My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 July 2012

hilang mainan patah pensil


Dulu aku ada mainan Godzilla.
Mahal harga dia.
Tapi mainan tu hilang masa Hari Raya.
Aku menangis sampai kering air mata.
Aku nekad nak cepat dewasa.

Dulu aku ada pensil tekan.
Aku menunjuk dekat kawan-kawan.
Tapi pensil tu patah masa aku main lawan-lawan.
Kalau boleh aku nak putar masa ke depan.
Jadi budak-budak buat aku tertekan.


Sekarang aku dah besar.
Kawan-kawan aku ramai di luar.
Kenangan aku dengan mainan kian pudar.
Semakin aku besar hidup aku makin mencabar.
Hinggakan aku hilang kawan tanpa aku sedar.

Aku dah besar sekarang.
Aku boleh beli pensil tekan sebalang.
Tapi ada benda yang buat aku bimbang.
Patah hati yang berulang.
Sakitnya bukan kepalang.

Aku dah besar hari ini.
Tapi kalau boleh aku nak jadi budak-budak lagi.
Aku rela hilang mainan daripada hilang kawan berkali-kali.
Aku rela patah pensil daripada patah hati.
Sebab sakitnya tidak terperi.


ps : Nak undur masa, nak cepatkan masa, nak hentikan masa. Adatlah manusia ;)


25 July 2012

buat macam tak ada apa


Malam semakin tua tapi mata belum lena. Melawan sakit kepala. Bangun dan duduk bersila. Rokok dinyala. Asap berkepul di udara. Laptop mula bercahaya. Ruangan entry dibuka. Melayan kacau jiwa. Dan tarian jari bermula.


Aku ketawa. Buat macam tak ada apa. Aku bergurau senda. Buat macam tak ada apa. Masa berganti masa. Buat macam tak ada apa. Aku menderita buat macam tak ada apa. Seksa.
Kau tahu seksa?


Jujur aku mahu kau semula. Aku masih ingat kenangan kita. Pertama kali kita jumpa. Birthday kau yang masih tertera di kalendar atas meja. Keychain yang ada nama. Semua aku simpan sempurna. Sampai sekarang aku masih tak percaya.


"Maaf atas semua yang berlaku."
Aku terus merayu.
Kau diam membisu.
Kau kaku.
Nak cakap apa pun aku tak tahu.
Aku tanya satu kau jawab satu.


"Awak nak apa?"
Aku harap soalan itu kau tak tanya.
Aku cuba cari idea.
Aku cuba meriahkan suasana.
Aku buat macam tak ada apa.
Kau tetap diam seribu bahasa.
Hampa.


"Awak tak akan bahagia dengan saya."
"Banyak janji tak terlaksana."
"Lelaki semua sama."
"Kita dah tak bahagia."
"Baik putus saja."

Mudah saja kau kata.


Sekuat-kuat aku tetap lemah juga. Aku manusia biasa. Tak selamanya aku mampu buat macam tak ada apa. Sebab aku masih setia. Tapi kau biasa saja, buat macam tak ada apa.
Mungkin aku kau dah lupa.


ps : Susah nak lupa orang yang kita pernah impikan untuk hidup bersama ;)


21 July 2012

dia datang lagi


Baring di tepi pantai di petang hari. Senyum seorang diri. Suka hati. Dia datang lagi. Aku suka tengok kedatangan dia kali ini. Indah berseri. 


Tahun lepas aku yang tinggalkan dia. Tapi aku diamkan saja. Aku tak kongsi dengan sesiapa. Aku tak tahu apa dia rasa. Aku rasa rugi tapi aku buat macam tak ada apa.


Tak sangka selepas setahun kami bertemu semula. Kali ini aku tak mahu ulangi kesalahan sama. Aku nekad serahkan segalanya. Jadi hamba pun aku rela. Janji aku dapat sesuatu daripada dia.


