My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 July 2012

hilang mainan patah pensil


Dulu aku ada mainan Godzilla.
Mahal harga dia.
Tapi mainan tu hilang masa Hari Raya.
Aku menangis sampai kering air mata.
Aku nekad nak cepat dewasa.

Dulu aku ada pensil tekan.
Aku menunjuk dekat kawan-kawan.
Tapi pensil tu patah masa aku main lawan-lawan.
Kalau boleh aku nak putar masa ke depan.
Jadi budak-budak buat aku tertekan.


Sekarang aku dah besar.
Kawan-kawan aku ramai di luar.
Kenangan aku dengan mainan kian pudar.
Semakin aku besar hidup aku makin mencabar.
Hinggakan aku hilang kawan tanpa aku sedar.

Aku dah besar sekarang.
Aku boleh beli pensil tekan sebalang.
Tapi ada benda yang buat aku bimbang.
Patah hati yang berulang.
Sakitnya bukan kepalang.

Aku dah besar hari ini.
Tapi kalau boleh aku nak jadi budak-budak lagi.
Aku rela hilang mainan daripada hilang kawan berkali-kali.
Aku rela patah pensil daripada patah hati.
Sebab sakitnya tidak terperi.


ps : Nak undur masa, nak cepatkan masa, nak hentikan masa. Adatlah manusia ;)


16 comments:

lurunharima said...

salam.. Agreed with u lar apih!

hafiz hafizol said...

betol tu pih.. jum la kembali ke zaman kanak2.. haha

AsH ShiKaNo said...

tyme da besow gini lah baru nk hargai zmn kekanak2... huhu

Nisa Shahrien said...

this is so true.

Nurmujahidah Ismail said...

ptah hati tu perkara biasa,,,

Zul De Alexis said...

gua nk jd baby awrrr...

Mimi noemi said...

betul2..rindu zaman budak2...

Sofinah.L said...

memang kena dengan hidup! betul sangat.

saya singgah dan follow.

share : http://www.sofinahlamudin.com/2012/07/optimis-vs-pesimis.html

shafiqabdshukor said...

betul2..
time kecik x sabar2 nak jadi besar..
bila dah besar... terasa nak jadi budak2 kecik balik...

shafiqabdshukor said...

betul2..
time kecik x sabar2 nak jadi besar..
bila dah besar... terasa nak jadi budak2 kecik balik...

ainna baijan said...

itulah kehidupan....btw nice entry!

=o) said...

if i can turn the time back

♥Miss Yaanaako♥ said...

kalau lah boleh undur masa....kalaulah tak payah ada rasa patah hati...kalaulah..

Suza said...

it's a trap ?

I love Sleep said...

best!!

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

it's life.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...