My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 February 2014

untuk dia


 

Berjalan seorang diri dalam pusat membeli belah sambil tolak troli dengan beberapa barang mentah. Macam-macam orang macam-macam kerenah. Meriah.
 

Ada awek barang baik baju sendat. Tudung singkat. Legging ketat. Buah dada padat. Agak menonjol di setiap peringkat. Nampak macam jahat, mesti liar dan hebat. Kenyang mata melihat. Jauh beza dengan perempuan yang aku minat. 



Ada awek baju kebaya. Baru balik kerja agaknya. Kulit putih-putih melati merah-merah delima. Nampak beli Pampers mungkin sudah bergelar ibu di usia muda. Tak hairan pun sebab zaman sekarang ramai isteri yang jauh lebih cantik dari anak dara. Tak macam perempuan yang aku suka. Nak pakai kebaya tunggu raya.


Ada budak sekolah pakai macam orang dewasa. Muka baru lima belas sibuk nak orang nampak dia macam dua puluh lima. Nak orang puji dah matang agaknya. Tak macam perempuan yang aku suka. Umur dah dua puluh lebih tapi fesyen entah apa-apa. Biarlah pakai jeans dengan T-shirt janji selesa. Katanya.


Balik rumah tengok TV. Projek Memikat Suami. Emma Maembong comel macam anak patung Barbie. Sifat lembut seorang isteri. Emma dalam drama ini dengan perempuan yang aku suka macam langit dengan bumi. Kasar macam lelaki. Sekali keluar ayat gangster dia memang tak cukup tanah aku nak lari.


Dah pukul lima. Bersila atas katil dalam gelap gelita. Hanya laptop menyala saat entry ini ditulis berinspirasikan wanita seluruh dunia. Pejam mata, kosongkan kepala. Buang semua awek yang aku jumpa. Simpan satu yang perlu saja.


Pejam mata nampak dia. Buka mata teringatkan dia. Dia tak pernah pakai baju menjolok mata. Dia tetap cantik walaupun sesekali berkebaya. Dia tak mudah terpengaruh dengan iklan fesyen yang berubah tiap masa. Dia tetap jadi diri dia sendiri walaupun orang mengata. Dia istimewa. Bukan aku nak kata aku setia, tapi bila aku dah suka, aku akan tunggu sampai bila-bila.


ps : Dia mungkin bengis seperti singa tapi dia nangis tonton cerita Korea ;)


3 comments:

SyasyaHaha said...

wow so sweet..how lucky ur girl is :)

Anonymous said...

Memang..jadi diri sendiri itu jauh lebij baik

Anonymous said...

Cinta dari jauh n setia menanti dari jauh tak kemana andai usaha untuk menghalalkan hubungan tu tak ada..berusaha jadi lebih baik dan buktikan yang kamu layak untuk dia-SNz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...