My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

21 January 2011

perasaan ini seperti telah pun mati 2




Kunkun!!


Ini entry jiwang. Kalau anda hati batu, simen, konkrit, jangan baca.
Perasaan Ini Seperti Telah Pun Mati 1 kat sini [link]


Kelmarin, aku pergi beli barang sikit dekat Giant. Aku kalau pergi shopping kompleks, mesti berhenti sekejap tengok barang mainan budak-budak. Masa aku tengah belek-belek mainan Transformers, ada seorang budak lelaki berlari-lari kat situ sambil pegang kereta mainan Hot Wheels. Tiba-tiba budak tu terjatuh atas lantai. Bedebukkk!!!!


Aku tengok budak tu. Dia tak menangis pun. Hebat giler sebab aku rasa impak bunyi dia jatuh tu macam sakit je. Aku pun pergi dekat dia, angkat dia suruh berdiri. Aku bukan caring sangat tapi sebab takde orang tolong, terpaksalah aku tolong. Aku gosok-gosok lutut dan depan baju dia. Lepas tu datang seorang lelaki tanya kenapa. Aku cakap la budak tu jatuh. Lelaki tu pun perkenalkan diri dia sebagai ayah kepada budak tu.


Lelaki tu suruh la anak dia mintak maaf dengan aku tapi anak dia tunduk je. Malu kot jatuh dalam shopping kompleks. Nasib baik orang tak ramai pagi semalam. Aku pun mintak diri dan pergi dekat rak perfume. Aku sempat tengok ayah dia gosok-gosok lutut anak dia. Bagus betul ayah macam tu.

Nobody Is Perfect | We are nobody


Sedang aku sibuk cuba bau-bauan perfume kat situ, budak tu datang dan mintak maaf. Mungkin ayah dia berjaya pujuk budak tu kot. Aku pun sambut salam budak tu. Aku tengok mak ayah dia berjalan ke arah aku. Tiba-tiba muka mak dia berubah bila tengok aku. Aku pun terkejut tapi cover tak terkejut sebab suami dia tersengih tengok aku dengan anak dia bersalaman.


Tak sangka, perempuan yang lost contact secara tiba-tiba dengan aku dua tahun lepas dah jadi isteri orang sekarang. Dah ada anak! Suaminya bersalaman dengan aku dan meminta diri. Diorang sekeluarga hilang di celah-celah rak sabun. Sempat jugak isteri dia berpaling tengok aku tapi aku cepat-cepat tengok kat lain.

Love Is Like Running | We keep chasing the invisible target


Lepas je aku bayar barang yang aku beli, aku nampak budak tadi tengah main kereta elektronik Mickey Mouse, yang kena letak duit lepas tu dia bergerak dan bunyi lagu tu. Aku tak tahu apa nama permainan tu. Aku tengok happy je keluarga dia. Si anak bersuka ria kat atas mainan tu, mak dia ambik gambar anak dia dan ayah dia gigih menyorong troli.


Sepanjang perjalanan balik, aku rasa bersyukur sangat sebab dia dah jumpa seseorang yang boleh jaga dia. Aku rasa, kalau dia bersama aku, mungkin dia tak boleh rasa semua itu sekarang. Mungkin kena tunggu 10 tahun lagi. Baguslah dia dah jumpa orang yang lebih sempurna yang akan jadi milik dia selamanya. Setiap yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya.

Never Be Sad For What Is Over | Just be glad it happens


Perasaan ini seperti telah pun mati.
Atau, mungkin perasaan ini memang telah mati.


Kunkun!!




20 comments:

CN said...

apih, entry jiwang ni mmg best..kadang-kadang kita sendiri tak tau apakah prasaan tu..tapi bila kita sedar, dia dah menjadi milik org

Khai said...

sayu betul aku baca apih..ko ni muka ganas dlm ati ada taman..xpe..kisah kita hampir sama utk part 1 tp tidak di part 2..long journey bro..byk lg benda dan org yg tggu kita di luar sana bro.. keep walking..

Amna.Qadeeja said...

serius,entri ini sgt sedih dan bermakna..mungkin itu lelaki terbaek utk dia dan kamu barangkali akn ditemukan dgn gadis yg terbaek dr sebelum ini Insyaallah byk2 sabar k.. =)

yana :)) said...

ahhhh.. bestnya! :D

yana :)) said...

ahhhh.. bestnya! :D

missamy said...

nape cam sedey je entry ny dgn previous entry ?
btw , perjalanan msih jauh :)

AMMAR YASIR said...

sedihnya...huhuhuhu.... jom join contest ni nak?
http://jomklikblog.blogspot.com/2011/01/rm-300-untuk-follower-bermula.html

qin zyie said...

auww..sdehnye entry niy..arap u jumpe yg lbey baik:)

syafiq said...

tersentuh hati ..serius...x dapat bayang andai jadi kat aku

aqeyLs said...

cerita betul ke nie? pompuan tue umoq baper? amboi da ade anak bole lari2 lompat2 jatuh2.. awal dy kahwin eks.

huhu

loLaa_nurafizza said...

huhu..moga Allah buka pintu hati kamu..perasaan tak kan mati..cam2 jgk sy..sebab Allah lebih tahu ape yg terbaik utk kite..so,appreciate pe yg ade..chilll..(^_*)v

bantalijau said...

hari yang cerah untuk jiwa yang mati..

begitu indah untuk hati yang sepi...~


oh...layan jiwang jap..=,=

Apih El Nino said...

@aqeyls. Perempuan tu lebih berusia daripada saya. Dia dah kerja :)

kay-N said...

uhuk! teringin gak jumpe org2 yg dlu..at least nak tgk dorg dh epi..=)

Cempakamelati said...

Alhamdulillah, si dia sudah gembira dengan kehidupannya kini.

Anonymous said...

klau perasaan mati bleh hidup kembali, tetapi klau iman mati..

orang cakap hidup tu cuma skali, so patut enjoy, tp kan.. klau la tgh2 enjoy tu tuhan tarik nyawa camne la kan.. ruginya..

kekasih, harta boleh dcari
tapi iman hanya satu tak berganti

farhana hisham said...

besh je...

Azewas32 said...

sorry lmbt komen....xpe2...mybe ad hikmah smua yg terjdi...or gurl tuh not compatible ngn mg kut.....

bunga bukan sekuntum....ingt tuh...

intanfarhana said...

AKU SUKA! macam nak part 3 weh! ade tak?? haha

teh o beng said...

part 1 cite ni sbijik cam yg i alami skg..cuma watak u i yg pegang...kalo bleh tanak ending cenggini la..hehe..
he makes me fall into him but until now he doesn't know ...

btw,ni 1st time terjumpa ur blog n mmg syiok abes ah layan ur entries...best !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...