My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

16 April 2013

calon menantu



Lama kan tak menulis sampai ramai yang menunggu. Ambik kau ayat macam diva very the ratu. Gila kau nyah aku nak menulis macam mana aku busy sampai dua minggu. Haaa tetap nak berirama walaupun nada auww auww gitu.


Okay dah. Habis part lembik sekarang kembali gagah.



Minggu lepas aku ada lepak dengan mama dan nenek aku. Lepak dekat rumah depan TV sambil makan jambu. Cerita pasal ini pasal itu. Tup tup nenek aku cakap pasal menantu. Maksud dia menantu kepada mama aku atau dalam erti kata lain, bakal isteri aku.


Nenek aku kata, sepupu aku ada bagitahu dia yang dia nak introduce aku dekat anak kawan dia. Aku tak tahu nak bagi jawapan apa. Aku tengok mama tapi mama macam tak ada perasaan apa-apa. Mungkin sebab jambu depan mata tu lagi berselera. Jadi aku cakap kat nenek aku yang aku tak bersedia. Macam noob pun ada. Tak tahulah kalau jawapan aku tu buat nenek aku hampa.


Untuk menenangkan keadaan semula, aku bagitahu apa aku rasa. Aku rasa masih terlalu awal untuk itu semua. Tunggu aku kerja, tunggu aku ada kereta, tunggu aku dah bersedia, aku bawalah seseorang balik jumpa mereka berdua. Itu jawapan paling selamat aku rasa walaupun calonnya memang tak ada. Kalau tak sabar juga aku cubalah cari yang mana ada. Terus aku rasa Seberang Takir sebenarnya tak lah jauh mana.


ps : Ada yang kata aku sibuk pasang bendera pilihanraya. Wei aku gayatlah gila ;)



8 comments:

drheartymza said...

yupp . setuju2 . i want my 1st marriage to be my only marriage . hahaha. kalau dah nenek yang ckp tu, mmg tk lama lagi la tu

Neo89 said...

Kalau dah jodoh tak ke mana bro. Sabarlah~ :)

Haruno Hana 하나 said...

sabar menanti.. haha.. :D datang jugak bakal isteri yg solehah nanti.. sabar sabar.. tak ke mana :)

Sky Boy said...

bila retis dah mula menulis belog kembali..... mak aku pun asyik dom tanya bila nak tunjuk bakal menantu kat dia

Cik Tia said...

akan tiba masanya ..

ayu jue said...

haha..comel! semoga jodoh dipermudahkan!

nurul said...

jadi lelaki malu kot kalau tak mampu jaga anak org dgn baik. lagi2 kalau diperkenalkan. mesti la nak jadi yg terbaik kan. mkn pakai bini cukup, rumah selesa, kete pun ada. nak blk kg pun senang. rasanya kawen dgn org yg family sgt kenal lagi besar t/jwb. org perati je apa jadi kat kita.

aziekz said...

owh..lama..tak sggah blog ni...
Igtkan dh nka kawen,,tjuk kemain lg...

Apapun good luck ur life

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...