Tweet
Follow @afifelnino
Di tengah kesesakan bazar Ramadhan, dia duduk berduaan. Memegang tin di tangan kiri dan sebungkus tisu di tangan kanan. Setiap kali duit dimasukkan, tisu akan dihulur sebagai pemberian. Ada juga yang cuma menghulur duit tanpa mengambil tisu yang disediakan.
Beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka, anaknya yang kecil akan mula mengira. Mengira berapa pendapatan mereka. Pernah aku ikut mengira sekali dari tempat aku berniaga. Tak banyak mana. Dan anaknya akan pergi membeli makanan untuk mereka berdua. Mujur setiap hari ada manusia berhati mulia bersedekah makanan percuma. Hanya Tuhan mampu membalas itu semua.
Susahnya hidup mereka bila kebanyakan manusia cuma menjeling menyangka mereka diupah ejen untuk mengemis macam dalam berita. Itu memang ada, tapi tak semua. Ada yang betul-betul terpaksa mengemis sebab tak mampu bekerja tapi perut mereka harus diisi juga. Kasihan mereka. Kerana nila setitik habis rosak semua susu sebelanga.
Seorang ibu tua yang cacat penglihatan dan anak kecil hidup dalam serba kekurangan. Terpaksa mengemis untuk sesuap makanan. Itu kisah nyata kehidupan. Itu cerita yang selalu kita nampak tapi tak pernah kita perhatikan.
Saat orang kaya berbuka mewah dengan pelbagai makanan di atas meja, mereka cuma mengemis sisa. Saat orang kaya boros berbelanja Hari Raya, mereka cuma menatap hiba. Sabarlah ya. Semoga pahala yang kamu kumpul yang tak nampak di mata akan buat kamu manusia paling kaya di akhirat sana.
ps : Kita hidup dalam kesenangan jadi bersyukurlah pada Tuhan. Tak susah pun, kan? ;)
4 comments:
tadi pgi bazar. jumpa jugak orang mcm nie. dah tua. masa tu dalam otak fikir. manalah anak2 dia pergi. tp tak tahulah kan dia ada anak ke tak.nice entry,. :')
nice entry. sgt touching..:)
ada sesetengahnya ajer yng pakai agen tp rata2 mengemis sebab desakan hidup.walaupun ada yg mendapat bantuan tetapi masih tidak mencukupi utk perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Seharusnya kita bersyukur kerana dapat makan dan hidup dngn selesa. Alhamdulillah
kita yang sedikit senang ni... jangan pernah lokek untuk memberi.... bantulah mereka yang memerlukan...
Post a Comment