My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 July 2013

pemadam dan pensil



Aku terbaring dengan earphone di telinga. Lagu terpasang dengan tahap bunyi maksima. Aku perlahankan sekejap sebab azan Asar bergema. Kemudian aku kuatkan semula.


Tengah sedap layan kepala tiba-tiba katil bergegar seketika. Bukan gempa bumi tapi satu mesej diterima. Buka. Baca.




"Kau dah putus ke?"
"Ya."
"Kenapa?"
"Panjang cerita."
"Panjang ke malas nak cerita?"
"Dua-dua."
"Tak cuba rujuk semula?"
"Dah tak ada jodoh agaknya."
"Maafkanlah dia. Beri dan terima. Sebab itu pemadam dan pensil ada."



Gila. Motif nak kaitkan pemadam dan pensil dengan hati dan jiwa? Mesej itu aku biar terpampang di skrin kaca yang bernyala. Betul kata dia. Tapi aku malas nak balas sebab sejak beberapa hari yang lepas hubungan aku dengan suasana sepi semakin mesra. Kesunyian buat aku hidup semula.


Tak salah apa dia kata. Pemadam dan pensil ibarat dua manusia bercinta. Bila pensil buat salah, pemadam padamkannya. Tapi sampai bila? Pemadam sampai satu tahap akan menipis dan lenyap juga. Pemadam yang pada asalnya putih melepak menjadi hitam di merata-rata. Pensil yang buat salah tapi pemadam yang tanggung semua.


Aku pemadam yang dulu percaya pensil tak akan banyak buat salah. Tapi aku salah. Aku padam sampai badan aku patah. Aku padam sampai aku parah. Sudahlah. Malas nak fikir dah.


Pejam mata cuba untuk lena. Biarlah aku tidur seketika. Cuma dengan tidur aku dapat lupa perkara yang buat aku sakit kepala dan jiwa.


ps : Kepercayaan itu macam kertas. Sekali kau ramas, ia tak cantik macam yang lepas ;)


 

10 comments:

Azewas said...

ayat kau: ps : Kepercayaan itu macam kertas. Sekali kau ramas, ia tak cantik macam yang lepas ;)

ayat aku: boleh cantik macam yang lepas kalau kau seterika berkali2.begitu jugak kepercayaan.kalau kau cuba untuk diberi peluang cubalah sebaik mungkin.

Kechek Buzz said...

ayt last tu emg sentap... ibarat kca yg da pecah xkn jadi secantik dulu.

Leyla said...

yep . sokong sangat . leyla kat tempat yang same jugak . kertas kalau iron sekali pon , dye xkn jdi selembut dulu mesti jadi keras .

S. Hauzel Sailo said...

Nice Blog (Y)

Just want to share,
Yang sebenarnya ialah,

Kami tidak boleh memadam memori kita yang kita telah ditulis oleh tindakan kita.
Tetapi, apabila kita tidak ingin orang lagi kita tidak jatuh untuk mereka lagi.

Cinta sejati telah, sedang dan tidak akan membebankan, ia adalah pilihan dan kegembiraan.


Cinta bukan nafsu kemanusiaan, jadi suka kekal selama-lamanya.(Hubungan hanya keinginan produk)
Hubungan hanya produk yang memandu keinginan,
Jadi, apabila manusia kehilangan keinginan terhadap seseorang atau apabila keinginan ke arah beberapa yang lain adalah lebih kuat atau lebih, mereka berpecah.

terbaek network said...

wah best cerita ni...layan dulu :)

Noura Nuriman said...

balas entry kamu di sini..

http://syiqahshahar.blogspot.com/2013/07/pemadam-pensil-dan-kertas-putih.html

Lynn Munir said...

Pemadam ibarat lilin yang menerangi kegelapan malam. Berpada-padalah dalam melakukan pengorbanan.

Sam Banjamin said...

aku ambil pendekatan begini... menulis denga pen... tanpa guna liquid... bila salah, aku garis je kesilapan tu... tulis yang baru.... biar la diakhir tulisan.. kertas putih tu penuh dengan garis-garis kesalahan... sedang ayat yang betul tu sebaris cuma...

Nur Hidayu said...

dah la blog awesome, ayat pun smart ! :)

Kira Kekuri said...

aku suka quote last tu..

pst . jalan jalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...