My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

17 May 2014

block



 

Tak tahulah kenapa sekarang Facebook jadi macam bosan gila. Rasa tak ketagih macam dulu kala. Kadang-kadang rasa tak buka Facebook pun tak apa. Buka Facebook bosan tapi kalau tak buka lagilah bosan rasanya. Jadi Facebook dibuka juga. Tetikus bergerak rambang merata-rata. Tiba-tiba terlintas satu nama yang aku tak tengok Facebook dia sejak sekian lama. Dah dua tahun rasanya aku block dia.



Nak tengok ke tak? Perasaan aku berkocak. Kata hati dan akal aku tak bergerak serentak. Nak dengan tak nak bercampur macam rojak. Sesungguhnya perempuan dan dilema tak dapat dielak.


Block dibuka kunci. Internet yang perlahan dan paparan Facebook yang keluar sedikit demi sedikit seakan memerli. Bermula dengan Cover Photo gambar hati, diikuti  Default Picture dia dengan seorang perempuan serta status 'In a Relationship with...' sudah cukup untuk buat hati aku terbakar lagi. Kenangan lama aku dengan dia yang tiba-tiba hadir dalam kepala membuat nafas aku macam nak berhenti. Hati perempuan tak akan sekuat hati lelaki. Tahan punya tahan aku menangis juga seorang diri.


Dia lelaki yang pernah sentuh hati aku tanpa aku sedari. Dia tunjukkan aku sisi lemah seorang lelaki. Dia cerita tentang kekasih yang dah pergi. Dia berkongsi tentang niat dia nak rendahkan ego yang terlalu tinggi. Kami jadi rapat dan saling kenal hati budi. Akhirnya pada satu malam dia kata dia mahu kami jadi lebih dari sebelum ini. Aku terima sebab aku dah mula sayang dia sepenuh hati.


Tanpa aku sedar saat kami bersama, kekasih lama dia datang semula. Datang mengimbau semula kisah lama. Betina celaka! Hati dia yang terbuka menerima dua tetamu dalam satu masa. Aku dan kekasih lama dia. Dan dia putuskan aku begitu saja. Baru aku sedar kebodohan aku sebenarnya. Dia terima aku bukan sebab cinta, tapi untuk lepaskan sepi dia saja.


Aku boleh block Facebook dia selama mana yang aku mahu. Tapi aku tak boleh block dia dalam hati aku. Sungguhpun aku kata aku benci dia sejuta kali tapi aku tahu rasa sayang tetap ada dekat situ. Aku tahu.


ps : Buat-buat tak nampak. Buat-buat pekak. Walaupun dalam hati rasa macam kena tetak ;)

16 May 2014

terima kasih cikgu



Dulu aku rasa antara kerja paling senang ialah cikgu. Masuk kelas ajar subjek tertentu. Bagi kerja sekolah pun pilih-pilih yang mana perlu. Habis kelas masuk bilik guru. Sambil tanda kerja sekolah sambil dengar lagu. Orang pejabat balik pukul lima kau balik pukul satu.


Tapi itu dulu.




Sekarang aku kerja dekat sekolah. Aku bukan cikgu tapi ada hari aku kena mengajar satu subjek yang mereka anggap susah. Sebenarnya tak susah, cuma mereka masih mentah. Dan sejak itu pemikiran lama aku tentang profesion guru berubah 180 darjah.


Kerja guru bukan senang macam yang dijangka. Bukan senang nak buat budak-budak faham apa yang kau ajar pada mereka. Bukan senang nak buat budak-budak ingat apa perkataan-perkataan baru yang kau kata. Budak-budak yang dalam kepala mereka cuma nak main saja, tiba-tiba dipaksa hadam ilmu baru yang mereka tak tahu kegunaannya.


Guru mahu anak muridnya menjadi manusia berguna. Kerana itulah tugas guru itu mulia. Yang diajar itu memang manusia, tapi gurulah yang akan menunjuk jalan kepada mereka untuk jadi yang berjasa pada agama, bangsa, mahu pun negara.


Tidak ada benda paling indah bila sampai sekolah setiap pagi dan lihat budak-budak depan mata. Budak-budak yang dahagakan ilmu untuk masa depan mereka. Budak-budak yang berlumba lari ke kantin bila waktu rehat tiba. Budak-budak yang satu hari nanti akan jadi guru juga. Insyaallah bila tiba masanya.


ps : Selamat hari guru. Terima kasih untuk segala ilmu ;)

12 May 2014

kain sulam terbaik




Pernah dulu aku terfikir nak hadiahkan kain sulam dekat seseorang tapi di akhirnya aku tak jadi beli sebab aku tak reti pilih kain. Standard kelemahan lelaki. Aku takut kalau kain itu panas. Aku takut kalau dia tak selesa dengan kain yang aku bagi.


Tapi jenis aku, kalau aku nak bagi sesuatu aku akan cari juga sampai jumpa. Survey punya survey, aku jumpa penjual kain yang memang terbaik. Kain cun, selesa dipakai, harga kasih sayang, layanan lima bintang.


