My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

23 August 2011

hari ini aku jatuh cinta lagi





Kunkun!!


Watak dia dalam hidup aku cuma sekadar kawan. Tidak lebih dan tidak kurang. Malah aku juga tidak meminta lebih dari apa yang aku dapat sekarang. Aku tidak mahu kejadian kawan menjadi kekasih kemudian putus dan menjadi orang asing berulang. Perasaan itu aku dan dia faham. Tapi sampai hari ini tetap ada orang berkata kami masih seperti pasangan kekasih. Aku terima itu sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih.



Hari ini, dia bukan teman wanita ataupun teman istimewa atau wanita yang bertakhta. Kami cuma kawan biasa yang belajar dari kesilapan silam yang pernah kami cipta. Tapi dia tahu banyak cerita tentang aku dan aku tahu banyak cerita tentang dia. Dan aku suka.



"Thanks Afif. I hargai you..."



Aku suka cara dia menghargai aku. Sekurang-kurangnya dia mengenang budi daripada sesetengah orang yang lebih gemar membisu. Walaupun cuma sekeping mesej tapi dia buat aku tahu. Malah pernah dia buat aku terharu. Begitu juga aku. Menghargainya tanpa mengira waktu. Bila aku buntu, bila dia membantu, bila kami perlu. Bagaimana dia menghargai kehadiran aku, begitu juga aku.


Dia baik dan itu yang aku suka. Ini jawapan konkrit bila ada orang bertanya kenapa aku terlalu baik dengan dia. Walaupun ada orang kata dia talam dua muka, walaupun ada orang kata dia pendusta tapi aku lagi kenal dia. Walaupun pernah orang bertanya apa yang dia ada sampai aku jadi gila tapi jawapan aku tetap sama. Aku nampak semua yang orang lain tak nampak di mata.


Beberapa minggu lalu dia menukar relationship status di Facebook daripada 'Single' kepada 'In a Relationship with...' dengan seseorang yang aku tak kenal siapa. Mungkin kekasih barunya. Dan sumpah, tiada langsung cemburu yang aku rasa. Malau aku gembira. Aku bahagia kalau dia bahagia.


Dia juga, tidak putus-putus bertanya tentang kekasih baru yang akan mengganti tempatnya. Aku cuma mampu ketawa. Aku bukan lelaki yang gelojoh jatuh cinta. Tapi seperti dia kata, satu hari nanti akan ada orang menawan hati aku semula. Dan aku percaya.



Maaf kalau ada yang meluat dengan entry kali ini. Aku cuma mahu berkongsi.


Hari ini sekali lagi aku jatuh cinta.

Bukan dengan dia.

Aku jatuh cinta dengan persahabatan yang kami bina.



ps : Berkawan dahulu sebelum bercinta baru cerita yang direka sempurna ;)


Kunkun!!




25 comments:

akilDAXemoMACHO said...

bro, nice one.. harap one day ko jumpe yg lagi baik. allah bg org silap dlu sebab allah nak bagi yg lebih baik.. tke this :)

Eyza Zulkafli said...

yup..jgn gelojoh jath cnta..

Eyza Zulkafli said...

yup..jgn gelojoh jath cnta..

Eyza Zulkafli said...

yup..jgn gelojoh jath cnta..

fatin nabila said...

setuju!! ~~Berkawan dahulu sebelum bercinta baru cerita yang direka sempurna~~

Maicher said...

chill bro.
adalah tu nanti.
slow and steady je.

;)

eeir said...

setuju! "berkawan dahulu baru bercinta" suka entry nih! chill afif! pasti ada yg baik sepertinya jd penganti awk! :)

eeir said...

bukan penganti awk, hihi. silap. penganti dia di sisi awk :)

myra yusreena said...

bukan lelaki yang gojoh jatuh cinta..

hmm..

Nasuha Suhada said...

like laju-laju p/s tu..

Berkawan dahulu sebelum bercinta baru cerita yang direka sempurna.


:)

Farah said...

oh. entry ini sgt buat saya senyum..

ArifmoraleS said...

aku taw apih...i know whO!....ha3

Tyratyra said...

Jujur, saya juga mengalami kisah yang sama seperti awak. Terlalu sayangkan persahabatan kami, rasa tak mampu bila dia tiada. Tapi gembira melihat dia bahagia, walaupun dengan orang lain. :)

Nurfarahana Abdul Aziz said...

kalau ada yang meluat means dia takde feeling...takpe, kita lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lebih baik....ada jodoh masing masing...cepat atau lambat je...chill okay :)

mr_right said...

tape.. ade banyak lagi kat luar sane. chill ~ chill ~ hee

ainna baijan said...

yup2....percaye dan yakin ketentuan illahi!!

azurie said...

hal jodoh ni biarlah kita serahkan pada tuhan je. awk ni lelaki masih muda lagi tak perlu nak risau sngt pikirkan tentang jodoh. maybe satu hari nnt akan ada yg terbaik utk awak. fikir positif mungkin awk akn dpt yg lebih baik dari die.Enjoy ur life as a single man..focus on your work..bangga jadi single..high five dude!

dlangitbiru.blogspot.com

Amna.Qadeeja said...

thanx afif utk perkongsian entri ini.menarik !

mungkin lebih baik bersahabat drpd menjadi pasangan kekasih kan? mane tahu lps ni jumpe yg lebih baik dr sebelum ni,Insyaallah. :)

sitihalisa said...

kita copy awaknye ayat P/S tu ehh.. :))

Berkawan dahulu sebelum bercinta baru cerita yang direka sempurna :)

little ain said...

a friend of mine, baru seminggu broke up then couple lagi. memang rebound guy la kan. then, dah lame sikit, bagi alasan takleh bagi commitment. memang bullshit la alasan macam ni.

itulah, kenal dulu hati masing masing. at least kawan for 3 years. bukan nak kapel suka suka, tapi untuk future jugak terus kalo boleh. kan?

so good luck searching, okay?

:D

Ardini Humaira said...

takpe2... InsyaAllah hari2 mendatang akan menemui yang lebih baik lg.. amin

strawberrycincau said...

yup!! stuju!! Aku tidak mahu kejadian kawan menjadi kekasih kemudian putus dan menjadi orang asing berulang. *yes! i dun wan banana fruit two times.. ngee~~

diandyanalifestory said...

untunglah lau boleh jatuh cinta cmnim..

Murnie said...

sedih lak tengok gambar tu .. :(

Nor Aznida said...

Berkawan dahulu sebelum bercinta baru cerita yang direka sempurna.

setuju... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...