My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

19 July 2013

pakcik sayang makcik



Aku sekarang berniaga dekat Bazar Ramadhan. Aku jual Burger Kahwin dengan kawan-kawan. Niat aku cuma nak cari pengalaman. Maklumlah selama ini cuma pelanggan. Jemputlah datang beli Burger Kahwin yang tengah hangat di pasaran. 



Depan kedai aku ada pakcik dan makcik jual timun cina. Manis timun dia. Pakcik itu ramah orangnya. Sesekali dia datang bertegur sapa. Pernah aku bagi satu burger dekat dia tapi dia tolak walaupun aku bagi percuma. Dia kata itu bukan makanan orang tua.


Dalam pukul 3 petang pakcik dan makcik itu akan datang naik van yang penuh dengan timun cina. Payung dibuka. Kemudian timun cina disusun atas meja. Kemudian mereka akan duduk sambil tunggu pelanggan tiba. Setengah jam sebelum masuk waktu berbuka, pakcik itu akan pergi membeli makanan di kawasan bazar yang sama. Dia beli setiap makanan yang dipesan oleh isterinya.


Aku suka tengok pasangan warga tua yang bahagia. Mereka buat aku percaya ada orang yang akan sayang kita sampai bila-bila. Mereka buat aku percaya setia hujung nyawa itu bukan hanya sekadar tajuk cerita.


ps : Jumpa saya di Bazar Ramadhan Chendering. Meh pakat beli Burger Kahwin ;)



4 comments:

Leyla said...

waahh . so sweet . cinte dorang x pernah padam kan . sampai tue pon still sweet2 gitu . terharu .

Sam Banjamin said...

aku suka baca tulisan kau... gaya penyampaian yg ade style dan berseni... gabungkan apa yg kau nampak dpn mata dengan ilham kau... kau ada bakat.. sbb tu aku letak blog ni dalam bloglist aku "sentuhan memoir"

Fifi Nur 'Aqilah Yusof said...

wah, sweetnye. eh, bazar Ramadhan Chendering? balik cuti nanti, boleh lah pergi ni. agak2, dapat diskaun tak? heee..

p/s: selamat berpuasa dan selamat berniaga :)

amirnawawi said...

Orang dedulu memang cenggituh.. Utuh dan kuat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...