Cara penjualan dia mudah. 1 Kain, 1 Design, 1 Warna. Maksudnya kain yang available ialah kain yang dipaparkan sahaja. Kalau warna dia kuning, tak ada warna lain selain kuning. Dalam erti kata lain, kalau awak beli, awak tak akan jumpa orang yang akan pakai baju sama style sama warna macam awak. Lagipun ini kain import punya. Sepasang RM100 (tak termasuk pos RM5) atau nak COD pun boleh area Shah Alam/Bangi. Barang limited boh.































Jadi kalau berminat, boleh hubungi nombor : 

013-3368770 (Rozaimi) atau 019-6414171 (Farhah).


Mereka juga sedang mencari ejen dropship kalau ada yang mahu mencari duit lebih. Nak jadi ejen dropship mereka tak perlukan modal, malah anda akan dapat keuntungan antara 30-50%. Tak cukup satu perenggan kalau aku nak cerita. Nak senang hubungi nombor yang aku bagi dekat atas.


Untuk maklumat lanjut, Like Facebook FEA Beads. Simple, but beauty.


ps :
Rezeki untuk disebarkan, bukan untuk dipendam ;)




05 May 2014

pelakon




Dekat depan aku sekarang ada seorang pelakon hebat. Pelakon baru yang berbakat. Walaupun dah 20 minit duduk bertentang tapi dia tak pandang aku walau sesaat. Sibuk dan rancak betul dia melayan peminat. Pandai dia berlakon baik depan aku walaupun sebenarnya pengkhianat.


Dia pernah jaja kisah aku dekat kawan-kawan dia. Dan salah seorang kawan dia datang cerita dekat aku pula. Katanya skandal aku ramai gila. Merata-rata. Selalu check-in hotel bila ada masa. Aku ketawa. Pernah jumpa? Mana bukti dia? Ada gambar aku dengan skandal aku naik hotel sama-sama?




Sambil aku pandang dia sebab teringat cerita yang dia reka, dia terpandang aku juga. Mata bertemu mata. Dia angkat tangan dan aku senyum semula.


"Apih, Noni kirim salam. Dia suruh aku pesan."



Celaka. Aku tahu kau dapat awek yang aku minat tapi tak perlu nak sebut depan semua. Nasib baik kau jauh dekat sana. Kalau ikut hati aku dah tumbuk atas muka. Tapi zaman sekarang orang tak lawan pakai senjata. Orang guna lidah nak tengok siapa berkuasa.


"Takpe. Orang macam kau padan la dengan awek tetek kecik macam dia."


Nah kau rasa sendiri. Kau baling batu aku baling tahi. Terus muka dia macam tak puas hati. Padahal saiz tetek bukan benda yang aku cari. Kalau leper sekalipun tapi baik dan hormat orang tua aku tetap pilih buat bini. Aku saja nak buat dia benci.


Aku tak tahu macam mana orang boleh hidup berpura-pura. Dekat depan baik tapi dekat belakang tak habis-habis mengata. Muka lawa mulut puaka. Dia dengan duit syiling tak ada beza. Bukan sebab berharga tapi sebab ada dua muka. Tak apa. Kau berlakonlah selagi terdaya.


ps : 40 minit lepak semeja, dalam kepala, aku dah bunuh kau dengan macam-macam cara ;)


02 May 2014

terkenang



 

Semalam masa lepak aku baca tweet ex aku dekat Twitter dia. Orang yang dulu aku sayang gila-gila tapi hari ini cuma kawan saja. Tiba-tiba kawan aku datang dari belakang tengok apa aku baca. Dia perli aku selamba.


"Hai... Rindu ex ke bang?"




Aku tengok dia lebih kurang. Rasa macam nak terajang. Masa aku baca tweet crush aku tak nak pandang. Bila aku baca tweet ex aku baru kau nak datang.


Kadang-kadang kalau tak ada kerja sangat memang aku tengok ex atau crush aku buat apa. Bukan tengok depan-depan tapi dalam laman sosial dia. Tak kiralah Facebook ke Twitter ke Instagram ke apa. Depan-depan memang tak dapat sebab tak jumpa.


Bukan sebab rindu.
Bukan sebab nak kembali bersatu.
Bukan sebab teringat kisah dulu.


Cuma ambil tahu perkembangan orang yang pernah buat aku bahagia. Sihat ke dia? Bahagia ke dia? Aku sendiri doakan dia jumpa orang lebih sempurna. Jadi nak tengok juga termakbul ke tidak doa aku dekat dia. Nak kembali semula memang mustahil rasanya.


Sejak putus memang aku dengan dia renggang. Perasaan melayang. Nak letak dia dalam hati aku balik pun dah tak ada ruang. Tapi aku mengaku ada kalanya bayangan dia datang walau tak diundang. Bukan sebab sayang, cuma terkenang.


ps : Terima kasih kawan. Awak bukan kesilapan, tapi awak pengajaran ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...