My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 February 2014

untuk dia


 

Berjalan seorang diri dalam pusat membeli belah sambil tolak troli dengan beberapa barang mentah. Macam-macam orang macam-macam kerenah. Meriah.
 

Ada awek barang baik baju sendat. Tudung singkat. Legging ketat. Buah dada padat. Agak menonjol di setiap peringkat. Nampak macam jahat, mesti liar dan hebat. Kenyang mata melihat. Jauh beza dengan perempuan yang aku minat. 



Ada awek baju kebaya. Baru balik kerja agaknya. Kulit putih-putih melati merah-merah delima. Nampak beli Pampers mungkin sudah bergelar ibu di usia muda. Tak hairan pun sebab zaman sekarang ramai isteri yang jauh lebih cantik dari anak dara. Tak macam perempuan yang aku suka. Nak pakai kebaya tunggu raya.


Ada budak sekolah pakai macam orang dewasa. Muka baru lima belas sibuk nak orang nampak dia macam dua puluh lima. Nak orang puji dah matang agaknya. Tak macam perempuan yang aku suka. Umur dah dua puluh lebih tapi fesyen entah apa-apa. Biarlah pakai jeans dengan T-shirt janji selesa. Katanya.


Balik rumah tengok TV. Projek Memikat Suami. Emma Maembong comel macam anak patung Barbie. Sifat lembut seorang isteri. Emma dalam drama ini dengan perempuan yang aku suka macam langit dengan bumi. Kasar macam lelaki. Sekali keluar ayat gangster dia memang tak cukup tanah aku nak lari.


Dah pukul lima. Bersila atas katil dalam gelap gelita. Hanya laptop menyala saat entry ini ditulis berinspirasikan wanita seluruh dunia. Pejam mata, kosongkan kepala. Buang semua awek yang aku jumpa. Simpan satu yang perlu saja.


Pejam mata nampak dia. Buka mata teringatkan dia. Dia tak pernah pakai baju menjolok mata. Dia tetap cantik walaupun sesekali berkebaya. Dia tak mudah terpengaruh dengan iklan fesyen yang berubah tiap masa. Dia tetap jadi diri dia sendiri walaupun orang mengata. Dia istimewa. Bukan aku nak kata aku setia, tapi bila aku dah suka, aku akan tunggu sampai bila-bila.


ps : Dia mungkin bengis seperti singa tapi dia nangis tonton cerita Korea ;)


18 February 2014

yang satu




Akulah raja. Kamu semua bala tentera yang boleh aku musnahkan sekelip mata. Yang satu aku mahu cuma takhta. Kekayaan umpama berhala yang aku sembah tiap masa. Ya aku raja! Semua benda aku dah cuba. Cuma dadah dan arak aku tak sentuh sebab aku rasa benda itu sia-sia. Selain dari dua itu semua aku dah rasa. 



Duit haram mencecah ribuan aku simpan. Aku bagi pada orang yang memerlukan. Bila mereka tanya mana aku dapat aku rahsiakan. Biarkan mereka berteka-teki sendirian. Aku habiskan duit aku untuk kereta dan perempuan. Kawan baik aku sendiri kata taraf aku rendah setingkat saja dari syaitan. Dan aku terima itu sebagai satu pujian.


Perempuan amat murah semurah batu. Aku akan dapat mana-mana perempuan yang aku mahu. Jatuhnya perempuan dalam tangan aku tak akan habis sampai di situ. Mereka tempat aku lepaskan nafsu. Mereka jamban tumpangan aku. Bila aku puas aku buang macam tisu.


Satu hari aku terfikir satu perkara. Aku terfikir dosa pahala. Kalau diletak atas penimbang nescaya bezanya berlipat ganda. Timbangan dosa aku amat berat sampai mencecah meja. Tidak, bukan meja. Dosa aku sangatlah berat sampai memecahkan meja dan jatuh di atas tanah dan lalu bersepah merata. Begitulah banyaknya. Bukan aku memandai-mandai tapi ini semua dosa aku dan aku tahu banyak mana. Dan pahala aku pula berterbangan di udara. Ringan dan amat sedikit nilainya.


Aku mula sedar sejak dari itu. Aku tinggalkan zaman jahil aku. Dulu bagi aku solat lima waktu itu memenatkan tapi hari ini aku sangat menyesal kalau tertinggal satu waktu. Kalau dulu rasa syukur dan berdoa itu cuma aku buat bila perlu tapi hari ini kedua-dua itu tak akan terlepas dari mulut aku. Ya Allah bodohnya aku dulu. Bodohnya aku kerana bangga dengan dosa-dosa aku.


Aku minta maaf kepada semua perempuan yang pernah aku mainkan. Aku tak tahu macam mana nak tebus tapi aku harap kamu semua maafkan. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik itu yang pernah ustaz cakapkan. Dan perempuan yang baik itulah yang selalu aku mohon dalam doa yang aku aminkan. Cuma layakkah aku untuk dapat perempuan yang baik bila terkenang zaman silam aku yang cuma hitam kegelapan. Ya Allah berikanlah perempuan yang baik untuk lelaki jahat ini supaya ada tangan membimbingnya ke syurga yang diimpikan.


Ini kisah benar yang tuan punya badan minta namanya dirahsiakan.
Semoga dia terus kekal dalam iman.


ps : Kalau dosa itu berbau, pasti tiada manusia mahu mendekatiku ;)


08 February 2014

kerana bola



Sebenarnya
kalau ikut hati aku malas nak tulis pasal topik ini. Tapi sebab dah makin teruk aku tengok jadi aku tulis apa yang pernah aku lihat dengan mata kepala sendiri. 


