My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

29 August 2012

bila rindu



Rindu. Rindu walaupun tak sampai seminggu kita baru bertemu. Rindu semua kenangan seketika itu. Rindu sama kamu, kamu dan kamu.


Rindu bila sedar kita makin dewasa. Kau jauh mencari rezeki di sana. Kau pula jauh menimba ilmu di sempadan sana. Kau juga, kau, dan kau juga. Banyaknya kau yang aku guna. 




Rindu saat kita keluar bersama. Rindu saat kita mengata kawan sekolah yang sudah jauh berbeza. Rindu saat kita saling memaksa kawan untuk makan di rumah terbuka. Rindu saat kita berbincang penuh serius rumah skandal mana yang harus kita pergi beraya. Rindu gila. 


Rindu. Cuma itu yang aku tahu.


Rindu bila kita lepak di warung yang masakannya tidak sedap tapi kita tetap pergi sebab pelayannya perempuan bertubuh mantap. Rindu bila kita melopong melihat wanita cantik sampai tergagap cakap. Rindu bila kita menjeling ke dada wanita dengan harapan ternampak lurah gelap. Rindu bila kita memulakan topik sangap.


Rindu ini bukan untuk kekasih hati. Rindu ini sesama lelaki. Bukan rindu yang memerlukan cium pipi. Cukup sekadar duduk semeja berbual itu ini sampai pagi. Rindu kawan sejati. Rindu geng sehidup semati. Rindu GC.


ps : Hari raya tahun ni aku berkenalan ramai blogger dari negeri aku sendiri ;)


7 comments:

hafiz hafizol said...

nice.. nak kopipes entri nie boleh bro. haha

Cik Asma BLuppy said...

amboi... yang last entri tu xleh blah..hahaha...

:p

Liyaa Mf said...

Bila masa beredar, kita mesti rindu waktu2 yg kita dah pernah jalani dulu. Standard r tuu. Tp rindu laki ngan laki ni jgn diikutkan sgt. Bahaya! Rindu laki pompuan pun bahaya gak. Sume bahaya lah. Erkk! :P

Nurmujahidah Ismail said...

amboi,,, gedik je,,, yang last sekali tu tak patut tol,, haha

O CIKTEDDY said...

wa suka semua yang lu tulis dalam entri ni..suka!

Detective Fiqa said...

me too :D. rindu kawan seperjuangan :(hhuhuhuhu

LyynDa Mukh said...

Macam mane ni? Tolong Saya!!! Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...