My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

21 July 2012

dia datang lagi


Baring di tepi pantai di petang hari. Senyum seorang diri. Suka hati. Dia datang lagi. Aku suka tengok kedatangan dia kali ini. Indah berseri. 


Tahun lepas aku yang tinggalkan dia. Tapi aku diamkan saja. Aku tak kongsi dengan sesiapa. Aku tak tahu apa dia rasa. Aku rasa rugi tapi aku buat macam tak ada apa.


Tak sangka selepas setahun kami bertemu semula. Kali ini aku tak mahu ulangi kesalahan sama. Aku nekad serahkan segalanya. Jadi hamba pun aku rela. Janji aku dapat sesuatu daripada dia.


Selamat datang Ramadhan. Bulan yang aku nantikan. Bukan kerana aneka juadah yang dihidangkan. Bukan kerana letupan mercun dan bunga api di awangan. Bukan juga kerana Syawal yang bakal diraikan. Aku tunggu Ramadhan kerana pahala keberkatan yang ditawarkan.


Aku tahu aku tak baik mana. Banyak dosa. Sebab itu aku suka dengan kehadiran dia. Dia beri banyak pahala. Amalan dilipat ganda. Aku tahu satu bulan buat pahala takkan dapat menyamai sebelas bulan bermandi dosa. Tapi itu di tangan Allah yang Maha Kuasa. Jahat tetap jahat tapi amalan baik buat juga. Aku takut kalau amalan timbangan aku nanti terlalu banyak beza.


ps : Selamat berpuasa kepada semua pembaca belog ini tak kira perempuan atau lelaki ;)

12 comments:

nadia amalina said...

salam ramadhan :)
moga kali ini lebih baik ... ^^

Ichigo chan said...

selamat berpuasa..:)

lurunharima said...

Salam RAmadhan jugak apeh~ semoga tahun ini lebih baik dari yang lepas-lepas. semoga segala amalan kita di terima oleh Allah. insyaALlah :)

hawiz said...

salam ramadhan!!

Lia Irdelia said...

nice.
love to read it..
:)

salam ramadhan..
:)

Fara Ahin Alias Ali said...

selamat berpuasa , bersahur beramal ibadah !

Rizal Sadiman said...

dah tambh bilangan followr haha..
http://igossiprizal.blogspot.com/2012/07/aku-kisah-dongeng.html jgn lupa visit my blog too!

Rizal Sadiman said...

sltm menyambut bulan ramdhan hehe

danielz said...

selamat berpuasa bro...

danielz said...

plss add my blog bro
http://jeyadanielz.blogspot.com/

siti naqiah said...

selamat berpuasa..smoga Ramadan kali ini lebih bermakna :D

Azham Vsvc said...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Apih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...