My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

11 July 2013

hati



Terbaring atas sofa sambil pejam mata. Tangan dijadikan bantal di belakang kepala. Bukan nak tidur cuma bosan dan tak tahu nak buat apa. Nak keluar tak boleh sebab hujan di luar sana. TV terpasang tapi tak tahu apa cerita. Cukuplah bunyi TV itu jadi teman suasana. 



Terdengar hati bersuara. Mungkin hati pun bosan agaknya. Perlahan-lahan tangan kanan diseluk ke dalam dada. Keluarkan hati dan letak atas riba. Degupan perlahan nampak nyata. Hati itu sudah tak cantik macam dulu kala.


Ada kesan luka. Ada lebam dan calar di sekitarnya. Ada kesan terbakar juga. Puncanya banyak sebab cinta. Cinta yang kononnya setia hujung nyawa. Cinta yang dipuja sampai tak ingat ada syurga neraka. Cinta membabi buta. Cinta gila.


Sapu sikit bahagian atas hati sebelah kanan. Ada wajah seseorang yang dah lama hati berkenan. Crush bak kata kawan-kawan. Crush yang sudah lama tersimpan. Hati pernah paksa mulut luahkan perasaan tapi akal menjadi halangan. Pendamkan. Jangan rosakkan persahabatan. Dan hati akur dengan nasihat yang akal berikan.


Sabarlah wahai hati. Kau tetap yang hebat sekali. Tak salah kau nak jatuh cinta lagi tapi jangan sampai menggadai diri. Cukuplah parut-parut yang dah sebati. Jangan tambah lagi. Hati-hati hati.


ps : Jangan fikir macam mana nak jaga hati orang kalau tak mampu jaga hati sendiri ;)

7 comments:

❤ Si Budak Vanilla ❤ said...

hati2 dgn hati. .

MISS COMPLICATED... said...

erm...:(

Mashitah Rosli's said...

agree ! hati sendiri perlu dijaga dulu..tapi kadang2 hati boleh sakit sebab nak jaga hati orang lain..tapi must believe sgla yg jadi ada hikmahnya...insyaAllah

Samsiah Abd Shukor said...

hati saya pun sama la.. huhuuu

Busyra Bt Takiyudin said...

susah jika hati dah terluka.

Neo89 said...

Guwa tak tahu la kalau guwa mampu jaga hati sendiri, tapi... :(

Anonymous said...

Terbaik bro.
Hati2 dgan hati.jgn smpai merana dri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...