My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 April 2010

din beramboi the true legend



Kunkun!!


Rasanya semua dah tahu yang Malaysia telah kehilangan pelawak serba boleh, Din Beramboi kerana penyakit denggi berdarah (Dengue Shock Syndrome) selepas dimasukkan ke Hospital Selayang pada petang 29032010 yang lalu. Susah rasanya nak percaya sebab rasanya macam baru semalam aku tengok Din Beramboi dalam Raja Lawak 4. Lawak-lawak Din memang terbaik. Walaupun nampak kasar dan merapu tapi itulah yang membuatkan lawaknya lain daripada yang lain. Kalau aku sedih atau bosan, aku akan tengok Spontan yang mana Din ialah salah seorang pelawaknya. Tak aku nafikan lawak dia mampu membuat aku ketawa. Dan sesungguhnya aku rasakan macam Din Beramboi masih ada bila teringatkan lawak-lawaknya.

Teringat lagi komen Din Beramboi kat Alex masa final Raja Lawak 4

"Kalau saya tak ada lagi di Era, awak gantikan tempat saya..."

Pada 6 Mac yang lalu Din Beramboi membuat status ini di Twitternya

"Sesape nak ganti aku tahun depan. Dah tak larat lagi nak buat kelakar sebab dah berumur. Nak beribadah pula rasanya..."

Diikuti pada 13 Mac Din sekali lagi membuat status berikut

"Tak ramai yang dapat bertahan apabila diuji dengan kemewahan dan kesenangan yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran. Hati-hati!"

Dan pada 14 Mac Din membuat status bertulis

"Tanda-tanda ajal mula-mula bahagian kaki berasa kebas-kebas kemudian beransur-ansur ke bahagian atas hingga ke nafas dan keluar selamanya. Aku insaf!!"

Ramai yang menyayangi Din namun ada yang lebih menyayanginya. Dia pergi ketika namanya di puncak. Hilangmu tiada pengganti.

Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi
22 Disember 1966 - 02 April 2010



R.I.P Din Beramboi



Kunkun!!



4 comments:

Fadhilah said...

org skong tol tjuk apih 2..
ari 2 bru ngok cter spontan mcm nk pech perut..huhu
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Apih El Nino said...

tu la kan fadh...
tapi ajal maut Tuhan dan tentukan...
al-fatihah untuk arwah Din Beramboi...

Anonymous said...

al-fatihah....

Arwah pun mcm dah tau2 je ajal dia makin dekat kan? :(

takziah buat family arwah dan moga anaknya Ain pulak cepat sembuh.

Apih El Nino said...

betul tu...
cuma al-fatihah dapat kita sampaikan...
kenapa dgn anak dia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...