My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

03 April 2010

evolusi KL drift 2



Kunkun!!


Korang dah tengok cite Evolusi KL Drift 2? Kalau belum so korang kena teruskan membaca kalau nak tau. Kalau dah tengok tu buat-buat tak tengok lagi la masa membaca blog ni ye. Hahaha. Kesinambungan (betul ke eja camni?) dari Evolusi KL Drift 1, cite ni mengisahkan Zack jatuh cinta dengan drifter wanita, Alya. Sham terpaksa berjalan menggunakan tongkat selepas terlibat dalam kemalangan. Joe dan Ery mahu membunuh Zack kerana dendam lama mereka. Inspektor Kamal memburu Joe kerana Joe adalah Raja Dadah di KL selain terlibat dalam beberapa kes pembunuhan. Drift vs Drug? Who will win?


5 sebab filem ni sangat best
Barisan pelakon yang terbaek dan tiada tolok bandingnya

Gaya penjahat yang sangat stylo. Tattoo Aaron smart gile babi
Editing yang baik dan pergerakan kamera agak kemas

Sound system yang hebat walaupun banyak aksi drift

Filem aksi Malaysia yang boleh diberi tabik hormat

5 sebab filem ni sangat tak best
Scene jiwang Shamsul Yusof dengan Scha yang amat meloyakan

Polis sangat lembab dalam cite ni
Scene race kat Bukit Bintang tak real sebab ramai penonton kat tepi jalan

Gangster macam sengaja tak bunuh Zack dari awal-awal cite
Lakonan Scha kejap keras kejap okay


Cuma satu je gua nak cakap. Gua tau ni cite Shamsul Yusof tapi kenapa lu tak mati kat last cite? Lu ingat lu hero yang tak mati ke? Lu ingat lu hebat ke? Takde pun scene lu gaduh macam Inspektor Kamal dengan Joe tu. Takde pun aksi pukul orang macam Ery pukul Sham. Takde pun lu maki-maki orang macam Sham maki Alya. Badan lu pun kecik je kalau nak banding dengan Aaron, Sam atau Farid Kamil tu. Hadowwwww. Agak-agak la.


Zack | Drift King

Joe | Drug King

Drift Queen | Alya with her ALY4

Warning | Scene ni sangat-sangat kejam

DRU6 | The drugs car

Adnan To Ery | Sabar Nan Sabar

Chasing Chase | Aly4 and DRU6

Boom!! | Let the yellow hit the floor


Step by step | The end of RX7 Ery


Walaupun poster cite ni tak se hot poster V3 Samseng Jalanan, aku tetap mengatakan cite ni jauh lagi best daripada cite V3 Samseng Jalanan tu. Hahaha.

"Lu kencing gua, gua pancung lu..."


Kunkun!!



02 April 2010

din beramboi the true legend



Kunkun!!


Rasanya semua dah tahu yang Malaysia telah kehilangan pelawak serba boleh, Din Beramboi kerana penyakit denggi berdarah (Dengue Shock Syndrome) selepas dimasukkan ke Hospital Selayang pada petang 29032010 yang lalu. Susah rasanya nak percaya sebab rasanya macam baru semalam aku tengok Din Beramboi dalam Raja Lawak 4. Lawak-lawak Din memang terbaik. Walaupun nampak kasar dan merapu tapi itulah yang membuatkan lawaknya lain daripada yang lain. Kalau aku sedih atau bosan, aku akan tengok Spontan yang mana Din ialah salah seorang pelawaknya. Tak aku nafikan lawak dia mampu membuat aku ketawa. Dan sesungguhnya aku rasakan macam Din Beramboi masih ada bila teringatkan lawak-lawaknya.

Teringat lagi komen Din Beramboi kat Alex masa final Raja Lawak 4

"Kalau saya tak ada lagi di Era, awak gantikan tempat saya..."

Pada 6 Mac yang lalu Din Beramboi membuat status ini di Twitternya

"Sesape nak ganti aku tahun depan. Dah tak larat lagi nak buat kelakar sebab dah berumur. Nak beribadah pula rasanya..."

Diikuti pada 13 Mac Din sekali lagi membuat status berikut

"Tak ramai yang dapat bertahan apabila diuji dengan kemewahan dan kesenangan yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran. Hati-hati!"

Dan pada 14 Mac Din membuat status bertulis

"Tanda-tanda ajal mula-mula bahagian kaki berasa kebas-kebas kemudian beransur-ansur ke bahagian atas hingga ke nafas dan keluar selamanya. Aku insaf!!"

Ramai yang menyayangi Din namun ada yang lebih menyayanginya. Dia pergi ketika namanya di puncak. Hilangmu tiada pengganti.

Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi
22 Disember 1966 - 02 April 2010



R.I.P Din Beramboi



Kunkun!!



30 March 2010

tag and award pu3iman



Kunkun!!


Pu3iman memang suka tag saya. Maybe hobi dia kot. Hahaha.


Siapakah anda di rumah
Budak lelaki yang tinggal dengan datuk dan neneknya.

Siapakah anda di samping rakan-rakan
Seorang rakan. Kalau di samping kekasih maka saya seorang kekasih.

Lima benda anda idamkan tapi masih belum tercapai
Menjadi bintang Akademi Fantasia
Beberapa artis wanita berebutkan cinta saya
Menjelajah ke serata dunia
Memiliki isteri dan anak-anak yang comel
Ada duit yang amat terlalu terlampau banyak sangat

Siapakah nama pasangan anda
Yoshida


5 perkara paling anda suka tentang pasangan anda
Sangat amat comel
Sangat amat susah senyum
Sangat amat berketrampilan menarik
Sangat amat tak gedik
Sangat amat giler-giler

Bila tarikh anda couple
Biarlah menjadi rahsia peribadi kami ye

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
Ramai kawan-kawan saya minat dia

Lagu tema cinta anda
Filem ada la. Boleh ke?

Apakah perubahan yang anda inginkan pada pasangan anda
Kalau pakai seksi, tunjuk kat saya je. Kat orang lain tak payah.

Siapakah blogger yang anda rasa layak menjawab soalan ini
Sesiapa yang merasakan dirinya blogger.

Tag pu3iman itu didatangkan bersama satu award.
Ni award yang dalam pakej dia bagi tu.


7 things about me
Ego
Koya
Pemalas
Arrogant
Pendiam
Sombong
Membosankan

15 Blogger to receive this award
Nobody. Saya kena hargai pemberian orang.



Kunkun!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...