Selamat datang Ramadhan. Bulan yang aku nantikan. Bukan kerana aneka juadah yang dihidangkan. Bukan kerana letupan mercun dan bunga api di awangan. Bukan juga kerana Syawal yang bakal diraikan. Aku tunggu Ramadhan kerana pahala keberkatan yang ditawarkan.


Aku tahu aku tak baik mana. Banyak dosa. Sebab itu aku suka dengan kehadiran dia. Dia beri banyak pahala. Amalan dilipat ganda. Aku tahu satu bulan buat pahala takkan dapat menyamai sebelas bulan bermandi dosa. Tapi itu di tangan Allah yang Maha Kuasa. Jahat tetap jahat tapi amalan baik buat juga. Aku takut kalau amalan timbangan aku nanti terlalu banyak beza.


ps : Selamat berpuasa kepada semua pembaca belog ini tak kira perempuan atau lelaki ;)

15 July 2012

jangan pandang belakang


"Babi punya boyfriend! Menyesal aku couple dengan kau setan!"


Talian dimatikan. Nadiah membaling telefon bimbit Sony Ericsson miliknya ke atas meja. Dia menumbuk paha tanda geram. Hanis di sebelahnya tersentak. Dia memandang muka kawannya yang sedang menahan marah. Hanis tahu Nadiah baru putus cinta dengan kekasihnya sebab kekasihnya bermain kayu tiga. 



"Dah la Nad. Sabar ye..." Hanis berkata lembut.


"Kau tak faham Hanis. Kau tak akan faham!" Nadiah membalas seraya mengetap bibir.


"Tahu. Aku mungkin tak faham langsung. Tapi kau jangan macam ni. Dulu jantan tu tak ada kau boleh happy, kenapa tak sekarang? Kau ada aku, kau ada kawan-kawan lain..." Hanis memberi kata-kata semangat kepada Nadiah bagi menenangkan keadaan.


"Tapi aku sayang dia. Apa yang betina tu ada sampai dia sanggup tinggal aku?!"
Suara Nadiah yang marah tiba-tiba sebak. Air matanya mula mengalir ke pipi.


Hanis diam. Cuma esakan Nadiah kedengaran. Hanis tiada pilihan. Dia kenal sangat sahabatnya itu. Nadiah bukan jenis mudah jatuh cinta. Jadi tak perlu dia kata masih ada ramai lelaki di luar sana. Nadiah bukan jenis main-main dalam cinta. Jadi tak guna dia perkenalkan mana-mana lelaki pada Nadiah buat masa sekarang.


"Sabar ye Nad. Aku ada kelas. Kau rehatlah. Nanti kita lunch sama-sama..." 
Hanis bangkit dan melangkah keluar dari bilik. Nadiah tunduk dan menangis teresak-esak.


Telefon bimbit Nadiah berbunyi. Satu mesej diterima. Hati dia kuat mengatakan itu mesej daripada bekas kekasihnya.


"Cinderella tak jadi puteri raja kalau dia pusing ambil kasut dia semula. So jangan kenang lagi. Yang lepas biar lepas. Take care. Sender : Hanis..."


Air mata Nadiah bercucuran laju. Terharu dengan kata-kata sahabatnya. Tapi dia mampu tersenyum. Sekeping mesej itu memberinya kekuatan.


ps : Kita mungkin sampah di mata dia tapi kita sebenarnya permata di mata mereka ;)


12 July 2012

perempuan bertudung mulut puaka


Entry ini mungkin melawan arus. Bukan aku nak tunjuk bagus. Sekarang izinkan aku menulis dengan tulus. Dia kawan perempuan di Facebook yang selalu membuat status. Setiap hari pasti ada tak putus-putus.


Dia perempuan yang bertudung setiap masa. Tidak ada gambar di Facebook tanpa tudungnya. Aku suka. Dia menurut perintah agama. Cuma ada satu yang aku rasa tak kena. Status di Facebook dia selalu mencaci dan menghina sesama manusia. Itu tak kena ini tak kena. Perempuan yang tidak bertudung selalu jadi mangsa.


