My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

12 July 2012

perempuan bertudung mulut puaka


Entry ini mungkin melawan arus. Bukan aku nak tunjuk bagus. Sekarang izinkan aku menulis dengan tulus. Dia kawan perempuan di Facebook yang selalu membuat status. Setiap hari pasti ada tak putus-putus.


Dia perempuan yang bertudung setiap masa. Tidak ada gambar di Facebook tanpa tudungnya. Aku suka. Dia menurut perintah agama. Cuma ada satu yang aku rasa tak kena. Status di Facebook dia selalu mencaci dan menghina sesama manusia. Itu tak kena ini tak kena. Perempuan yang tidak bertudung selalu jadi mangsa.


Mungkin aku yang salah sangka. Mungkin niat dia untuk menegur tapi agak kasar bunyinya. Mungkin dia tak tahu nak tegur manusia pun ada cara. Bukan dengan mengumpat mengata. Memang dia bertudung tapi tak perlu menghina perempuan lain yang tidak menutup auratnya.


Sekarang ramai yang sudah berhijrah. Artis juga ramai dah berubah. Kalau dulu liar sekarang sudah bertudung atau purdah. Alhamdulillah. Jadi jangan malukan orang yang bertudung dengan sikap budak sekolah. Jangan sesuka hati menilai yang mana betul yang mana salah. Cakap dalam hati cukuplah. Tak perlu jaja kisah orang lain sampai mengaibkan sesama muslimah. Sudah cukup sudah.


Perempuan bertudung ramai lelaki suka. Ini fakta. Perempuan yang tak bertudung pun lambat laun akan bertudung juga. Bukan kita yang tentukan takdir kita. Bukan kita yang tentukan dosa pahala. Tak guna menutup kepala tapi hati terbuka dan mulut celaka.


Maaf kalau ada perempuan bertudung terasa. Bukan nak back up perempuan yang tak bertudung sekadar menegur sesama kita. Aku sendiri pun tak baik mana. Tapi bertudunglah dan tunjukkan pekerti yang mulia. Jangan cemarkan kesucian agama. Ustaz Azhar Idrus sendiri kata, sesiapa yang bertudung tak semestinya baik tapi sekurang-kurangnya satu perintah Allah telah ditunaikannya. Maaf sekali lagi kalau terlanjur kata. Yang baik itu daripada Dia, yang buruk itu daripada saya.


ps : Jangan kita rasa lebih baik dari orang lain hanya kerana kita berjubah dan berkopiah ;)


11 comments:

nuyuEna said...

kite pernah kenal sorang girl ni.lawa.sweet.bertudung.lemah lembut je..sekali tu......
bila dia start maki-maki,dah macam orang tadak akai agama..kesian nye..

mujagirl92 said...

wah,, muja kena improve ni,,, insya ALLAH,,, berusaha,,, :D

Zehan Ilyana said...

kadang2 pemakaian tidak boleh menentukan peribadi seseorang...kan?

moga perempuan2 bertudung dapat menegur dgn lebih berhikmah..:)

Unknown said...

kt fb shiyda pn ramai yg bertudung suka maki-maki org . ish3 . huu ~

Maira Adreanna said...

Semoga nasihat ini sampai kepada semua :)

.::WaNiE::. said...

tak pelik mana, memang ada ramai..

ada cara untuk menegur dan mengajak orang ke arah kebaikan.

AA said...

betul tu. nak tegur pun ada cara. kadang2 org selalu tegur melalui kata sinis2. peh sentap.

| CIKZEK | said...

Fikir dlu sblum buat sesuatu tu. kan ;) stuju ngn entry awk ni =)

sue perbs.. said...

nice.. sesorg dnilai bukn btudung ke tk btudung, tpi hati dan agama.. sama2 lah bdoa yg tbaik...

lurunharima said...

yang penting kita doakan orang yang kurang elok perangainya itu berubah.. kan?

Unknown said...

nice entry dude!!
setuju dgn entry nie :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...