My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 August 2013

jawapan



Hadir ke satu rumah terbuka hari raya. Ramai tetamu yang datang dengan keluarga. Tapi aku datang seorang saja. Masuk dan berjumpa kawan rapat yang datang berdua. Dia bawa teman istimewa. Ratu hati katanya. Tiba-tiba tuan rumah menyapa.


"Nino datang sorang je?"
"Ya. Tak ada orang nak ikut kita. Sedihnya."



Aku buat muka. Dan kami ketawa. Lawak bodoh yang aku reka untuk hiburkan suasana. Tak pun sebenarnya. Lawak bodoh yang aku reka untuk lari dari soalan yang ditanya. Tuan rumah pergi melayan tetamu lain pula. Kekasih kawan aku juga pergi bertemu kawan dia. Tinggal kami berdua.



"Kau tak ada pengganti lagi ke?"
"Tak ada. Malas sebenarnya."
"Afif El Nino. Empat tahun dah."
"Baru tigalah."
"Kau rela juga tunggu kalau empat tahun pun kan?"


Aku tak balas. Malas. Aku cuma minum air Coca Cola yang dihidangkan dalam gelas. Mungkin panas dengan soalan yang ditanya berdas-das.


Kawan rapat aku tadi datang lagi masa aku tengah makan. Dia minta maaf kalau aku terasa dengan apa yang dia cakapkan. Tak apa aku tak kisah sebab kita kawan. Dia tahu banyak kisah aku sebab kami satu kumpulan. Undang-undang berkumpulan, tak ada apa nak dirahsiakan.


Hati ini walaupun aku punya, tapi aku tak boleh kawal dia ikut suka hati aku saja. Aku tak boleh paksa dia sayang orang yang aku memang tak ada rasa apa-apa. Aku tak boleh paksa dia berhenti sayang orang yang aku dah suka sekian lama. Jawapan ini tak pernah keluar bila orang tanya. Sebab aku rasa jawapan ini akan berangkai dengan soalan-soalan lain pula. Kadang-kadang diam seribu bahasa lebih baik daripada selalu bercerita.


ps : Setiap soalan ada jawapan. Tapi tak semua jawapan harus dijelaskan ;)

7 comments:

Leyla said...

alaaa sedeh nye , hope penantian ni ade jawapan nye .

cikpia said...

kadang2 diam itu lebih baik

Anonymous said...

SETUJU.

"Hati ini walaupun aku punya, tapi aku tak boleh kawal dia ikut suka hati aku saja. Aku tak boleh paksa dia sayang orang yang aku memang tak ada rasa apa-apa. Aku tak boleh paksa dia berhenti sayang orang yang aku dah suka sekian lama. Jawapan ini tak pernah keluar bila orang tanya. Sebab aku rasa jawapan ini akan berangkai dengan soalan-soalan lain pula. Kadang-kadang diam seribu bahasa lebih baik daripada selalu bercerita."

aku juga begitu. org tak boleh marah dgn siapa yg aku suka. sebab org yg dia suka tu (dah kawen pon) sikit pun aku tak suka langsung dgn sikap dia. tapi dah dia suka kenapa aku nak bising. yg nak mengadap hari2 pun dia kan. masing2 ada kesukaan sendiri.

bila org tanya kenapa tak lekas2 cari pengganti? nak buat macam mana, aku suka dia. aku nak lelaki spec seperti dia. kalau tak lebih pun biar la lebih kurang dia. tapi aku tak jumpa =(

AzyAdnan said...

harap-harap penantian ni berakhir dengan jawapan yang menggembirakan. :)

Amirul Amir said...

wah, best, hehehehe :) no-ordinaryblog(BlogKartunDunia)

Lynn Munir said...

Sedihnya dik, tak apa ada hikmah disebalik semua perkara tu.

Anonymous said...

Mmg pom..hati 2 ad pda kita, hanya kta je yg rsa pe yg kita rasa..sakit, sedih..smua 2 dh sbati wtpe nk cari pengganti lau kta msih xsdia..drpda mnyakitkan hati kita n hti org len wtpe kn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...