My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

06 April 2013

kehilangan



"Awak maafkan saya. Saya tak dapat terima. Kita kawan je la ye."


Ayat itu. Ayat itu yang pernah seorang perempuan lafaz depan muka aku satu ketika dulu. Hati aku patah macam kayu. Patah seribu? Ni dah patah beratus ribu. Sayu. Pilu. Lesu. Malu. Fuck you!




"Oh takpe. Tadi tu saja je."

 

Itu ayat terpaksa. Takkan nak melutut merayu suruh terima juga. Gila ke apa? Malu kena jaga. Aku sengaja tak letak imbuhan pada perkataan 'malu' takut nanti jadi maksud yang berbeza. Dah orang tak suka kita nak buat macam mana. Pepatah ada berkata, bunga bukan sekuntum dalam dunia. Tapi pepatah mungkin lupa, tak semua bunga itu mampu memikat mata.


Sejak kejadian itu kami kawan cukup sekadar kawan. Bukan lagi kawan yang selalu mendengar setiap luahan. Bukan lagi kawan yang boleh diajak berbual bila bosan. Kalau jumpa tengah jalan, kadang-kadang cuma senyum yang mengganti percakapan. Malah pernah juga langsung tiada kata diucapkan. Buat-buat tak nampak dan teruskan perjalanan.


Dulu aku sedih juga. Aku sayang dia. Tapi lama-lama aku rasa macam tak guna sedih lama-lama. Buat apa nak sedih hilang seseorang yang tak pernah cintakan aku seadanya? Dia yang patut sedih sebab hilang seseorang yang betul-betul cintakan dia sepenuh jiwa.


ps : Perkara yang menyakitkan kita hari ini menguatkan kita di esok hari ;)

7 comments:

Azwa Ghazali said...

salam awak... ololo sedih pulak post..btw singgah sini..

jom baca entry baru, ada awak taw.=)

http://unguyangmerah.blogspot.com/2013/04/meracau-lagi.html

Anonymous said...

Allah dah tentukan yang terbaik, jadi tunggujelah jodoh kome. Benda ni tak yah pusing2. Dia dtg dgn sendirinyalah.

Amanina said...

jgn sedih2.. banyak lg org yg single. jodoh dgn org lain tu

Neo89 said...

Peh! tacinglah ai bace.. huu~

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

hidayati sayang said...

Wah. . Like it!

hidayati sayang said...

Wah. . Like it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...