My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 April 2010

stadium termahal di dunia




Kunkun!!


Tahu tak stadium? Stadium bukanlah tempat menyimpan barang purba. Tu muzium ye anak-anak. Hahaha. Kalau sebut stadium, kita terbayangkan bola sepak, ragbi, badminton yakni sukan. Serta kita terbayangkan stadium runtuh. Hahaha. Tu stadium Malaysia. Made in Malaysia bro. Kalau kat luar negara tu, stadium bukan hanya sekadar stadium. Sebab selain sukan, konsert juga diadakan di stadium. Tunjuk perasaan pun di stadium. Lumba kereta pun di stadium. Bak kata pepatah, makan stadium tidur stadium minum pun stadium. Kalau kat kita ni, konsert jarang ada kat stadium. Penganjur takut hujan. Dia takut Hujan je, Bunkface dia tak takut. Dia takut sebab stadium kita takde atap. Kang runtuh lagi. Tu la buat lagi atap simen. Aku dah cakap jangan buat guna simen korang degil. Lain kali buat atap nipah je. Kalau angin kuat ke ribut ke dia runtuh atas kepala pun tak mati. Kalau tak pun guna je atap zink. Yang ni konfem tak runtuh. Sebab kalau ribut badai pun dia terbang ke atas. Ni aku tunjuk 10 stadium termahal di dunia. Kecuali stadium no 1, semua stadium lain tu aku tak pernah sampai. No 1 pun aku lagi tak pernah sampai. (^_^) <- tak tau apa motif smiley ni


ANZ Stadium, Sydney, Australia | $624 Million

Safeco Field, Seattle, USA | $656 Million

Lucas Oil Stadium, Indianapolis, USA | $675 Million

Soldier Field, Chicago, USA | $714 Million

Emirates Stadium, London, England | $770 Million

Rogers Centre, Toronto, Canada | $930 Million

Stade de France, Paris, France | $974 Million

Madison Square Garden, New York, USA | $1.1 Billion

Olympic Stadium, Montreal, Canada | $1.4 Billion

Wembley Stadium, London, England | $1.5 Billion

Walaupun berbillion harganya, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu tetap favourite aku. Sebab stadium tu je ada jual kerepok lekor 5 batang dan air Coke segelas dengan lagu temanya "Kepok air kepok air" berharga RM 2.00 kalau ada perlawanan bola. Hahaha.



Kunkun!!




14 comments:

selembut salju said...

apih letak x stadium ntuk world cup 6t?

Anonymous said...

hahaha..
lagu nie lagu fav akue..
suara ku berharap..
bley x???
huhuhu

akue89

pu3iman said...

agak2 kan stadium2 kat atas tu kalo jual kopok lekor ngn air coke...laku x?

hik hik hik

Anonymous said...

wahahaha...
nguk nye apih ni...
huhu...

apih el nino said...

akue89...
bley x ape?
hahaha...

apih el nino said...

pu3iman...
kalau jual kepok ngan air kat sini kan...
rasanya yg jual tu yg makan sampai abis...
giler besor kot stadium ni...
hahaha...

apih el nino said...

anonymous...
free je dapat nguk tanpa menyebut nama kamoo kan...
hehehehe...

Anonymous said...

antare sume stadium kat ats ni stadium mne yg korg nak g?

Anonymous said...

bley x??
xpham ek..
aku nk dgr lgu nie kt blog mu r slalue..
..
ke mu pk laen(kantoi sudaa)

akue89

apih el nino said...

selembut salju...
stadium world cup 2010 x mahal sgt la..
xde dlm ni...

apih el nino said...

anonymous...
kitorg nak pegi sume kalau boleh...
tp paling nak pegi emirates la...
something hidden inside that stadium...
:)

apih el nino said...

akue...
okay2...
hahha...
dengor la..
nanti aku boring aku tukar la...

MegaPena said...

Nak kopi gambar stadiums tu masuk blog saya boleh? Kalau boleh...boleh?

apih el nino said...

boleh je megapena...
silakan la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...