My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

12 March 2013

hard to get



Aku dah ada kekasih masa aku kenal dia. Dia yang start tegur aku jadi aku layanlah macam kawan biasa. Bukan nak bangga, tapi aku ni jenis setia. Datanglah lelaki sekacak mana, aku tetap nak kekasih aku juga. Kecualilah yang datang tu pelakon Korea yang memang aku minat gila-gila.


Dia ni aku tak tahu nak cakap macam mana. Baik tapi nakal juga. Dia jenis apa dia nak kata, dia kata saja. Ini semua aku tahu pun sebab dia yang cerita. Kami selalu berbual bila ada masa. Walaupun dia gila, tapi pendapat dia boleh diterima. Tapi macam aku kata sebelumnya, dia cuma kawan biasa. 




Satu hari, hubungan cinta aku terhenti. Sedih gila babi. Aku tak tahu dia ada ilmu apa tapi dia tahu aku ada masalah yang tak dapat diatasi. Sama ada dia ada deria tambahan atau aku yang tak pandai sorok emosi, itu aku tak pasti. Jadi dia pun mula merapatkan diri. Dia sudi selami, dalami dan mengalami.


Tujuh bulan kami berkawan, akhirnya dia meluahkan perasaan semasa kami sedang makan. Tak romantik langsung luah perasaan depan makanan, cetus aku sendirian. Cinta dia aku tolak perlahan. Aku jadikan alasan belum bersedia walaupun aku sebenarnya sayang dia juga sebagai kawan.


Kalau dah nama lelaki bukannya reti putus asa, bukannya reti dengar kata. Dia terus cuba dan cuba. Dia tak pernah ungkit pasal luahan perasaan dia. Tak sangka lelaki yang susah nak serius ni pun profesional rupanya. Dia teruskan persahabatan dengan aku macam episod luahan perasaan itu tak pernah ada.


Dalam masa yang sama, aku tanya kawan-kawan dia tentang dia. Aku tanya kawan-kawan yang rapat dengan dia. Aku tanya kalau keluar malam-malam pergi mana, dia merokok ke tidak sebenarnya, macam mana hubungan dia dengan mak ayah dia, solat dia macam mana, semua. Dalam aku menyerap serangan dia, aku turut melancarkan serangan dari sudut berbeza. Jawapan yang aku terima buat hati aku terbuka.


Hari ini, kami masih lagi sahabat sejati. Cuma ditambah di belakangnya kekasih hati, sepasang suami isteri. Aku dah bagitahu dia sebelum hari perkahwinan kami yang aku reject dia dulu bukan sebab benci, bukan juga sebab tak bersedia lagi. Aku cuma bermain 'Hard-To-Get' sebab aku tak nak kecewa berkali-kali.


ps : Girls play Hard-To-Get because boys play Hard-To-Keep. If you know what I mean ;)


5 comments:

antynid said...

ok,faham... :D

PemilikCahaya said...

okay then it is call hard-core..kui3

Unknown said...

cari pasangan hidup bukan macam cari patung mainan. kena cari yang elok-elok biar nanti berkekalan :)

Unknown said...

cari pasangan hidup bukan macam cari patung mainan. kena cari yang elok-elok biar nanti berkekalan :)

Razil Tahir said...

elok juga perempuan play hard-to-get..

sebab perempuan easy-to-get selalunya lelaki easy-to-leave then carik lain...
huhuhuhu

sekadar pandangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...