Maaf sebab aku guna gambar liga luar negara. 
Aku dah cuba cari gambar pemain kita bermesra tapi tak jumpa.  


Hari itu kecoh kisah 'Misteri Terowong' di Stadium Larkin milik JDT. FAM dah putuskan kemenangan milik JDT hasil bantuan Irfan Ghani. Aku orang Terengganu terima keputusan dengan hati terbuka walaupun aku rasa keputusan itu tidak adil sama sekali. Di atas padang itu yang jadi. Tapi yang di luar padang lebih menarik lagi. Penyokong bergaduh sana sini. Tapi yang pelik kalau pergaduhan penyokong mesti berkait dengan JDT. Aku sendiri tak faham semua ini.


Semalam Pahang lawan JDT pun penyokong bergaduh sesama sendiri. Gaduh di luar stadium sampai berdarah sana sini. Yang dekat Facebook pun sakan memaki. Yang ini kata itu yang itu kata ini. Kemudian jadi benci.


Orang sibuk kata fans JDT buat hal. Tapi bukan semua fans JDT datang stadium nak cari pasal. Fans pasukan mana pun mesti ada segelintir yang bebal. Mesti ada segelintir nak tunjuk handal. Bukan JDT saja tapi setiap pasukan akan ada fans yang 'terlebih akal'.


Cuma satu aku minta. Janganlah sebab sebiji bola bulat kita bergaduh sesama kita. Apa kita dapat bila bertekak sini sana? Admin page dekat Facebook pun sama naik nak melaga-laga. Sepatutnya admin kena tenangkan pengikut dia, bukan keruhkan suasana. Provokasi dari pihak lawan perkara biasa. Kau main guli pun orang provoke inikan main bola lagilah gila-gila. Orang yang baru kenal bola saja tak tahan kena provoke oleh pihak lawan mereka. Pemain dekat atas padang lepas habis perlawanan elok bersalam bergurau senda. Yang kita dekat luar nak bertekak kenapa?


Tolonglah tak payah nak tunjuk hero pertahan pasukan sampai nak berkelahi sesama kita. Kita Islam bersaudara. Cukuplah orang politik bergaduh walaupun seagama. Jangan kita jadi bangang macam mereka. Tolong ya. Aku merayu dekat semua.


ps : Bola sepak dicipta untuk perpaduan, keamanan, bukan permusuhan, bukan kemusnahan ;) 



07 February 2014

cemburu lelaki



Rasa bagai di syurga. Duduk depan TV sambil tonton siaran langsung bola sepak pasukan kegemaran yang disokong sejak dulu kala. Sebotol air Coca Cola jadi teman setia. Telefon bimbit yang jatuh di bawah kerusi dibiarkan saja. Oh tenangnya. Tiba-tiba telefon bimbit yang jatuh tadi berdering memecah suasana. Satu nombor tertera. Siapa yang call pagi-pagi buta?


"Hello."
"Hello. Ni Afif El Nino ke?"
"Ya. Ni sape?"
"Aku A. Boyfriend baru B."
"Ooo."
"Aku tak nak kau ganggu B lagi."
"Okay."
"Kalau kau contact dia lagi, siap kau pasni!"
"Okay. Lagi?"



Talian dimatikan. Aku ingatkan ada lagi amaran. Nak juga aku tulis atas kertas kalau banyak sangat amaran nak diberikan. Tiba-tiba rasa nak jerit macam orang sawan. Membazir dua minit siaran langsung bola sepak sebab pergi layan.


B itu ex aku. A itu kekasih B yang baru. Nampak tak watak aku dekat situ? Kali terakhir aku dan B contact masa raya dulu. Raya dah lama berlalu. Kenapa sekarang baru nak cari aku? Jadi aku anggap ini semua sebab cemburu.


Lelaki pun manusia. Ada rasa cemburu dia. Cuma cara dia tangani cemburu itu akan tunjukkan dia lelaki yang macam mana.


Ada lelaki bila cemburu dia diam saja. Dia pendam semua. Kadang-kadang awek dia pun tak perasan dia cemburu gila. Itu tak apa.


Ada lelaki bila cemburu dia cakap elok-elok dengan awek dia. Cakap dia tak suka. Perbincangan terbuka. Jadi awek dia akan tahu dia buat salah dekat kekasih dia. Yang salah dibetulkan sama-sama.


Ada lelaki bila cemburu dia marah-marah. Ada yang marah awek dia sebab dia rasa awek dia salah. Ada yang marah orang ketiga yang dia rasa pemusnah. Kalau gaduh pun gaduhlah. Dia tak kisah. Euwww takut mak nyah...


Cuma satu aku nak pesan. Kita lelaki dicipta untuk melindungi perempuan. Jangan sebab cemburu kita naik tangan. Kalau diri sendiri kita tak boleh kawal macam mana kita nak kawal hidup bila berpasangan? Macam mana kita nak kawal sebuah kapal dalam pelayaran? Kalau cemburu sangat kita bincang sebagai anak jantan. Kalau betul orang itu salah kita maafkan. Dan kalau kita salah kita mengaku kesalahan. Jangan ikut sangat perangai syaitan.


ps : Kekasih kau tu jenis setia. Kalau dia sayang kau dia tak pandang orang lain punya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...