My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

26 August 2011

hari raya bukan hari untuk aku





Kunkun!!



Hari Raya Pertama tahun 2010, aku bangun tidur lewat seperti hari-hari biasa. Pukul 10 pagi baru aku terjaga. Sembahyang raya? Abaikan saja. Bangun, mandi dan pakai baju melayu Maroon yang dah dua tahun tapi masih sama. Kemudian aku keluar bersalam dengan mama, papa, datuk, nenek serta semua saudara mara yang ada.



Aku makan makanan yang dihidang. Aku makan sebanyak mana yang aku nak makan. Kemudian aku beritahu mama aku nak pergi 7-Eleven yang berdekatan. Sebenarnya aku serabut bila ramai orang datang. Tak kisahlah yang datang itu saudara atau jiran. Aku keluar dan pergi pantai yang memang selalu jadi tempat aku tenangkan fikiran.



Tapi demi mengelak dosa pertama selepas memohon ampun dengan mama, aku singgah 7-Eleven yang terdekat. Dengan duit syiling yang aku ada, aku beli satu benda dekat kedai sebelah yang memang aku minat. Barang mainan yang bila letak duit syiling 50 sen dua keping, kena pulas sampai keluar hadiah dalam bekas bulat-bulat. Dalam dia ada mainan yang akan kita dapat. Aku dapat pistol besi warna Oren berkarat. Bila main benda tu aku rasa hebat.



Bagi aku, hanya orang gila yang pergi lepak dekat pantai pada hari raya pertama. Tapi aku lepak dekat situ juga. Sebelah taman permainan, bawah pokok ru, aku duduk main pistol yang aku menang tadi dengan penuh gembira.


Tiba-tiba mata terpandang dua budak lelaki berbaju melayu bermain di taman permainan. Kalau aku gila sebab pergi pantai, budak itu tahap kurang siuman. Dua orang budak yang ingat hebat agaknya main dekat taman permainan dengan baju melayu, bersampin dan songkok atas kepala. Aku pergi dekat dan tanya soalan budak tadika. Manalah tahu budak-budak ni tak tahu hari itu hari raya.


Lidah kelu bila mereka dengan tenang menyatakan mereka anak yatim piatu. Emosi tiba-tiba tak menentu. Melihat mereka bermain riang semua permainan yang ada membuat fikiran aku bercelaru. Saluran otak aku seperti terganggu. Sampai satu tahap aku buntu apa aku buat dekat situ.


Masuk dalam kereta, aku balik rumah semula.



Sepanjang perjalanan, aku tak tahu apa yang aku rasakan. Aku dapat berbuka dengan keluarga, mereka cuma berbuka sesama mereka. Bila pergi Bazar Ramadhan aku beli banyak makanan supaya keluarga aku dapat makan, tapi mereka walau beli lebih makanan tapi tetap kurang kasih sayang. Petang Raya, aku sibuk membasuh kereta supaya nampak bergaya. Tapi mereka sibuk membersihkan pusara supaya ibu bapa mereka tenang di sana. Malam Raya, aku gembira dapat berkumpul seisi keluarga. Malam Raya, mereka cuma mampu berangan tentang kegembiraan yang tak dapat mereka rasa. Aku ada tangan untuk disalam dan pipi untuk dicium di pagi raya. Mereka cuma ada kenangan yang tak ternilai harganya.


Sayu.
Terkenang semua itu mahu saja air mata ini mengalir laju.
Bagaimana kalau aku terpaksa hadapi semua itu?


Sampai di rumah, aku salam sekali lagi dengan mama. Aku peluk mama. Aku cium pipi mama. Mama ingat aku gila. Tahun lepas adalah kali pertama aku menangis di pagi raya.



Aku bersyukur, bila salah ada ibu ayah yang tegur.

Aku bernasib baik, ibu ayah tunggu bila aku balik.

Aku beruntung, ada ibu ayah sebagai tempat bergantung.

Aku bertuah, sebab masih ada ibu dan ayah.



Hari raya bukan hari aku. Hari raya hari kemenangan untuk orang setabah kamu.



ps : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak." Dan Baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan). ;)



Kunkun!!




17 comments:

mr_right said...

sedeh kott... huu. tapi terbaek bro !

ira-yoshida said...

hargai kedua mereka sebelum terlambat kan..

myra yusreena said...

rasa sebak jep baca post ney..hmm i've lost my father 9year ago..tiap kali tgk gembiranya org dengan ayah dia,rasa sedih sangat..hmm

Heziqa Yoo said...

serious,gua rase nak nagis sekarang..:(

Eliya Yaya said...

kene hargai ape yang kte ade . :)

Jejentik said...

mereka sememangnya tabah...kalau aku, aku rasa memang dok terperuk je kat dalam rumah...

namaakulynn said...

sedih kot. haihhh. thanks kepada bebudak tu yg buat kau sedar.

anyway, selamat hari raya. moga raya kali ni lebih baik utk kita semua. :D

Najah SHakiLa said...

sedih..>.<

Aini Adam said...

sedih...

ayuna ayuni.. said...

sedih memang la sedeh.....
touching bro,

Ekin Razly said...

sangat sedih T_T

Miss Epy said...

(!_!) tetibe cm nak nanges plk..hehehheehe..

Puteri Iqa Izyan said...

sedih tapi sekurangnya dengan kehadiran dua orang budak tu kau sedar dengan nikmat sebuah keluarga yang Allah masih lagi bagi peluang =))


lain kali jangan buat lagi ^_^

selamat hari raya =)

Amna.Qadeeja said...

sebak bace entri ni :(

Khai said...

I'm touch ;')

Eady Minn said...

sayu je rasa..nasib baik ni bukan malam raya ke apa..kalo tak memang menitis la jugak air mata aku..

Falcoa wa ! said...

SELAMAT HARI RAYA PIH !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...