My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 August 2013

kad raya


 

Budak-budak zaman sekarang rugi sebab tak dapat rasa perasaan bila dapat kad raya. Ada memang ada tapi berapa sangat orang yang sanggup hantar bila Internet dah ada depan mata. Ucapan raya hari ini cuma diguna melalui telefon bimbit dan komputer riba. Jimat duit dan masa katanya. Dan perlahan-lahan kad raya mula dilupa.


Kad raya dah jadi satu benda yang 'rare' hari ini. Tapi bagi aku kad raya lebih bermakna daripada ucapan yang menggunakan teknologi. Kad raya atau sesuatu yang bertulis dan dibalut dengan sampul surat sebenarnya lebih memuaskan hati.


Dapat kad raya bermakna ada orang yang sanggup luangkan masa dia menulis sesuatu untuk aku. Kemudian dia sanggup hantar tak kiralah dengan bersemuka atau guna Pos Laju. Rasa penting dan dihargai bergabung menjadi satu.


Mungkin aku gila. Tapi aku suka bila aku dapat surat atau kad raya, yang ada nama aku di atasnya. Dan satu perasaan yang tak digambar dengan kata-kata bila sampul surat itu aku buka, ditarik keluar kandungannya, dan bila surat atau kad itu aku baca. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan itu macam apa. Hanya orang yang pernah rasa akan tahu macam mana.


ps : Walaupun hidup tak semewah hari ini, memori dulu kala tetap abadi ;)



9 comments:

fasha said...

kad raya memang lagi best dripada sms...kalo sms boleh forward..dah tak pure..copy paste

Sky Boy said...

aku tahun ni tak semat nak hantar kad raya... bizi kuliah.... tai kan, kad raya sekarang kian di lupakan dah.....

zuno said...

We the same.. ;-)

MISS COMPLICATED... said...

sangat setuju...:)

Sam Banjamin said...

tahun ni, setelah sekian lama.. dapat sekeping 2 keping kad raya... tau tau je...

satu dari kawan lama.. satu dari kawan baru.. kawan baru tu blogger... just make me smile...

Mohd Khairi said...

Org kata skrg sms/fb smua tu lg senang dr kad. Xpyh membazir nk beli kad, setem ... Tp saya rasa kad rya ada nilai sentimental yg tersendiri. Percayalah klau korg dpt kd, korg mst rsa sgt terhru & rasa special..serius! ;) ...

Sheila Salim said...

assalamualaikum, sheila dah dapat 3 kad raya, rasa seronok. terasa dihargai, hehehehe. btw cara old skool ni yang paling best dan mengeratkan kita :D

Phat said...

zaman berubah begitu juga kad raya

Cik Chokie said...

Niat dihati tahun ni nak hantar kad raya kat kawan-kawan, tapi tak sempat pula. Hmm Cadang tahun depan insyaallah :D Bangkit lah kembali wahai nostalgia lama !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...