My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

04 August 2011

percaya pada cinta sempurna


Kunkun!!


Selama ini hati dan akal sentiasa berfikir satu hubungan cinta yang sempurna bermaksud dua insan berkongsi rasa yang sama. Sesekali terlintas mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona. Bukan kerana rupa atau harta, tapi mungkin kerana budi pekerti dan ketaatan pada agama. Cinta juga mungkin ada bila salah seorangnya sanggup bersusah supaya yang seorang lagi gembira dan begitu juga sebaliknya.


Jika ditanya kepada sepuluh manusia maka akan ada sepuluh jawapan berbeza tentang cinta yang sempurna. Pasti juga akan ada yang tidak percaya.


Mendengar nasihat ibu sendiri kepada anak lelakinya yang putus cinta bagaikan membuka mata yang tertutup seketika. Ini pertama kali dia bertanya anak lelakinya tentang teman wanita. Jawapan yang diberikan melahirkan senyum dan sedikit nasihat dari wanita yang menyayanginya lebih dari yang dia rasa.


Cinta yang sempurna terjadi bila sepasang kekasih tidak putus asa sesama mereka. Bila yang seorang merasakan hubungan mereka hampir ke penghujung, yang seorang lagi akan berusaha gigih mengekalkan hubungan yang ada. Dan yang seorang tadi akan semakin cinta bila dia nampak pengorbanan yang dilakukan oleh kekasihnya.



Pernah aku mengharapkan cinta sempurna daripada seseorang pada satu masa dulu. Dan pada masa itu ada seseorang mengharapkan cinta sempurna daripada aku. Dan di penghujungnya, hanya jalan buntu. Aku gagal mendapatkan walaupun salah satu dari itu.


Aku masih gagal mencari erti cinta sempurna yang sebenarnya. Mungkin memang tiada. Bila terdetik sedemikian rupa, akan ada suara-suara ghaib menghalang diri ini dari berputus asa.


ps : Jangan menyerah supaya cinta sempurna itu kekal sebagai satu anugerah ;)


Kunkun!!



17 comments:

mr_right said...

da macam lagu Cinta Sempurna by Yuna plak. hee..
btw, nice one !

CONTEST BERSAMA SI MANJA MR RIGHT

NAK JADI BLOGGER KENA ADE IDENTITI SENDIRI

Anisa Liyana said...

ya, percaya pada cinta yang sempurna,:)

Nurulee said...

Jangan berenti berharap. Cinta sempurna pasti ada.
:)

.F.e.Q.a.H. said...

tumpang quote ea...

Miss Dolce and Gabbana said...

jodoh itu rahsia Allah :)

Popoi said...

luv u awek ku~~ ^^

sleeping_maniac90 said...

hehe..
mgkin skang kte blum temui cnta..
tp 1 hr nnt x mstahil kta akn jmp cnta milik kita..
dr skang kne ubh dri jdik bek..
krna pmpuan y bek utk laki y bek dan bgitu la sebaliknya..

nadya said...

yups...could't agree more.. :)

nur intan hazirah said...

kadang2 ALLAH hilangkan rasa itu...kerana DIA tahu kita xmampu nak menanggungnya...kemudian ALLAH kembalikan rasa itu kerana DIA tahu..jika kita kecewa pun kita akan mampu untuk bertahan...hargai setiap perkara yg mendatang dan bersyukur....nice entry..:)

Abe Goreng said...

Nice entri bro.:D

UPDATE: Kat Bazar Ramadhan Pun Jadi!!!

ainatiqa said...

jodoh itu rahsia Allah,
berdoalah agar kita berjumpa dengan seseorang yang boleh membimbing kita, insyaAllah .

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah :)

miss Tira said...

suka bace ayat dlm gmbo uh...

dila bahar said...

:)

aziekz said...

percayalah...jodoh itu ditangan ALLAH..

aziekz said...

nice post...jujur berkata2..

Ardini Humaira said...

kalau dah jodoh tak kan ke mana ;)

Afenda Lin said...

Cinta sempurna perlukan kedua2 pihak berusaha mempertahankan cinta yg ada...jika seorang mahu teruskan dan seorang lagi seakan menyerah kalah, tidak berguna lagi cinta itu..lebih2 lagi, jika cinta itu tidak begitu dirstui keluarga sbelah pihak..adakah masih ada ruang bagi mereka berdua mencari cinta sempurna walhal mereka tahu, jika tiada restu k'ga, mana mungkin cinta sempurna itu mmpu smpi ke jinjang pelamin...sku seakan benci dgn cinta ini...knpa aku sja yg nak pertahanka, tp dia tidak mahu teruskan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...