Mungkin aku yang salah sangka. Mungkin niat dia untuk menegur tapi agak kasar bunyinya. Mungkin dia tak tahu nak tegur manusia pun ada cara. Bukan dengan mengumpat mengata. Memang dia bertudung tapi tak perlu menghina perempuan lain yang tidak menutup auratnya.


Sekarang ramai yang sudah berhijrah. Artis juga ramai dah berubah. Kalau dulu liar sekarang sudah bertudung atau purdah. Alhamdulillah. Jadi jangan malukan orang yang bertudung dengan sikap budak sekolah. Jangan sesuka hati menilai yang mana betul yang mana salah. Cakap dalam hati cukuplah. Tak perlu jaja kisah orang lain sampai mengaibkan sesama muslimah. Sudah cukup sudah.


Perempuan bertudung ramai lelaki suka. Ini fakta. Perempuan yang tak bertudung pun lambat laun akan bertudung juga. Bukan kita yang tentukan takdir kita. Bukan kita yang tentukan dosa pahala. Tak guna menutup kepala tapi hati terbuka dan mulut celaka.


Maaf kalau ada perempuan bertudung terasa. Bukan nak back up perempuan yang tak bertudung sekadar menegur sesama kita. Aku sendiri pun tak baik mana. Tapi bertudunglah dan tunjukkan pekerti yang mulia. Jangan cemarkan kesucian agama. Ustaz Azhar Idrus sendiri kata, sesiapa yang bertudung tak semestinya baik tapi sekurang-kurangnya satu perintah Allah telah ditunaikannya. Maaf sekali lagi kalau terlanjur kata. Yang baik itu daripada Dia, yang buruk itu daripada saya.


ps : Jangan kita rasa lebih baik dari orang lain hanya kerana kita berjubah dan berkopiah ;)


11 July 2012

kisah cinta budak jahat


Kadang-kadang saya fikir macam kita dah buat keputusan yang salah. Awak dah bercinta dengan seorang lelaki pemarah. Dan bila saya marah, awak gelisah. Sampai satu tahap saya terfikir kita patut berpisah. Tapi saya tak pernah luah, sebab cinta saya pada awak masih tak berubah.
Tapi, entahlah.


Kadang-kadang kita gaduh sebab benda kecil yang tidak ada kena mengena. Saya perasan keserasian kita macam tak ada, macam hilang seketika. Dan akhirnya awak mengalirkan air mata. Ada salah saya. Ada salah awak juga. Tapi kita suka pendam rasa. Akhirnya semua tergantung begitu saja.


Sumpah saya pernah cuba jadi baik banyak kali. Tapi bila berubah saya rasa saya tak jadi diri sendiri. Saya rasa macam hidup dalam tubuh badan orang yang saya tak kenali. Biarlah saya jadi diri saya sendiri walaupun itu buat orang benci.


Saya tahu kadang-kadang awak kasar. Tapi saya tak lupa hati awak tetap perempuan sebenar. Saya nampak perasaan awak pada saya tak bertukar. Awak masih perlukan saya dengan mesej-mesej yang awak hantar. Awak masih setia walaupun hubungan kita dilanda halilintar.
Awak masih sabar.


Awak baik dan saya jahat. Macam dua darjat. Awak cantik bertudung dan saya dengan seluar pendek nampak aurat. Awak sopan duduk bersimpuh manakala saya duduk macam tak ada adat. Perbezaan banyak yang amat. Tapi saya tetap sayang awak sangat-sangat.


Saya tahu awak mahu kekasih yang baik hati. Saya tahu awak mahu kekasih yang tak menyusahkan hidup awak setiap hari. Saya tahu awak mahu kekasih yang buat awak happy. Saya tahu awak mahu kekasih yang tak menyakitkan hati. Saya tahu perempuan sebaik awak layak untuk dapat kekasih yang baik budi pekerti, bukan celaka sebegini.


ps : Saya cuma mahu awak bahagia meskipun kebahagiaan itu bukan dengan saya ;)
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...