Tweet
Follow @afifelnino
Dulu kamu upload satu video di muka buku. Ayu bertudung biru dengan bibir yang disapu gincu. Terpegun aku. Dengan gitar akustik Santacruz warna coklat kayu, kamu rakam lagu yang kamu nyanyikan untuk aku. Sampai syurga ku menunggu, sampai syurga ku cintamu, hanya kamu. Tak sangka kamu dah hafal chord gitar lagu kesukaan aku. Aku tahu kamu ekspresikan perasaan kamu dari lirik itu. Banyak kali dah aku kata jangan tunggu aku. Tapi dah memang dasar kamu degil kepala batu. By the way thank you. Aku sangat terharu dengan semua itu.
Kamu gila. Gila tahap maksima. Kamu tak hirau apa orang kata. Kamu buat saja apa kamu suka. Walaupun orang ramai mengata tapi kamu teruskan juga. Susah nak cari orang macam kamu sebenarnya. Satu dalam sejuta.
Mata menatap paparan putih layar kaca. Semua aktiviti dibaca. Tiba-tiba speaker Blackberry bergema. Ada BBM diterima.
Dia hantar gambar terbaru dia. Bukan gambar dia tapi gambar masakan yang dia masak bila dia ada masa. Kali ini makaroni campur sedikit lada. Mungkin makaroni berlada. Itu nama yang aku reka. Dan dia buat sedikit hiasan di tepi pinggan persis chef terkemuka. Walaupun aku tak dapat rasa tapi aku suka dua-dua. Masakan dan tuan dia.
Dia istimewa. Walaupun kawan-kawan aku kata dia biasa-biasa saja tapi aku rasa dia ada sesuatu yang orang lain tak ada. Dia sentuh hati lelaki tanpa perlu menggoda. Dia dapat perhatian lelaki tanpa perlu mengada-ngada. Aku tak rasa semua lelaki akan rasa tapi aku dapat rasa.
Aku rasa ini satu keadaan yang sukar. Mungkin aku tengah lapar. Mungkin aku dipengaruhi nafsu tamak haloba yang membakar. Tapi sejujurnya aku lebih tertarik dengan perempuan yang pandai masak berbanding pandai main gitar.
ps : Aku suka perempuan pandai masak. Aku lagi suka kalau dia pandai masak macam mak ;)
6 comments:
Saya x pndai masak :-\
pandai masak megi oke x..? :P
yup. rata2 lelaki suke perempuan yg pandai masak!
sy? dalam proses belajar masak! hee ;)
haha.
aku memang tak reti masak...
style la entri ni..mestilah nak yg pandai masak..air tangan isteri, mestilah sedap
lelaki nak perempuan yg pandai masak, pmpuan pulak nak lelaki yg boleh mnjadi pemimpin keluarga.solat jgn tinggal. simple kan =)
Post a Comment