda tahu apa tindakan semasa kecemasan
Sentiasa peka dengan pengumuman dari radio
Penuhkan bekas dengan air bersih kerana air banjir kotor
Bawa masuk perabot di luar rumah
Simpan dokumen penting di tempat selamat
Tutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas
Bersedia untuk berpindah

Semasa Banjir
Jika diarahkan berpindah, lakukan dengan segera
Pergi ke tempat tinggi dan selamat
Elakkan melalui kawasan banjir berarus deras
Jangan bersiar-siar di kawasan banjir walaupun dengan sampan
Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
Awasi kanak-kanak daripada bermain di longkang atau sungai
Jangan mengharungi kawasan banjir dengan kenderaan
Jika kenderaan terhenti, kunci dan tinggalkan di situ.
Seelok-eloknya berpindah awal dan semasa waktu siang
Jangan minum air banjir

Selepas Banjir
Pakai kasut semasa masuk dalam rumah
Periksa kerosakan dinding, lantai, tingkap dan pintu
Periksa jika ada kerekahan di siling
Periksa jika ada binatang atau serangga berbisa
Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor
Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air
Periksa peralatan elektrik yang tenggelam
Periksa bahan mudah terbakar seperti minyak dan petrol
Periksa kerosakan tangki septik
Buang bahan makanan yang terkena air banjir
Lapor kerosakan kemudahan awam kepada pihak berkuasa


" Bertindak Sebelum Terlambat "


Maaf, entry serius. Aku demam.


Kunkun!!



12 comments:

Khai said...

Asal aku baca entry ko mcm baca info kt web kerajaan jer..huhuhu..serious bro...

Yellow LEOpard said...

wahh..serius entry ko..btw, get well soon

cn said...

tak banjir pun kne jge2 gak..
i'm also demam, walopun tak men hujan..
get well soon

TunTeja said...

hehee..kunkun!! tu ape?
macam comel je.haha

Azewas32 said...

stu tips lagi.....
sediakan makanan yg bnyk....
sbb anda akan lapar bila hujan....
huhuhuh...

(aku ngah lapar)

Aini Adam said...

nak jimat bil air,,boleh mandi air hujan

♥ eyka elisha ♥ said...

aku benci banjir.nsb baek aku xpnh ngadap banjir T_T
air bru naek aras buku lali pon aku da bsg
hahahaha! =P

Azri Omar said...

sila on kan semua suis2 elektrik semasa air tgh naik.

sufiasri said...

yosh !!

sufiasri said...

yosh !!

iKhRam said...

ok.. entry yg sgt serius..
cepat2 la kebah dari sakit tu.. kalau tidak.. entry yg akan dtg akan makin serius

terima kasih dgn info ini

Kasim Ahmad said...

banjirr.. oh banjirr..

blog awk dah dimasukkan dlm bloglist Blog Kesayangan Gua..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...