My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 August 2011

kehebatan lelaki kepintaran wanita





Kunkun!!


Dari kecil otak ini disumbat dengan ayat "Lelaki golongan kuat, wanita golongan lemah." Pernah mulut ini mewakili otak bertanya dimanakah kelemahan lelaki kepada lelaki yang mengaku dirinya gagah. Jawapan lelaki tiada kelemahan diberi dengan yakin dan mudah.


Aku tak puas hati. Aku tetap mahu tahu kelemahan lelaki walaupun aku lelaki. Banyak kali mata ini melihat lelaki menangis kerana hatinya disakiti. Ada juga menangis bila kehilangan barang yang disayangi. Di mana kekuatan lelaki kalau menangis sebab semua ini? Jawapan tetap dicari. Sekuat-kuat lelaki pasti ada juga kelemahan tersendiri.


Tiada jawapan ditemui. Akhirnya jawapan direka sendiri. Lelaki memang kuat dan berani. Tapi wanita lebih bijak daripada lelaki. Kerana tahu ramai wanita bijak, lelaki jadi berani menonjol diri. Hati hebat berdebat sesama sendiri. Kalau wanita bijak, kenapa wanita tidak jadi Perdana Menteri? Kerana Perdana Menteri adalah ketua dan ketua sangat sinonim dengan lelaki. Ketua perang diberi kepada lelaki paling berani. Ketua pasukan sesuatu sukan diberi kepada lelaki yang boleh mengawal emosi. Perhatikan di universiti atau institut pengajian tinggi, siapa lebih ramai antara wanita dan lelaki? Sudah terbukti.



Pernah otak ini merayau jauh dari kotak fikiran. Kenapa mesti ada peperangan antara dua negara yang sepatutnya boleh didamaikan? Jawapan rambang diberikan. Kerana Perdana Menterinya adalah lelaki berjiwa anak jantan. Lelaki, keberanian dan pertempuran memang tak dapat dipisahkan.


Bayangkan kalau wanita adalah Perdana Menteri di seluruh negara di serata dunia. Wanita berkulit hitam menjadi Perdana Menteri Amerika Syarikat mewarisi tradisi Barack Obama, Perdana Menteri Afrika lantang memperjuangkan hak wanita di sana, Projek Lynas dibatalkan serta merta oleh Perdana Menteri Australia dan beberapa Perdana Menteri bertudung tampil di beberapa buah negara Islam termasuk Malaysia.


Mungkin jika berlaku maka tiada lagi peperangan antara beberapa negara. Tapi mungkin akan ada beberapa negara tidak bercakap sesama mereka. Aku sendiri tak tahu kenapa ada wanita jarang bercakap sesama mereka. Cemburu mungkin salah satu puncanya. Ego juga mungkin sebabnya. Lelaki mungkin tak tahu, wanita juga ada ego mereka. Cuma ego itu seringkali lenyap dihanyutkan air mata wanita.


ps : Lelaki takkan mengaku sebab mereka bernafas dalam ego mereka sendiri ;)


Kunkun!!




9 comments:

Ketua Penyamun said...

Great. thumbs up. btw,selamad berbuka Beraderrr ;)

ArulchelseA said...

kelemahan lelaki wanita..kih kih kih

Amna.Qadeeja said...

lelaki dan wanita punyai kelemahan yg tersendiri.

sering pertahan ego yang entah ke mana.

Mra Mastura said...

ego lah

CiK JaCOb'S said...

KERANA EGO,
DIRI SENTIASA MENONJOL..

pian said...

eqo je lebih,,

faRHa@miSS Vio said...

orang kata air mata p0mpuan la kelemahan lelaki .. but no komen ...masing2 tau kelemahan masing2 .. ^_^

winna shinta said...

YA, sya mmg wanita yang hebad! :DD

Cik Tasya merapu said...

hahaahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...