My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

16 April 2013

calon menantu



Lama kan tak menulis sampai ramai yang menunggu. Ambik kau ayat macam diva very the ratu. Gila kau nyah aku nak menulis macam mana aku busy sampai dua minggu. Haaa tetap nak berirama walaupun nada auww auww gitu.


Okay dah. Habis part lembik sekarang kembali gagah.



Minggu lepas aku ada lepak dengan mama dan nenek aku. Lepak dekat rumah depan TV sambil makan jambu. Cerita pasal ini pasal itu. Tup tup nenek aku cakap pasal menantu. Maksud dia menantu kepada mama aku atau dalam erti kata lain, bakal isteri aku.


Nenek aku kata, sepupu aku ada bagitahu dia yang dia nak introduce aku dekat anak kawan dia. Aku tak tahu nak bagi jawapan apa. Aku tengok mama tapi mama macam tak ada perasaan apa-apa. Mungkin sebab jambu depan mata tu lagi berselera. Jadi aku cakap kat nenek aku yang aku tak bersedia. Macam noob pun ada. Tak tahulah kalau jawapan aku tu buat nenek aku hampa.


Untuk menenangkan keadaan semula, aku bagitahu apa aku rasa. Aku rasa masih terlalu awal untuk itu semua. Tunggu aku kerja, tunggu aku ada kereta, tunggu aku dah bersedia, aku bawalah seseorang balik jumpa mereka berdua. Itu jawapan paling selamat aku rasa walaupun calonnya memang tak ada. Kalau tak sabar juga aku cubalah cari yang mana ada. Terus aku rasa Seberang Takir sebenarnya tak lah jauh mana.


ps : Ada yang kata aku sibuk pasang bendera pilihanraya. Wei aku gayatlah gila ;)



06 April 2013

kehilangan



"Awak maafkan saya. Saya tak dapat terima. Kita kawan je la ye."


Ayat itu. Ayat itu yang pernah seorang perempuan lafaz depan muka aku satu ketika dulu. Hati aku patah macam kayu. Patah seribu? Ni dah patah beratus ribu. Sayu. Pilu. Lesu. Malu. Fuck you!




"Oh takpe. Tadi tu saja je."

 

Itu ayat terpaksa. Takkan nak melutut merayu suruh terima juga. Gila ke apa? Malu kena jaga. Aku sengaja tak letak imbuhan pada perkataan 'malu' takut nanti jadi maksud yang berbeza. Dah orang tak suka kita nak buat macam mana. Pepatah ada berkata, bunga bukan sekuntum dalam dunia. Tapi pepatah mungkin lupa, tak semua bunga itu mampu memikat mata.


Sejak kejadian itu kami kawan cukup sekadar kawan. Bukan lagi kawan yang selalu mendengar setiap luahan. Bukan lagi kawan yang boleh diajak berbual bila bosan. Kalau jumpa tengah jalan, kadang-kadang cuma senyum yang mengganti percakapan. Malah pernah juga langsung tiada kata diucapkan. Buat-buat tak nampak dan teruskan perjalanan.


Dulu aku sedih juga. Aku sayang dia. Tapi lama-lama aku rasa macam tak guna sedih lama-lama. Buat apa nak sedih hilang seseorang yang tak pernah cintakan aku seadanya? Dia yang patut sedih sebab hilang seseorang yang betul-betul cintakan dia sepenuh jiwa.


ps : Perkara yang menyakitkan kita hari ini menguatkan kita di esok hari ;)

02 April 2013

entry untuk isteri



 

Saya nak kita jadi ayah dan mak yang romantik dan penyayang depan anak-anak kita. Saya tahu mesti awak gelak bila baca ayat pertama saya. Tapi saya serius sebenarnya. Saya bukan mengada-ngada. Saya nak anak kita tahu apa itu kasih sayang dan cinta. Saya nak anak kita belajar apa itu bahagia. Bila kita tunjuk kita mesra, anak-anak kita akan turut sama bahagia. Saya harap awak tak ketawa.


Saya tak kisah kalau awak datang sembur air paip masa saya basuh kereta. Saya tak marah kalau awak sengaja berjalan lambat-lambat depan TV masa saya tengok bola sepak pasukan kegemaran saya. Buatlah kalau itu dapat buat hubungan kita makin mesra walaupun kita dah lama berumahtangga.


Saya tetap akan peluk dan cium awak masa awak sibuk di dapur siapkan masakan makan malam walaupun anak kita ada. Saya tetap akan pimpin tangan awak walaupun anak kita dah boleh berlari dekat pasaraya. Saya tahu mungkin awak malu bila orang pandang dan mengata. Tapi kita bukan buat sebab nak orang puji kita. Kita bahagia. Bukankah semua yang suami isteri buat selepas berkahwin merupakan satu pahala?


Sesungguhnya kasih sayang itu bermula dari rumah. Kasih sayang dari awak sebagai ibu dan saya sebagai ayah mendidik anak-anak kita jadi soleh dan solehah. Saya mahu anak-anak kita berjaya dari sudut pelajaran dan juga akidah. Mungkin dari situ ada jalan untuk kita sekeluarga menuju ke Jannah.


Yang benar,
Suami.


ps : Sabda Rasulullah SAW, "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan taat kepada suaminya, maka dia akan dipersilakan masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...