My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 August 2012

kisah tak sempurna



Bilik 2-3-1 sunyi. Yang ada cuma bunyi keyboard ditekan. Rancak Amin menaip. Ridhwan di meja sebelah juga menaip tapi tidak selaju Amin. Itulah rutin kehidupan mereka di kolej pada hari minggu.


Tiba-tiba tertera di Facebook laptop Amin,


Ridhwan Tootreefor changed his relationship status from "Married" to "Single".



"Bro? Single? Seriously?"
Suara Amin memecahkan suasana. Dia memandang ke arah teman sebiliknya itu dengan perasaan terkejut. Ridhwan cuma ketawa.


"But why? Fida is a good girl. Come on bro. What's wrong?"
Sekali lagi Amin bertanya dalam nada Inggeris kerana dia baru balik bercuti di England. Ridhwan cuma diam. Dia melihat beberapa orang rakannya menekan butang 'Like' pada perubahan statusnya tadi.


"Kau tak pandai speaking ye? Okay, kau tinggal Fida? Atau Fida tinggal kau?"
Kali ini Amin serius. Tiada lagi nada Inggeris yang kadang-kadang agak poyo dan menyakitkan hati. Dia duduk di depan Ridhwan. Dia betul-betul mahu tahu hal sebenar. Fida dan Ridhwan bercinta kerana bantuan Amin. Amin yang memperkenalkan Fida kepada Ridhwan.


Ridhwan diam. Dia bangun dan berdiri di sebelah Amin. Ridhwan tahu dia seperti telah menghampakan harapan Amin. Ridhwan menepuk bahu Amin beberapa kali.


"Break up is not about I leave her or she leave me. This time, love leave us..."
Ridhwan berkata lembut sambil melangkah keluar. Amin kelu, buntu dan malu.


ps : Putus cinta bermakna Tuhan selamatkan kita dari orang yang tak sepatutnya ;)


15 comments:

mirmashi94 said...

kadang-kadang Allah bagi kesepian dalam hati hamba-hambaNya supaya hambaNya tue kembali mengingati-Nya. ;)

Nurmujahidah Ismail said...

we loved each other and yet we broke up,, normal la tu,, :D

hafiz hafizol said...

Allah syg kita.. dia xkasi kite kuar detim berdua.. :D

Aisumi Chan Kawa'i said...

mungkin dia bukan jodohnya..

Sya Syahirah said...

Ahhh! Apsal sweet sangat ayat mungg? Hoho. Eh boleh tak update pasal kisah orang kecewa sebab cinta dia tak penah balas? HAHAA , nak tahu jugak perasaan kawan saya ni cemana :)

♥Miss Yaanaako♥ said...

ku terkedu ;')

ainna baijan said...

cool!

nuyuEna said...

saya adalah sangat suka entry ini - @nanaNuna_

I love Sleep said...

wow.. simple tp penuh makna.. err.. this is based on true story or fiction?

ezyra daniel said...

if dorg de jdoh,insyaallah,lambat o cepat,dorg akan bersama balik :)

R.T.W said...

Cliche sangat dengan status FB 'married' > 'single' Yo Yo je macam dia pula dah terkahwin. Apapun, abgus juga break up. Apa yang kawan dia sibuk, itu aku pun tak tahu kenapa.

Dan diam itu lebih baik dari bertengkar.

legendary wariner said...

Cinta kadangkala menyeksa jiwa jadi lebih baik dibiar terlepas begitu sahaja.Cinta Ilahi itu hakiki.

shafiqabdshukor said...

mungkin nanti ALLAH bg yg terbaik kat kta..

lurunharima said...

yes! Allah sayang kita.. :) break up untukbagi peluang pada kita betulkan mana yang tak sempurna...

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

tiade jodoh.. Allah akan bg yg lebih baek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...